Rafael Caro Quintero Raja Dadah Yang Dituduh Membunuh Menyiksa Ejen Fbi


 
 
Mexi­co kelmarin menangkap seorang raja dadah yang berada dalam senarai 10 orang buruan paling dikehendaki oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana membunuh seorang ejen Amerika Syarikat (AS).

Rafael Caro Quintero, 69, dituduh oleh AS sebagai bertanggungjawab mengarahkan penculikan, penyeksaan dan pembunuhan ejen khas Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA), Enrique ‘Kiki’ Camarena dalam tahun 1985.

Dia ditahan pasukan marin Mexico di bandar Choix, negeri Sinaloa, barat laut Mexico bagi tujuan ekstradisi.

Caro Quintero sudah diberkas dalam tahun 1985, dibicarakan di Mexico dan dihukum penjara selama 40 tahun berhubung pembunuhan Camaren.

Bagaimanapun pada 2013, sebuah mahkamah Mexico mengarahkan Caro Quintero dibebaskan atas sebab teknikal selepas menjalani hukuman penjara selama 28 tahun. Pembebasannya bagaimanapun mencetuskan kemarahan pihak berkuasa AS.

Mahkamah Agung Mexico kemudian membatalkan keputusan tersebut tetapi ketika itu, Caro Quintero telah melarikan diri.

Kesnya menyebabkan hubungan AS-Mexico bertukar dingin, manakala masa beberapa dekad diperlukan untuk agensi antidadah kedua-dua negara membina semula kepercayaan antara satu sama lain.

Pihak berkuasa menawarkan ganjaran AS$20 juta (RM88.9 juta) terhadap Caro Quintero yang disifatkan FBI sebagai ‘sangat berbahaya’.

Dia dituduh menjadi pengasas bersama kartel dadah Guadalajara yang sudah berkubur dan ketika ini turut mengendalikan kartel dadah Sinaloa, demikian menurut pihak berkuasa AS.

“Tiada tempat persembu­nyian untuk sesiapa yang menculik, menyeksa dan membunuh anggota penguat kuasa undang-undang AS,” kata Peguam Negara, Merrick Garland.

Pada tahun 2016 dalam satu wawancara bersama majalah berita Proceso, Caro Quintero menafikan membunuh Camarena. Kisah ejen DEA itu dipaparkan dalam program Netflix yang berjudul Narcos: Mexico.

“Saya tidak menculik, menyeksa atau membunuhnya. Saya memohon maaf kepada masyarakat Mexico atas kesilapan yang saya lakukan, saya meminta maaf kepada keluarga Camarena, kepada kerajaan AS dan DEA,” katanya sambil menambah, dia mahu melupakan kisah lalu dan membuka ladang ternakan lembu.

Pembunuhan Camarena dianggap sebagai perbuatan balas dendam selepas siasatan oleh ejen DEA itu membawa kepada rampasan sebuah ladang ganja di Chihuahua.

Kartel dadah Guadalajara yang berkuasa dalam tahun 1980-an, dianggap sebagai ‘nenek moyang’ kepada kartel-kartel dadah moden Mexico.

Kartel Guadalajara adalah yang pertama menjalinkan hubungan dengan raja-raja dadah Colombia untuk mengangkut kokain dari negara Amerika Selatan itu ke AS.

Pengasas kartel berkenaan yang lain iaitu Miguel Angel Felix Gallardo dan Ernesto Fonseca Carillo, juga dijatuhi hukuman penjara yang panjang untuk pembunuhan Camarena.

Kehilangan kartel Guadalajara membawa kepada kebangkitan kartel dadah Sinaloa yang dike­tuai oleh Joaquin ‘El Chapo’ Guzman.

Pada tahun 2017, Mexico mengekstradisi Guzman ke AS di mana dia menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Keganasan antara kartel dadah menyebabkan lebih 34,000 orang terbunuh di Mexico sejak kerajaan mengerahkan pihak tentera melancarkan perang terhadap dadah dalam tahun 2006.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/07/rafael-caro-quintero-raja-dadah-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Jangan Bunuh Saya El Mencho Bbnu Tiktok Hina Ketua Kartel Dadah Mexico Mohon Maaf

Tolong Jangan Bunuh Saya El Mencho Bbnu Tiktok Hina Ketua Kartel Dadah Mexico Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 410 hits
Tolong jangan bunuh saya El Mencho BBNU TikTok hina ketua kartel dadah Mexico mohon maafSeorang remaja lelaki yang menghina bos kartel dadah Mexico yang paling dikehendaki melalui TikTok terpaksa membuat permohonan maaf kerana bimbang nyawa...
Dia Dah Mampu Bergerak Boleh Makan Kanak Kanak Kritikal Dadah Makin Pulih

Dia Dah Mampu Bergerak Boleh Makan Kanak Kanak Kritikal Dadah Makin Pulih

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 197 hits
Sudah seminggu dia dibenarkan pulang ke rumah dan alhamdulillah keadaannya semakin pulih kata Rohaya Hassan ibu kepada kanak kanak lelaki yang kritikal baru baru ini kerana terdapat kandungan dadah dalam badan ARTIKEL BERKAITAN Dah mampu be...
Wanita Ditahan Disyaki Bunuh Suami Didapati Positif Dadah Pernah Ada Rekod Lampau Berkaitan Kes Jenayah

Wanita Ditahan Disyaki Bunuh Suami Didapati Positif Dadah Pernah Ada Rekod Lampau Berkaitan Kes Jenayah

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 259 hits
Wanita yang ditahan pihak polis kerana dipercayai memukul suaminya sehingga menyebabkan kematian di Flat Nipah Taman Nipah hari ini didapati berada di bawah pengaruh dadah Menurut laporan hasil ujian saringan ke atas wanita berusia 36 tahun...
17 Pengunjung Premis Hiburan Ditahan Positif Dadah

17 Pengunjung Premis Hiburan Ditahan Positif Dadah

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 420 hits
17 pengunjung premis hiburan ditahan positif dadah Dikemas kini 3 jam yang lalu Diterbitkan pada 17 Jul 2022 10 36PM
Kondo Jadi Pusat Proses Dadah Diserbu 8 Ditahan

Kondo Jadi Pusat Proses Dadah Diserbu 8 Ditahan

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 205 hits
Polis berkata individu yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun disyaki aftif dalam kegiatan dadah sejak setahun lalu KUALA LUMPUR Sebuah kondominium yang dijadikan sarang memproses dadah diserbu sepasukan polis awal pagi semalam ...
Suspek Tikam Ibu Sampai Mati Disahkan Positif Dadah Ampthetamine

Suspek Tikam Ibu Sampai Mati Disahkan Positif Dadah Ampthetamine

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 243 hits
Foto Astro AwaniPolis mengesahkan suspek yang membunuh ibunya menggunakan pisau di Kampung Paya Luboh semalam positif dadah jenis syabu Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata pengganggur itu disahkan positif dadah selepas menjalani u...
Cara Membunuh Lipas Jangan Pukul Perut Lipas

Cara Membunuh Lipas Jangan Pukul Perut Lipas

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 465 hits
Apabila anda melihat binatang lipas di rumah jangan memukulnya pada bahagian perutnya kerana isi perut lipas sangat bahaya Dalam perut Lipas terdapat cacing halus lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas Bila cacing ini sudah b...
Menari Nari Sebelah Anjing Baby Shima Dituduh Lapar Perhatian Saja Buat Content Undang Kecaman

Menari Nari Sebelah Anjing Baby Shima Dituduh Lapar Perhatian Saja Buat Content Undang Kecaman

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 183 hits
Penyanyi dangdut Baby Shima seringkali dikecam sebelum ini kerana pemakaian dan perbuatannya yang dianggap kurang menyenangkan oleh sesetengah orang Kali ini Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli lagi sekali memuat naik video yan...
Nanti Kita Dituduh Zalim Kepada Rakyat Ismail Akui Sukar Kawal Penjualan Minyak Masak Bersubsidi Kepada Rakyat

Nanti Kita Dituduh Zalim Kepada Rakyat Ismail Akui Sukar Kawal Penjualan Minyak Masak Bersubsidi Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 258 hits
Nanti kita dituduh zalim kepada rakyat Ismail akui sukar kawal penjualan minyak masak bersubsidi kepada rakyatFoto The StarPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengakui pemberian minyak masak bersubsidi jenis peket 1 kilogram kepada...
The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Filem Gayong

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Pelbagaikan Kegunaan Khemah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Mengurus Emosi Melalui 10 Surah Terakhir

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft

Elephant Mothers Form Strong Emotional Bonds With Calves