Kondo Jadi Pusat Proses Dadah Diserbu 8 Ditahan


 
Polis berkata individu yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun disyaki aftif dalam kegiatan dadah sejak setahun lalu.KUALA LUMPUR: Sebuah kondominium yang dijadikan sarang memproses dadah diserbu sepasukan polis awal pagi semalam yang membawa kepada penahanan lapan individu terdiri daripada dua warga tempatan dan enam warga asing.
Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata dalam serbuan pada pukul 7 pagi di sebuah kondominium di Jalan Law Yew Swee itu, dua warga tempatan masing-masing seorang lelaki dan wanita telah ditahan dan pelbagai jenis dadah bersama peralatan dan bahan memproses dadah dirampas.
Menurut Noor Dellhan, hasil soal siasat yang dijalankan ke atas dua individu itu, polis telah melancarkan empat serbuan di sekitar kawasan pentadbiran IPD Dang Wangi dan telah menahan lima lelaki dan seorang wanita yang kesemuanya merupakan warga asing.
“Dalam serbuan tersebut, polis telah merampas pelbagai jenis dadah termasuk methamphetamine seberat 796 gram; methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) (382 g); serbuk MDMA (353 g); cecair methamphetamine (220 mililiter); ketamin (211.62 g) dan cecair MDMA (25 ml) dengan nilai rampasan kira-kira RM191,693,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata kesemua individu yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun dan disyaki terlibat secara langsung dalam kegiatan memproses dan membungkus dadah untuk pasaran di sekitar Lembah Klang serta telah bergiat aktif sejak setahun lalu.
“Saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati empat suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine manakala empat lagi adalah negatif,” katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 14 Julai.
“Polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran atau penagihan dadah dan diharapkan masyarakat dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah dan jenayah kepada polis,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/07/kondo-jadi-pusat-proses-dadah-diserbu-8.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Kpn Dedah 15 Pusat Hiburan Jadi Port Edar Ambil Dadah

Bekas Kpn Dedah 15 Pusat Hiburan Jadi Port Edar Ambil Dadah

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR Bekas ketua polis negara Musa Hassan mendedahkan sekurang kurangnya 15 pusat hiburan sekitar ibu kota dikesan menjalankan aktiviti pengedaran serta penyalahgunaan dadah didalangi pemilik dan sindiket Katanya lebih menyedihkan t...
Bahana Guna Duit Percuma Settlekan Hutang Rumah Suami Isteri Ditahan

Bahana Guna Duit Percuma Settlekan Hutang Rumah Suami Isteri Ditahan

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 415 hits
Tindakan sepasang suami isteri membelanjakan hampir kesemua duit RM208 329 yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun mereka memakan diri apabila didakwa dengan 60 pertuduhan salah guna wang semalam Pemandu lori Nor Hasni Edirin H
Cubaan Larikan Diri Gagal Lelaki Warga Asing Ditahan Polis

Cubaan Larikan Diri Gagal Lelaki Warga Asing Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 349 hits
Kuala Lumpur Cubaan lelaki warga asing melarikan diri daripada pemeriksaan polis gagal apabila dia ditahan di Terminal Bersepadu Selatan di sini hari ini Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata kejadian it...
Enam Pelajar Sekolah Inanam Ditahan Kerana Didakwa Memukul Rakan Sekolah

Enam Pelajar Sekolah Inanam Ditahan Kerana Didakwa Memukul Rakan Sekolah

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 439 hits
7 pembuli ala gengster sudah ditahan polis Pesanan saya kepada keluarga mangsa jangan termakan rayuan nangis mintak simpati daripada pemangsa biar mereka tahu tingginya langit dan bumi SALAH TETAP SALAH Sekumpulan pelajar perempuan ditahan ...
13 Warga Asing Tukar Bendang Jadi Kebun Ditahan

13 Warga Asing Tukar Bendang Jadi Kebun Ditahan

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 230 hits
Tindakan pemilik memajak tapak sawah menyebabkan jumlah warga asing meningkat di tapak sawah sekitar jelapang padi Selangor Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata Jabatan Imigresen Malaysia memandang serius isu i
Pelawak Wanita Didakwa Hina Islam Sudah Ditahan Kini Direman Tiga Hari Bantu Siasatan

Pelawak Wanita Didakwa Hina Islam Sudah Ditahan Kini Direman Tiga Hari Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 439 hits
Tindakan wanita ini membuka tudung dan pakaiannya ketika melakukan persemahan komedi berdiri membawa padah PELAWAK wanita dalam sebuah video kontroversi ketika membuat persembahan komedi berdiri di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail...
Hiburan Pelanggan Yang Miang Kedai Diserbu Jheat Rakan Dakwa Akak Air Buah Hanya Mangsa Keadaan

Hiburan Pelanggan Yang Miang Kedai Diserbu Jheat Rakan Dakwa Akak Air Buah Hanya Mangsa Keadaan

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 451 hits
Sebelum ini viral di media sosial Twitter satu video memaparkan seorang pelayan kedai minuman yang menjadi tumpuan para pelanggan lelaki untuk bergambar sambil dipeluk pinggang dan bahu Difahamkan pelayan wanita yang dikenali sebagai Darlen...
Restoran Dflora Air Buah Di Terengganu Dah Diserbu Penguatkuasa

Restoran Dflora Air Buah Di Terengganu Dah Diserbu Penguatkuasa

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 498 hits
Restoran Dflora Air Buah di Terengganu dah diserbu penguatkuasa Susulan tular video pemilik restoran di Terengganu dipeluk sekumpulan lelaki mata keranjang wanita berkenaan dipercayai telah menyahaktifkan akaun TikToknya yang mempunyai lebi...
Nasib Baik Anak Aku Jerit Beg Duit Dalam Kereta Nyaris Dilarikan Penyamun Sempat Menyeringai Ketika Ditahan

Nasib Baik Anak Aku Jerit Beg Duit Dalam Kereta Nyaris Dilarikan Penyamun Sempat Menyeringai Ketika Ditahan

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 382 hits
Hasrat seorang lelaki menyamun beg duit dalam sebuah kereta orang awam tidak kesampaian apabila suspek berusia 40 an itu berjaya ditahan Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata kejadian itu berlaku pada jam 10 10 pa...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka