Rafizi Dakwa Berlaku Penyelewengan Pelaburan Rm1 Bilion Felda Di London


bebasnews,my
By Syahir Kassim
-23/04/2022

KUALA LUMPUR — Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa berlaku penyelewengan berkaitan pelaburan Felda bernilai lebih RM1 bilion ke atas dua hartanah di London pada tahun 2014 dan 2015 lalu

Malah lebih mengejutkan beliau berkata, Hotel Felda Grand Plaza Kensington dan Felda House telah didaftar atas nama syarikat-syarikat berdaftar British Virgin Island (BVI) yang tiada kaitan dengan Felda.

Dakwa beliau, hasil pencarian rasmi dengan Pejabat Pendaftar Tanah United Kingdom mendapati pemilik syarikat-syarikat itu masih tidak diketahui sehingga hari ini dan hotel tersebut telah ditutup.

“Saya telah tunjukkan sepanjang minggu lepas bagaimana isu pelaburan Felda di London bernilai lebih RM1 bilion bukan sahaja persoalan keputusan pelaburan yang membazir (kerana harga yang dibayar terlalu mahal dan dicemari penyelewengan).

“Bahkan secara rasminya Felda tidak pun memiliki hartanah-hartanah yang dibeli itu,” katanya menerusi koleksi AmanahResearchUnit.

Calon Timbalan Presiden PKR itu turut melampirkan salinan geran-geran hakmilik hartanah tersebut sebagai bukti menerusi blognya.

Katanya, hartanah itu ialah Hotel Grand Plaza Kensington dibeli dengan harga £60 juta (anggaran RM330 juta) pada tahun 2014 yang secara rasmi dimiliki oleh FIC London Hotel Pte Limited yang ditubuhkan di BVI.

Hartanah lain ialah Felda House yang dibina dengan anggaran kos RM380 juta dalam tahun 2015 dan secara rasmi dimiliki oleh FIC Global Limited yang juga ditubuhkan di BVI.

“Saya lampirkan bersama geran-geran hakmilik hartanah sebagai bukti. Pembaca juga boleh menyemak kenyataan media terdahulu mengenai hartanah ini dan pelaburan Felda di London di http://rafiziramli.com/category/felda/),” katanya.

Sehubungan itu Rafizi menanti bekas Pengerusi Felda,Tan Sri Shahrir Samad untuk memberi maklum balas kepada pendedahan itu, tetapi terus senyap sejak minggu lalu setelah menuduh beliau tidur dalam isu tersebut.

Beliau berkata, sehingga hari juga masih belum ada sebarang jawapan baik daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Paling kurang, saya berharap agar ada sedikit penafian untuk menunjukkan saya tersilap kerana lebih baik saya dibuktikan salah daripada kemungkinan yang lagi satu iaitu sekurang-kurangnya RM1 bilion dana awam telah diselewengkan kepada syarikat-syarikat misteri yang tidak diketahui pemiliknya.

“Jika ia sudah dikira teruk, saya terpaksa membawa satu lagi perkembangan yang lebih teruk pada hari ini.

“Saya juga boleh mengesahkan bahawa syarikat BVI yang memiliki Grand Plaza Kensington Hotel (seperti yang terkandung di dalam geran hakmilik) telah pun ditutup,” katanya.

Menurut Rafizi, syarikat tersebut, FIC Hotel London Pte Limited telah dibubarkan dari senarai syarikat yang didaftarkan BVI pada 3 Mei 2016 yang kerana tidak membayar yuran tahunan.

“Saya lampirkan Bersama warta rasmi Kerajaan BVI Vol L, No 27 bertarikh 19 Mei 2016
(yang boleh dimuat turun dari https://data.occrp.org/text/2658944?dq=strike%20off%20list%203rd%20may,%202016&page=1)

“Ia secara rasmi menyenaraikan FIC Hotel London Pte Limited sebagai salah satu syarikat yang dibubarkan dan dibatalkan pendaftarannya selaras dengan undang-undang BVI.

Beliau juga berharap pendedahan itu mendapat perhatian orang ramai serta pengurusan tertinggi Felda yang selama ini berdiam diri kerana mereka berdepan risiko hotel yang dibeli pada harga yang mahal dengan wang Felda tersebut.

“Ia bukan sahaja didaftarkan atas nama syarikat lain, kini Felda akan kehilangan hotel dan wang pelaburan untuk selama-lamanya (jika ini tidak diselesaikan segera),” katanya.

Justeru Rafizi meminta penjelasan penuh dari Najib dan Shahrir mengenai status pelaburan Felda di Hotel Grand Plaza Kensington di London;

i. Setelah FIC London Hotel Pte Limited disahkan telah dibubarkan pada kala syarikat itu secara rasmi adalah pemilik hotel RM330 juta yang dibeli oleh Felda (mengikut geran hakmilik), bagaimana Felda merancang untuk mendapatkan kembali hakmilik hotel tersebut?

ii. Jika Felda ingin mendapatkan kembali hakmilik hotel itu, Felda tidak mempunyai pilihan selain mengesan dan mendedahkan pemilik sebenar FIC London Hotel Pte.

iii. Siapakah yang berada di belakang penubuhan FIC London Hotel Pte Limited? Adakah Felda akan membuat kenyataan umum menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan dalam siri pendedahan Felda yang saya buat sejak minggu lepas? 
— BebasNews

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/rafizi-dakwa-berlaku-penyelewengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duit Rakyat Lagi Pendedahan Oleh Rafizi Ramli Felda Beli Hotel Rm1 Billion Di London Tetapi Atas Nama Orang Lain

Duit Rakyat Lagi Pendedahan Oleh Rafizi Ramli Felda Beli Hotel Rm1 Billion Di London Tetapi Atas Nama Orang Lain

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 179 hits
Sila baca komen saya pada penghujung ini FIC LONDON HOTEL PTE LIMITED OWNER OF FELDA GRAND PLAZA KENSINGTON HOTEL CLOSEDWHO OWNS THIS HOTEL NOW OLEH RAFIZI RAMLII have shown over the past week how the issue of Felda s investment in London w...
Annuar Musa Dakwa Cadang Ismail Sabri Jadi Pengerusi Bn Hanya Pandangan Lontaran Idea

Annuar Musa Dakwa Cadang Ismail Sabri Jadi Pengerusi Bn Hanya Pandangan Lontaran Idea

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 199 hits
JOHOR BAHRU Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan beliau supaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai Pengerusi Barisan Nasional yang baharu hanyalah sebagai pandangan dan lontaran idea Ahli Parlimen...
Murid Dakwa Cedera Dipukul Guru Bapa Lapor Polis

Murid Dakwa Cedera Dipukul Guru Bapa Lapor Polis

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 128 hits
Polis berkata siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan tangan dan pemeriksaan doktor di Hospital Bentong telah mengesahkan kecederaan akibat dipukul itu KUANTAN Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang murid perempu...
Christophe Gamel Dakwa Sri Pahang Fc Tewas Kerana Kesilapan Sendiri Sikap Ambil Mudah

Christophe Gamel Dakwa Sri Pahang Fc Tewas Kerana Kesilapan Sendiri Sikap Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 179 hits
KUANTAN Kita tewas kerana kesilapan sendiri itu tegas Christophe Gamel selepas menyaksikan Sri Pahang tewas 1 2 kepada Melaka United di Stadium Darul Makmur pada Sabtu Beliau juga menolak tanggapan bahawa Sri Pahang terlalu mengambil mudah ...
Jaksa Dakwa Pengeroyok Kakek Diteriaki Maling Hingga Tewas Pasal Kekerasan

Jaksa Dakwa Pengeroyok Kakek Diteriaki Maling Hingga Tewas Pasal Kekerasan

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 141 hits
JPU Handri mengatakan keenam terdakwa itu adalah Reinaldi Muhammad Amar Zulfikar Tria Julian Muhammad Yohan Prasetyo dan Muhammad Faisal
Lagi Individu Dakwa Jual Data Daftar Pengundi Spr

Lagi Individu Dakwa Jual Data Daftar Pengundi Spr

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 184 hits
Sudah beberapa kali juga rasanya kami kongsikan di laman ini dan juga laman Facebook kami tentang penjualan data SPR di forum jual beli data Kini individu yang mendakwa individu sama daripada RF membuka jualan baru data segar maklumat pengu...
Terpaksa Curi Curi Jumpa Anak Di Sekolah Jamal Abdillah Dakwa Dihalang Bertemu Zaki Yamani

Terpaksa Curi Curi Jumpa Anak Di Sekolah Jamal Abdillah Dakwa Dihalang Bertemu Zaki Yamani

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 163 hits
Terpaksa Curi Curi Jumpa Anak Di Sekolah Jamal Abdillah Dakwa Dihalang Bertemu Zaki Yamani SUSULAN pendedahan penyanyi Zaki Yamani berkaitan hubungan renggang dengan bapanya Datuk Jamal Abdillah penyanyi legenda itu tampil menjelaskan hal s...
Paderi Dakwa Terima Sms Daripada Syaitan

Paderi Dakwa Terima Sms Daripada Syaitan

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 112 hits
Warsaw Seorang paderi Poland yang menjalankan ritual menghalau hantu pada seorang remaja perempuan mendakwa dia dihubungi oleh syaitan melalui teks pesanan ringkas Paderi Marian Rajchel dari Jaroslaw tenggara Poland berkata dia mula mendapa...
Dituduh Mem0ndan Aliff Syukri Nak Saman Damian Mikhail Rm1 Juta

Dituduh Mem0ndan Aliff Syukri Nak Saman Damian Mikhail Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 150 hits
nbsp Seperti yang kita sedia maklum usahawan kontroversi yang suka membuat marketing murahan Aliff Syukri baru baru ini tampil dengan lagu raya baru berjudul Kelepok Raya Lagu itu sebenarnya ok namun kerana MV lagu tersebut yang dianggap ti...
Ngo Kebajikan Banyak Membantu Rakyat Malaysia

Pakw Calculator

Remaja Malaysia Dipenjara Seumur Hidup Di Uk Taksub Alat Penukul Dan Pembunuhan

Using Predictive Analytics To Enhance Forex Market Timing For Malaysian Traders

Got Back Pain Time To Straighten Up

Banjir Rakyat Asing Di M Sia Apa Teruk Sangat K Jaan Ni

Speed Read The New Royal Enfield Bear 650 Scrambler And More

Tips Memasak Sayur Supaya Lebih Sedap Dan Berkhasiat


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


7 Sunnah Bayi Baru Lahir Hingga Usia 7 Hari

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo