Radhi Oag Mengaku Tak Bersalah Cederakan Bekas Isteri



Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
Seorang penyanyi lelaki kumpulan rock alternatif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya di sekitar kediamannya di Kota Damansara pada Selasa lalu.
Tertuduh, Mohd Radhi Razali atau lebih dikenali sebagai Radhi OAG membuat pengakuan itu selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.
Mengikut pertuduhan, Radhi pada 19 April lalu di kediamannya di Kota Damansara di sini, jam 2.29 petang dengan sengaja mencederakan bekas isterinya, Nur Shaira Ayu Zahiri.
Radhi melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Undang-undang ini memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu Radhi dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira jam 8.53 pagi tadi dengan menaiki van polis berwarna putih dengan memakai baju kurta berwarna biru gelap.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwaraya, Mohamed Wafi Hussain menawarkan jaminan RM7,000 dan syarat tambahan pengadu tidak lagi diganggu.
Bagaimanapun peguam Haziq Aizuddin Subhi memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana tertuduh perlu menanggung anak-anak di bawah jagaannya ketika ini.
“Kalau nilai tinggi diberikan kepada tertuduh akan menyukarkan anak guam saya untuk menjaga anak-anak yang masih kecil. Ini kerana hak jagaan anak-anak diberikan kepada tertuduh, tambahan pula tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap yang bergantung kepada keadaan (tawaran),” katanya.
Selepas mempertimbangkan hujah pendakwaan dan pembelaan, Majistret Muhammad Iskandar membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu pengadu.
Mahkamah turut menetapkan 13 Julai 2022 sebagai tarikh sebutan dan pengurusan kes tersebut.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah kira-kira 2.29 petang.
Jelasnya, kejadian itu berlaku selepas terdapat perselisihan faham gara-gara mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.
Katanya, pihak polis telah menahan lelaki berkenaan di kediamannya dan hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif.
Sebelum ini, Radhi disahkan bercerai talak satu dengan Nur Shahira Ayu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari Petaling Jaya, 16 Julai 2019.
Untuk rekod, pasangan Ayu dan Radhi berkahwin pada 14 April 2014. MG
Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
Baca Artikel Menarik:
ADUN DAP Pasir Berdamar Terrance Naidu Didakwa Ambil Dadah Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri Rina Harun Dihentam Kerana ‘Photo Op’ Dengan Mangsa Penderaan Bella Berdosa peguam bela pihak yang salah, wang diterima haram – MAZA Raja Zarith murka ada individu salah guna kurniaan istana Najib sekolahkan Kit Siang samakan Malaysia dengan Sri Lanka Pengetua sekolah bertunang dengan murid Budak 10 tahun mati dihempap pokok 100 tahun Penceramah bebas ditahan bantu siasatan kes amang seksual fizikal Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja [VIDEO] Dedah Perangai Ira Kazar, Suka Kejar Suami Orang Isteri Kantoi Curang Ketika Suami Pergi Solat Tarawih [VIDEO] Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/22/radhi-oag-mengaku-tak-bersalah-cederakan-bekas-isteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pvkul Bekas Isteri Selepas Enggan Bergambar Ini Tindakan Ayu Shahira Buat Radhi Oag Terkedu

Pvkul Bekas Isteri Selepas Enggan Bergambar Ini Tindakan Ayu Shahira Buat Radhi Oag Terkedu

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 184 hits
BIMBANG kejadian sama berulang seorang wanita iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri terpaksa membuat laporan polis terhadap bekas suaminya iaitu Radhi OAG sebagai langkah berjaga jaga dan faktor keselamatan
Nama Radhi Oag Kena Petik Kes Pukul Bekas Isteri

Nama Radhi Oag Kena Petik Kes Pukul Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 208 hits
Nama Radhi OAG Kena Petik Kes Pukul Bekas Isteri Sebelum ini kami melaporkan terdapat seorang penyanyi lelaki yang berusia 45 tahun tergamak memukul bekas isterinya dan telahpun ditahan pihak polis semalam Di Twitter ramai yang berteka teki...
Penyanyi Pukul Bekas Isteri Kerana Enggan Selfie Bersama Ditahan Polis

Penyanyi Pukul Bekas Isteri Kerana Enggan Selfie Bersama Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 322 hits
Penyanyi pukul bekas isteri kerana enggan selfie bersama ditahan polisPolis menahan seorang penyanyi lelaki kerana dipercayai memukul bekas isterinya dalam kejadian yang berlaku di kawasan kediaman suspek di Kota Damansara kelmarin Ketua Po...
Penyanyi Ditahan Serang Bekas Isteri

Penyanyi Ditahan Serang Bekas Isteri

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 212 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis menahan seorang penyanyi atas dakwaan memukul bekas isterinya ketika datang mengambil anak mereka di rumahnya Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Fakhrudin Abdul Hamid berkata kejadian itu berlaku di kawasan pa...
Lepas Beberapa Hari Nikah Suami Dilaporkan Hilang Isteri Kedua Mengaku Bunuh Suami Tanam Bawah Katil

Lepas Beberapa Hari Nikah Suami Dilaporkan Hilang Isteri Kedua Mengaku Bunuh Suami Tanam Bawah Katil

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 158 hits
Misteri kehilangan seorang lelaki dari Iran akhirnya terjawab selepas pihak polis menemui mayat manusia yang ditanam di bawah katil Lebih mengejutkan apabila mengetahui mangsa yang dilaporkan hilang selama setahun itu sebenarnya telah dibun...
Takkan Saya Nak P4ksa Dua Tahun Bekas Isteri Tak Jenguk Anak Along Cham Kesal Dapat Dm Tuduh Zal1m Tak Bagi Jumpa

Takkan Saya Nak P4ksa Dua Tahun Bekas Isteri Tak Jenguk Anak Along Cham Kesal Dapat Dm Tuduh Zal1m Tak Bagi Jumpa

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 191 hits
PELAKON Along Cham mendedahkan dia menerima mesej kec4man daripada netizen yang menudvhnya bersikap zal1m apabila mel4rang bekas isteri iaitu Zila Seeron bertemu dengan anak mereka
Singer Radhi Of Oag Charged With Hitting Former Wife

Singer Radhi Of Oag Charged With Hitting Former Wife

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 208 hits
Radhi Razali of rock band OAG pleaded not guilty to the offence PETALING JAYA Singer Radhi of the popular rock band OAG was charged with assaulting his former wife Radhi whose real name is Radhi Razali pleaded not guilty to the offence befo...
Suami Isteri Tekad Simpan Rm20 Rm5 Tiap Kali Pecah Tabung Hasilnya Wow

Suami Isteri Tekad Simpan Rm20 Rm5 Tiap Kali Pecah Tabung Hasilnya Wow

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 262 hits
Rezeki itu milik Allah setiap orang rezekinya lain lain Ramai yang menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk duit Sebenarnya tidak Bahagia itu juga rezeki hati yang tenang itu rezeki keberkatan masa itu juga rezeki Dapat kawan yang baik juga...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Larangan Ke India

Rasa Gementar Juga Bila Pertama Kali Kena Hantar Cikcha Balik Ke Nilai

Resepi Mi Kuah Daging

Apakah Rafizi Senasib Dengan Ghafar Baba

Membazir Beli Magnetic Eyelash

Yang Tumbuh Selepas Hujan