Takkan Melayu Hilang Di Dunia Vs Melayu Hilang 10 Tahun Lagi









RAFIZI RAMLI




Saya selalunya bercuti dengan isteri dan anak melawat tempat-tempat yang kita banyak dengar cerita tetapi jarang berkesempatan melihat sendiri. Cuti sekolah baru-baru ini saya bawa anak dan isteri menziarahi makam Hang Tuah.

Kebetulan minggu ini timbul isu Melayu akan hilang 10 tahun dari sekarang. Amaran itu diberikan oleh Tun Mahathir, yang telah mewarnai dan mempengaruhi masyarakat dan negara kita sejak lebih 60 tahun lepas.

Amaran Tun Mahathir itu cukup berbeza dengan kata-kata semangat yang dikaitkan dengan Laksamana Hang Tuah 500 tahun lalu, iaitu “takkan Melayu hilang di dunia”.

Persoalan mengenai kedudukan Melayu dalam masyarakat dan negara ini telah menjadi salah satu isu pokok sejak seratus tahun lalu. Seperti juga isu-isu lain yang berupaya mempengaruhi emosi masyarakat, ada pelbagai pandangan mengenainya. Sebahagian pandangan itu bersifat ekstrem, ada juga yang menolaknya seolah-olah ia bukan pun satu isu.

Lazimnya, pandangan yang paling selari dengan perasaan rakyat terbanyak adalah yang berada di tengah-tengah, yang mewakili majoriti yang senyap (“the silent majority”).

Adakah kita wajar berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan pencapaian masyarakat Melayu sekarang?

Pandangan saya, ada perkara-perkara yang wajar memberi lebih keyakinan kepada kita bahawa keadaannya tidaklah seperti yang digambarkan Tun Mahathir.

Contohnya, orang Melayu kini membentuk kelas pertengahan (middle class) yang besar dalam negara kita berbanding 50 tahun dahulu. Orang Melayu juga membentuk kelas profesional yang besar. Kejayaan membina kelas pertengahan dan kelas profesional yang besar ini adalah bukti orang Melayu berkemampuan menaiki mobiliti sosial melalui pelaburan kerajaan dalam pendidikan.

Tetapi, saya faham jika ada yang sering mempersoalkan mengenai penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi. Isu yang sering dibangkitkan ialah sama ada peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan mencukupi untuk melonjakkan penguasaan ekonomi orang Melayu.

Di sinilah asalnya doktrin “Melayu Akan Hilang” jika kuasa politik tidak dimonopoli oleh beberapa kerat elit Melayu, seperti yang dibawa oleh Tun Mahathir. Beliau menyamakan kuasa politik sebagai lubuk harta yang boleh digunakan untuk memberi keistimewaan ekonomi (orang kita selalu panggil sebagai “projek”) kepada beberapa kerat orang Melayu terpilih, atas alasan demi menyamakan keupayaan ekonomi Melayu dengan bukan Melayu.

Jika saya menjadi ahli politik dalam tahun 70an atau awal 80an, saya mungkin bersifat terbuka dengan doktrin itu, kerana ia mungkin berupaya melahirkan hartawan Melayu yang membawa syarikat Melayu ke persada antarabangsa. Mungkin kita ada syarikat-syarikat besar seperti mana Samsung, LG, Hyundai dan seumpamanya merubah ekonomi Korea Selatan.

Namun kita telah melalui zaman itu. Tun Mahathir telah pun melaksanakan ideanya untuk melahirkan beberapa hartawan ternama dari kalangan niagawan Melayu dengan campur tangan kerajaan. Eksperimen itu tidak berjaya selepas diuji dengan krisis kewangan Asia Timur tahun 1997/98.

Kita juga tahu kesan sampingan dari doktrin mencampur aduk kuasa politik dan korporat yang dibawa oleh Tun Mahathir ini. Soal tata kelola bercampur aduk apabila sektor ekonomi utama boleh diberikan kepada individu tertentu; dan individu-individu tersebut perlu menyumbang wang untuk membantu ahli-ahli dan parti-parti politik.

Pada saya, kita telah melalui semua ini hasil dari doktrin kuasa politik-korporat yang dibawa Tun Mahathir ini (“been there, done that”).

Maka cabaran orang Melayu dalam bidang ekonomi, pada ketika ini, ialah untuk kembali kepada landasan asal yang digagaskan dalam 15 tahun pertama selepas merdeka, iaitu:

1) Bagaimana melonjakkan kelas menengah Melayu dari kumpulan yang makan gaji (walaupun bergaji besar) kepada kelas yang mencipta kekayaan dengan mengusahakan perniagaan yang berdaya saing dan mengambil risiko? Sekiranya model kejayaan kelas menengah Melayu ialah makan gaji dengan syarikat korporat besar (walaupun berkelayakan tinggi), sampai bila-bila orang Melayu merasakan mereka tidak menguasai bidang ekonomi setanding dengan bukan Melayu.

2) Penciptaan kekayaan oleh kelas menengah Melayu mestilah berpaksikan daya saing dan keupayaan membangunkan perniagaan (produk dan perkhidmatan) yang mampan. Tidak ada istilah Orang Kaya Baru, atau Orang Cepat Kaya. Jalan pintas untuk menjadi kaya sepatutnya tiada dalam istilah pengupayaan ekonomi orang Melayu.

3) Mempersiapkan minda orang Melayu bahawa ancaman kepada penyertaan ekonomi orang Melayu bukanlah orang bukan Melayu di negara ini, tetapi keterhubungan ekonomi akibat globalisasi. Pesaing sebenar ialah produk dan perkhidmatan dari serantau dan luar negara yang memasuki pasaran kita kerana lebih murah atau lebih berteknologi tinggi. Faktor skala operasi dan capaian pasaran dunia menjadi faktor penentu kemampanan sesebuah perniagaan, termasuklah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang banyak diterajui oleh kelas menengah Melayu.

Saya percaya Tun Mahathir akan terus berpegang kepada doktrin kuasa politik-korporat ini sampai bila-bila.

Namun saya memilih untuk menghayati pesanan Hang Tuah bahawa “takkan Melayu hilang di dunia” (dan memahami konteks pesanan itu di akhir Kesultanan Melayu Melaka, apabila kekuasaan boleh mengatasi kewarasan; maka kelangsungan Melayu terletak kepada pimpinan yang adil, berhemah dan berpada-pada menggunakan kuasa).







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/takkan-melayu-hilang-di-dunia-vs-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Tidak Hilang 10 Tahun Lagi Kroni Mahathir Yang Akan Hilang

Melayu Tidak Hilang 10 Tahun Lagi Kroni Mahathir Yang Akan Hilang

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 324 hits
Kenyataan Tun Mahathir Mohamad kononnya Melayu akan hilang 10 tahun lagi sekiranya mereka tidak bersatu dilihat pendapat songsang yang tidak mempunyai dasar Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berkata kenyataan Tun Maha...
Ranking Fifa Malaysia Berpeluang Terjun Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 19 Tahun

Ranking Fifa Malaysia Berpeluang Terjun Ke Kelompok 120 Dunia Selepas 19 Tahun

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 119 hits
Ranking FIFA Malaysia Malaysia berpeluang untuk melonjak ke kelompok 120 terbaik dunia sekiranya mencatatkan keputusan positif berdepan pasukan ke 87 dunia Jordan Skuad kendalian Kim Pan gon membawa cabaran hebat ke pentas nbsp berprestij t...
Rafizi Bidas Kenyataan Mahathir Dakwa Melayu Akan Hilang

Rafizi Bidas Kenyataan Mahathir Dakwa Melayu Akan Hilang

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 120 hits
Timbul isu dari kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu akan lenyap dalam masa 10 tahun jika tidak bersatu Namun hal itu dibidas oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang melihat keadaan orang Melayu hari in...
Pelari Berusia 52 Tahun Sertai Maraton Sambil Hisap Rokok

Pelari Berusia 52 Tahun Sertai Maraton Sambil Hisap Rokok

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 233 hits
KOSMO CHEN menyalakan api untuk merokok ketika berlari di Xiamen awal bulan ini Foto WeiboBEIJING nbsp nbsp Seorang pelari China menghisap rokok sepanjang dia berlari dalam satu acara maraton di bandar Xiamen wilayah Fujian nbsp lapor porta...
Babak Baru Kasus Korupsi Bts Kominfo Vonis Terdakwa Irwan Hermawan Dipotong Menjadi 6 Tahun

Babak Baru Kasus Korupsi Bts Kominfo Vonis Terdakwa Irwan Hermawan Dipotong Menjadi 6 Tahun

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 149 hits
Kendati dikurangi enam tahun Irwan didenda Rp500 juta dengan ketentuan apabila tidak dibayar akan diganti dengan pidana kurungan empat bulan
Bayaran Haji B40 Tahun Ini Ditetapkan Rm12 356 Th

Bayaran Haji B40 Tahun Ini Ditetapkan Rm12 356 Th

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 233 hits
Gambar ARKIB SUMBER BERNAMA KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama ditetapkan pada RM12 356 seorang tahun ini ARTIKEL BER
Gambar Klasik Pekan Tahun 1896

Gambar Klasik Pekan Tahun 1896

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 117 hits
Sekeping gambar sebuah kenanagan Pekan Pahang pada tahun 1896Jurugambar Hugh Charles Clifford Gambar dari Royal Geographical Society
Mahathir Anak Saya Diugut Akan Dipenjara Lima Tahun

Mahathir Anak Saya Diugut Akan Dipenjara Lima Tahun

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 169 hits
MalaysiakiniBekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menempelak kerajaan yang dituduhnya melakukan kezaliman terhadap musuh politik Anak saya didakwa dengan ugutan jikalau dia buat apa apa tindakan yang pendakwa anggap bertentangan dengan ...
Suria Fm Perkenal Barisan Penyampai Baharu Dan Seleksi Program Menarik Bagi Tahun 2024

Suria Fm Perkenal Barisan Penyampai Baharu Dan Seleksi Program Menarik Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 206 hits
SURIA FM Perkenal Barisan Penyampai Baharu Dan Seleksi Program Menarik Bagi Tahun 2024 Assalamualaikum semua Baru baru ni pada 19hb Januari 2024 bertempat di Menara Star berlangsung satu sidang media yang dianjurkan oleh Suria FM Nah sis ko...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint