Qunut Nazilah Usaha Kecil Untuk Pembebasan Palestin


Qunut Nazilah adalah sesuatu yang saya baru tahu tahun ini. Saya pun masih tak hafal bacaan qunut nazilah ini tapi anak-anak dah expert menghafal dan membaca. Di sekolah, cikgu pasangkan bacaan qunut nazilah setiap hari sebagai salah satu amalan doa untuk saudara kita di Palestin.



Hati saya asyik terdetik, apalah yang saya boleh lakukan lagi untuk membantu Palestin yang ditindas. Selain share post tentang kekejaman Israhell di social media, boikot produk barangan Israel dan doakan pembebasan Palestin setiap kali selepas solat, rasanya macam terbatas sangat usaha yang saya boleh lakukan. Usaha kecil apa lagi yang boleh dilakukan untuk membantu Palestin?


Tapi persoalan saya itu seolah terjawab semalam ketika saya sedang mendengar radio IKIM fm. Salah satu ayat yang buat saya terngiang-ngiang di telinga adalah jangan berhenti berdoa. Allah lebih sukakan orang yang memohon dan merayu kepadanya dan Allah sentiasa mendengar rayuan hambanya. 


Allahu..saya dapat jawapan terus kepada persoalan saya. Jangan ada keraguan dengan Allah dan jangan berhenti berharap dan berdoa. Walaupun sakit melihat penindasan yang dilakukan oleh Israel laknatullah tapi doa adalah senjata orang mukmin. Tiada daya upaya kita, hanya Allah yang Maha Perkasa dan Maha Membalas.


Qunut Nazilah dan DoaDi hari Jumaat yang penuh berkah, diiringi hujan renyai-renyai seawal pagi, rasanya eloklah saya kongsikan serba sedikit maklumat tentang qunut nazilah. Saya pasti ramai yang dah tahu dan hafal doa bacaan qunut nazilah, tetapi dengan harapan untuk mengumpul sedikit pahala dan mendapat keredhaan Allah, saya juga ingin kongsikan berkaitan qunut nazilah di blog ini. Mana tahu perkongsian yang sedikit ini menjadi asbab saya mengumpul pahala berpanjangan nanti..in shaa Allah, aamiin..

Diambil daripada laman web Harakahdaily, qunut membawa maksud berdiri dalam solat manakala nazilah pula bermaksud musibah yang sangat berat. Jadi boleh disimpulkan bahawa qunut nazilah adalah doa khas yang dibaca ketika sedang solat untuk memohon bantuan Allah saat sedang ditimpa bencana, wabak penyakit atau serangan musuh.


Nabi Muhammada saw pernah membaca qunut nazilah ketika berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas sahabat nabi yang merupakan penghafaz al-Quran daripada golongan Ansar dalam peristiwa ekspedisi dakwah ke Bir Ma'unah (sumber wiki). Nabi Muhammad juga membaca qunut nazilah selama sebulan secara berterusan. Cuba bayangkan, nabi sendiri berdoa tanpa henti takkan lah kita pula nak berhenti berdoa kan.


Cara Baca Qunut Nazilah (sumber wiki)
Qunut boleh dibaca dalam setiap lima waktu sembahyang fardhu ketika ditimpa bencana dengan cara mendoakan kebaikan untuk orang Islam dan kehancuran dan laknat ke atas orang kafir.Qunut nazilah dibacakan ketika ikhtidal selepas rukuk pada rakaat terakhir (sama seperti membaca doa qunut Subuh tapi digantikan dengan doa qunut nazilah).Sunat membaca qunut nazilah selepas bacaan qunut harian.Disunatkan imam membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum.


Doa Qunut NazilahDiambil daripada zonbebas.com

اللهم إنا نجعلك في نحور أعدائنا، ونعوذ بك من شرورهم، اللهم بدد شملهم، وفرق جمعهم، وشئت كلمتهم، وزلزل أقدامهم، وسلط عليهم كليا من كلابك يا قهار، يا جبار، یا منتقم يا الله، یا الله، یا الله، اللهم يا منزل الكتاب، ويا مجري الشحاب، ويا هازم الأحزاب، اهزمهم وانصرنا عليهم

Bacaan qunut nazilah dalam rumi,

Allahumma Inna Naj-Aluka Fi Nuhuri Ak-Da’ina. Wa Na-Uzu-Bika Min Syuru-Rihim, Allahumma Baddid Syam-Lahum Wa Farriq Jam-Ahum Wa Syattit Kalimata-Hum Wa Zal-Zil 'Aqda-Mahum, Wa Sallit Alayhim Kalban Min Kilabik, Ya Qahhar, Ya Jabbar Ya Muntaqimu Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah. Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab, Ya Mujriyas-Sahab, Ya Hazimal Ahzab Ihzim-Hum Ihzim-Hum. Ihzim-Hum..Wan-Surna 'Alayhim.

Maksudnya : Ya Allah, Sesungguhnya kami letakkan Engkau dibatang leher musuh-musuh kami! Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan kepada mereka anjing-anjingMu! Wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa! Wahai Tuhan Yang Maha Gagah! Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka! Ya ALLAH! Ya ALLAH! Ya ALLAH! Wahai Tuhan yang mengerakkan awan! Wahai Tuhan yang menewaskan Bala Tentera Kalahkanlah Mereka, Menangkanlah kami ke atas mereka.


Marilah kita sama-sama mendoakan kemenangan Palestin agar bebas daripada belenggu zionist terlaknat Israel. Semoga juga negara sekutu Israel mendapat juga balasan setimpal kerana tak berusaha mempertahankan Palestin daripada terus dibom dan dibedil secara bertalu-talu. Ini adalah kekejaman yang dipertahankan oleh pemimpin besar dunia, semoga mereka mendapat kesan yang maha dahsyat kerana membenarkan genocide berlaku. Kucing mati dibaling batu pun dah cukup buat kita sakit hati, ini pula berpuluh ribu mati sebab dibom pun para pemimpin dunia masih diam membisu. Betul-betul memalukan.


From the river to the sea, Palestine will be free! Free Palestine!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2023/11/qunut-nazilah-usaha-kecil-pembebasan-palestin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jais Tak Pernah Halang Sekolah Baca Qunut Nazilah

Jais Tak Pernah Halang Sekolah Baca Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 246 hits
Exco Fahmi Ngah seru elak timbulkan prasangka dan cubaan yang meresahkan dan memecahbelahkan SHAH ALAM Jabatan Agama Islam Selangor tidak pernah mengeluarkan apa apa arahan atau pekeliling menghalang sekolah di bawah kendalian jabatan itu d...
Sikap Tegas Atas Konflik Palestin Tidak Jejas Pelaburan Barat Anwar

Sikap Tegas Atas Konflik Palestin Tidak Jejas Pelaburan Barat Anwar

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 341 hits
Sikap tegas Perdana Menteri Malaysia dalam isu konflik Palestin Israel tidak menjejaskan pelaburan asing terutama dari negara Barat ke Malaysia Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat kebimbangan bahawa ucapan beliau yang ...
Palestin Satu Hari Tambahan Serangan Makin Banyak Korban Berjatuhan

Palestin Satu Hari Tambahan Serangan Makin Banyak Korban Berjatuhan

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 129 hits
Perang di antara Palestin dan Israel diberi fokus utama dalam lawatan kerja dan menghadiri persidangan oleh Perdana Menteri di luar negara sejak seminggu lalu Hal itu ditegaskan dalam jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pagi in...
14 128 Rakyat Palestin Disembelih Mati Israel Hari Ke 46 Serangan

14 128 Rakyat Palestin Disembelih Mati Israel Hari Ke 46 Serangan

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 163 hits
Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia hmetro com myKuala Lumpur Angka korban rakyat Palestin akibat serangan berterusan tentera Israel di Semenanjung Gaza terus melonjak kepada 14 128 mangsa setakat jam 6 petang semalam Angka terkini itu menunju...
Merdeka Tapi Dijajah M Sia Sepert Palestin

Merdeka Tapi Dijajah M Sia Sepert Palestin

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 149 hits
Kedaulatan Syariah Kemerdekaan kita yang cuba dijajah KITA difahamkan bahawa apabila kita merdeka kita mempunyai hak sebagaimana hak untuk menjalankan agama dan juga undang undang kita sebagaimana sebelum kita dijajah Kemerdekaan sepatutnya...
Sadis Gambar Rakyat Palestin Kena Torture Oleh Idf Gilalah

Sadis Gambar Rakyat Palestin Kena Torture Oleh Idf Gilalah

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 331 hits
Fuhhhh Gambar ini tersebar di laman X Katanya ini adalah gambar tahanan palestin yang ditahan oleh IDF Mereka ditahan dan diseksa dengan pelbagai seksaan Kalau dilihat pada badan terdapat kesan dibakar dirotan Mereka diikat dengan tali dan ...
Siapa Yang Dapat Faedah Hasil Dari Konflik Dan Peperangan Antara Palestin Dan Israel

Siapa Yang Dapat Faedah Hasil Dari Konflik Dan Peperangan Antara Palestin Dan Israel

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 294 hits
Siapa dapat manfaatnya Soalan itu sangat membantu untuk difikirkan dalam apa saja langkah dan keputusan yang manusia ambil Sebab ia mampu membuka sudut pandang anda secara objektif tanpa terlebih dahulu membuat sebarang keputusan Itulah yan...
Peta Palestin Sebelum 1948

Peta Palestin Sebelum 1948

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 217 hits
Trending di media sosial baru baru ni tapi sebenarnya benda ni dah lama kita tahu dari dulu Simpan peta ni baik baik Inilah peta pada tahun 1946 Jangan biar peta ini dipadam Sejarah tidak pernah menipu kita Semoga negara Palestin bebas dari...
Ketegasan Malaysia Menegur Dasar Luar A S Isu Kemanusiaan Palestin Tidak Halang Kedatangan Pelabur Dari Sana

Ketegasan Malaysia Menegur Dasar Luar A S Isu Kemanusiaan Palestin Tidak Halang Kedatangan Pelabur Dari Sana

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 204 hits
19 November 20236 Jamadil Awal 1445HYAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Bin Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google Enovix Corporation Microsoft dan TikTok di San Francisco Amerika Syarik...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


36 Hours In Palm Springs Calif

Hiburan Beg Bagasi Rosak Norman Hakim Luah Rasa Kesal 30 Saat Saya Istighfar Dan Kawal Nafas

Saya Lalui Banyak Masa Sukar Sebagai Seorang Song Hyekyo Song Hyekyo

Tak Dak Kisah Cuma Murah Sangat Nama Jihad

Yab Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Merasmikan Forum Ekonomi Malaysia Pada 9 Januri

Jangan Buang Masa Cari Kerja Atau Perniagaan Yang Anda 100 Suka Tak Akan Jumpa