Rafizi Menyahut Seruan Untuk Kembali Ke Arena Politik Bagi Membersihkan Kulat Dalam Parti




Setelah beberapa kali formulanya sebelum ini telah banyak membantu Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan ( sebelum & semasa PRU 14 ), kini Rafizi Ramli kembali berpencak di arena politik tanahair.
Ikuti penulisan beliau berkenaan dengan kembalinya beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang akan tiba tidak lama lagi :


15 Mac 2022


PEMILIHAN KEADILAN 2022


Keputusan Pilihanraya Negeri Johor (PRN Johor) baru-baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk oleh semua rakyat Malaysia yang mendukung idealisme politik progresif yang dibawa KEADILAN dan Pakatan Harapan

Ini adalah kekalahan keempat berturut-turut dalam beberapa siri pilihanraya negeri. Setiap kali KEADILAN dan Pakatan Harapan mengalami kekalahan, selain dari menyalahkan sesama sendiri, sehingga kini belum nampak strategi yang berlainan untuk menambat kembali hati rakyat. 
Satu-satunya strategi yang diulang-ulang ialah pendekatan “khemah besar” untuk menyatukan semua parti yang bersaing dengan UMNO/Barisan Nasional. Terbaru, saya dimaklumkan Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Perikatan Nasional mengenai kemungkinan bekerjasama dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15)

Walaupun tidak ada tanda-tanda pun pendekatan “khemah besar” ini mendatangkan sebarang hasil setakat ini, ia kekal menjadi satu-satunya jalan yang difikirkan pimpinan Pakatan Harapan seolah-olah keseluruhan pimpinan Pakatan Harapan sudah mati akal untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat
KEADILAN dan Pakatan Harapan menang dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kerana isu-isu yang dibawa ketika itu dekat dengan rakyat. Rakyat memahami kesan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika itu kepada kehidupan seharian dan masa depan mereka. Rakyat juga tertarik dengan beberapa penyelesaian yang dibawa untuk merungkai masalah ekonomi yang dihadapi

Rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas PRU14 meyakinkan sebahagian rakyat (terutamanya pengundi atas pagar) bahawa pertelingkahan politik di peringkat pimpinan negara hanyalah berkisar kepada agihan kuasa sesama mereka. Baik dari gabungan politik mana pun yang berkuasa, akhirnya kehidupan mereka tidak akan berubah. Yang berubah hanyalah siapa yang menjadi menteri dan mendapat keistimewaan yang datang dengan kedudukan

Sebab itu UMNO/Barisan Nasional boleh menang bergaya sedangkan sokongan rakyat di peti undi tidak banyak berubah sejak 2018. Dalam keadaan sebahagian besar pengundi atas pagar merasakan KEADILAN dan Pakatan Harapan sudah tidak ada beza dengan UMNO/Barisan Nasional atau Perikatan Nasional, sebahagian besar dari mereka mengalami kelesuan politik. Mereka mual dengan isu politik kerana tiada perbezaan ketara dari gabungan-gabungan politik

Kelesuan politik ini juga berpunca dari pelbagai taktik yang dibawa gagasan-gagasan politik untuk mendapat kuasa selepas PRU14. 
Di peringkat Persekutuan, UMNO dan BERSATU boleh berkongsi kuasa tetapi memaki hamun sesama sendiri di luar. PAS boleh mendakap UMNO demi kuasa (walaupun bermusuh sekian lama), kemudian memaki hamun kembali juga disebabkan kuasa. KEADILAN boleh dimainkan hidup-hidup oleh helah UMNO konon untuk menyokong calon KEADILAN menjadi Perdana Menteri, seolah-olah KEADILAN tidak kenal siapa UMNO. 
DAP menyatakan pengkhianatan BERSATU meruntuhkan mandat rakyat, tetapi DAP juga yang menjadi broker persefahaman MOU untuk mengekalkan Perdana Menteri dari BERSATU (seterusnya bersambung dengan Perdana Menteri dari UMNO)
Terkini, pandangan terbaru ialah supaya Pakatan Harapan mencari jalan bekerjasama pula dengan Perikatan Nasional. 
Di mata ahli-ahli politik ini adalah strategi demi meningkatkan peluang memenangi pilihanraya. Di mata rakyat biasa, politik Malaysia sudah menjadi drama Keluarga 69 seperti yang dinukilkan Allahyarham P Ramlee dahulu. 
Saya memang kurang minat dengan politik sejak dari kecil. Saya tidak bercita-cita menerima jawatan awam kerana ia satu tanggungjawab. Jika kita tidak yakin boleh memikul sesuatu amanah, lebih baik kita beri laluan kepada orang lain

Sejak 2019, saya telah menyuarakan pandangan yang tidak bersetuju dengan kegilaan membentuk gabungan (dengan sesiapa sahaja tanpa mengira sentimen rakyat) demi untuk mendapat kuasa. Suara saya menjadi suara minoriti di kalangan pimpinan KEADILAN, apatah lagi di kalangan Pakatan Harapan. 
Saya mengambil tanggungjawab bahawa saya tidak boleh berada di dalam kepimpinan yang strategi dan keputusannya saya tidak bersetuju. Jika saya kekal, maka saya perlu menyokong keputusan itu. Jika saya tidak menyokong, saya tidak boleh kekal menjadi sebahagian dari pimpinan. Ini adalah asas utama prinsip pertanggungjawaban (“accountability”)

Sebab itu, saya sangat gembira untuk kembali ke kehidupan sebagai rakyat biasa dan memberi ruang sepenuhnya kepada pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan memikat kembali hati rakyat untuk memegang tampuk pentadbiran negara. Jika mereka yakin taktik membawa mana-mana Ahli Parlimen yang sanggup menukar kesetiaan (demi mencukupkan angka sokongan) boleh mengembalikan pentadbiran Pakatan Harapan dan seterusnya meningkatkan peluang memenangi PRU15, saya tumpang gembira (walaupun saya tidak mahu terlibat)

Malangnya, dari satu khemah ke khemah lain, ketaasuban kepada strategi gabungan politik ini makin menjauhkan KEADILAN dan Pakatan Harapan dari rakyat. Apabila hari ini kita mengkritik dan kemudian esoknya kita berpacaran dengan orang yang kita kritik, lama-lama rakyat merasakan ini semua hanyalah drama Keluarga 69. Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak tumpuan diberikan kepada membentuk gabungan, usaha mengangkat derita rakyat dan menawarkan penyelesaian menjadi semakin sepi

Saya terus mendapat desakan dari pendukung KEADILAN dan Pakatan Harapan dari kalangan rakyat biasa untuk kembali ke gelanggang politik. Saya mengambil masa yang panjang kerana saya tidak yakin saya boleh membantu keadaan dalam keadaan pandangan saya adalah pandangan minoriti di kalangan pimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan

Saya berpendapat kegilaan mencatur sokongan di peringkat atas sehingga KEADILAN dan Pakatan Harapan nampak terpisah dan kaku dari suara rakyat akan dihukum oleh rakyat. Jika KEADILAN dan Pakatan Harapan ingin menambat kembali hati rakyat, kembalilah berjuang habis-habisan untuk memudahkan kehidupan harian rakyat. Bukan sahaja menuding jari, bawalah penyelesaian-penyelesaian yang masuk akal untuk meyakinkan rakyat bahawa kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik jika mereka memilih KEADILAN dan Pakatan Harapan

Usaha menambat hati rakyat seperti ini lebih memenatkan berbanding berbincang di meja rundingan atau di restoran mahal mengenai gabungan politik. Sebab itu saya faham kenapa lebih mudah untuk memilih jalan bergabung politik dari menambat hati rakyat

Selepas keputusan PRN Johor, saya menyedari bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah ditolak rakyat hingga jatuh menjadi gabungan ketiga selepas UMNO/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Saya menganggotai KEADILAN sejak 1999 kerana saya yakin masa depan Malaysia adalah satu masa depan yang progresif, berbilang bangsa dengan citra idea yang pelbagai. Sumbangan saya dalam menubuhkan Pakatan Harapan dalam tahun 2015 bukanlah semata-mata demi kemenangan dalam pilihanraya, saya bertekad memastikan politik progresif pelbagai bangsa di negara ini dapat dipertahankan ketika itu

Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaru, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika KEADILAN dan Pakatan Harapan terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar

Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan akan datang. 

RAFIZI RAMLI
Mantan Ahli Parlimen Pandan


#rafizi4timbalan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ahmadzaki82.blogspot.com/2022/03/rafizi-menyahut-seruan-untuk-kembali-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Najib Kembali Jadi Seteru Politik

Rafizi Najib Kembali Jadi Seteru Politik

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 153 hits
Kira kira seminggu selepas mengumumkan langkah kembali ke arena politik naib presiden PKR Rafizi Ramli mensasarkan bekas perdana menteri yang juga bekas presiden Umno Najib Razak Dalam satu kenyataan Rafizi menolak gesaan ahli parlimen Peka...
Formula Rafizi Untuk Kembali Popular Dalam Politik Ada Lah Dengan Mengkritik Najib

Formula Rafizi Untuk Kembali Popular Dalam Politik Ada Lah Dengan Mengkritik Najib

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 238 hits
Oleh Sirajuddin AhmadCara Rafizi hampir sama dengan Mahathir Jika Mahathir buka mulut waima apa isu pun dia akan cuba kaitkan nama Najib Jika di tanya berkenaan cuaca pun mungkin Mahathir akan petik nama Najib Dengan memetik nama Najib sepa...
Rafizi Kembali Mewarna Kancah Politik Negara

Rafizi Kembali Mewarna Kancah Politik Negara

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 175 hits
PEMILIHAN KEADILAN 2022 Keputusan Pilihanraya Negeri Johor baru baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka ...
Rafizi Kembali Hahaha

Rafizi Kembali Hahaha

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 211 hits
Setelah sekian lama merajuk dek kerana azmin ali Rafizi dikatakan kembali bertanding sebagai timbalan presiden pkr Selepas bertahun berhempas pulas menjatuhkan umno dengan pelbagai formula akhirnya kecundang berundur kancah politik Dan seka...
Apa Function Aku Datang Tapi Tak Dapat Apa Pengundi Luar Bengang Parti Politik Mungkir Janji Nak Bagi Duit

Apa Function Aku Datang Tapi Tak Dapat Apa Pengundi Luar Bengang Parti Politik Mungkir Janji Nak Bagi Duit

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 218 hits
Apa function aku datang tapi tak dapat apa Pengundi luar bengang parti politik mungkir janji nak bagi duitVideo Viral di TwitterPilihan Raya Negeri Johor baru saja melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan...
Politik Negara Tak Stabil Selagi Pemimpin Parti Sekarang Aktor Utama

Politik Negara Tak Stabil Selagi Pemimpin Parti Sekarang Aktor Utama

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 221 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Politik negara tidak akan stabil selagi parti diterajui pemimpin sedia ada kata penganalisis Mohammad Agus Yusoff Beliau berkata oleh itu sampai masanya pemimpin lama melepaskan teraju kepada kepimpinan baharu Pad...
Prn Johor Kembali Kepada Sistem Dua Parti

Prn Johor Kembali Kepada Sistem Dua Parti

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 177 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN Terdapat satu slogan di Johor dalam Pilihanraya Umum ke 14 pada tahun 2018 yang berbunyi Jika Umno BN tumbang di Nusajaya maka Umno BN juga akan tumbang di Putrajaya Andaian itu tepat berlaku pada PRU14 Umno BN...
Kenapa Saya Kembali Ke Gelanggang Politik

Kenapa Saya Kembali Ke Gelanggang Politik

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 138 hits
MalaysiakiniRafizi Kenapa saya kembali ke gelanggang politik Rafizi RamliULASAN Keputusan pilihan raya negeri Johor baru baru ini mengesahkan bahawa PKR dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas BN dan Perikatan Nasional Keputu...
Parti Politik Yang Sekongkol Dengan Mahathir Berisiko Di Tolak Pengundi Pada Pru15

Parti Politik Yang Sekongkol Dengan Mahathir Berisiko Di Tolak Pengundi Pada Pru15

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 190 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Jika statistik data atau laporan tidak dapat membantu maka tiada apa lagi yang dapat membantu Tindakan Tun Mahathir mahu memanggil parti parti politik bergabung bersama parti sendirian berhad PEJUANG nya melambangkan s...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran