Qcy T9s Khas Untuk Mereka Yang Aktif



QCY T9S adalah antara TWS baru keluaran QCY untuk tahun 2020. Masih lagi dalam kategori bajet dengan harga di bawah RM70, menariknya, tidak banyak kompromi yang dibuat oleh QCY dari segi kualiti dan penyampaian bunyi oleh QCY T9S baru ini.

PANDANG PERTAMA Sama seperti TWS dari QCY yang lain, pembungkusan TWS mereka secara asasnya adalah sama. Mereka menggunakan kotak yang sama untuk TWS mereka. Namun begitu, untuk QCY T9S ini, anda menerima beberapa aksesori tambahan. Selain daripada manual, wayar pengecas, dan getah gantian telinga, anda juga menerima dua pasang gelang getah untuk melilit TWS. Ya, QCY T9S hadir dengan sayap telinga untuk lebih lekapan di telinga ketika bersukan. QCY juga memberi anda pilihan untuk menukar sayap telinga sukan ini kepada sayap biasa sekiranya anda tidak selesa dengan rekabentuk yang sedikit terkeluar dan mencengkam di sendi telinga anda. Satu langkah yang sangat bagus oleh QCY demi memastikan produk mereka sesuai untuk semua pengguna dan keperluan.
 

KUALITI BINAAN QCY T9S hadir dengan saiz bekas yang agak kecil juga. Mudah dibawa di dalam poket, tetapi agak tebal dan lebih berat berbanding QCY T5 dan Oppo Enco W11. Lekapan magnet pada penutupnya cukup kuat dan berfungsi juga sebagai suis untuk menghidupkan TWS. Setiap anda membuka penutup bekasnya, TWS akan terus menyala dan bersambung dengan telefon anda. Ini juga memudahkan proses penyimpanan TWS apabila anda ingin berhenti menggunakan TWS anda. Masukkan TWS ke dalam bekas dan tutup penutup untuk mematikan kuasa TWS dan putuskan sambungan ke telefon anda. Satu ciri yang boleh dikatakan ‘premium’ kerana ada TWS lain dalam julat harga sebegini masih lagi tiada fungsi auto on/off sebegini.

QCY T9S merupakan TWS yang dipakai sepenuhnya ke dalam telinga. Saiznya agak besar dengan getah telinga yang juga agak besar. Ini mejadikannya sangat sesuai ketika bersukan. Bagi mereka dengan saiz telinga yang kecil, mungkin tidak berapa sesuai dan terasa agak ketat di telinga. Penggunaan yang lama akan menyakitkan telinga bagi mereka dengan telinga kecil. Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan ini, saya mencadangkan anda menukar sayap telinga sukan kepada sayap getah yang biasa dan menukar getah telinga kepada saiz yang lebih kecil. Kesemua aksesori ini telah dibekalkan bersama di dalam kotak. Ia juga mempunya dua poin magnet untuk pengecasan dan penyimpanan di dalam bekas. Ujian goncangan juga mendapati lekapan magnet pada QCY T9S sangat kuat dan tidak tercabut dengan goncangan kuat.

Proses menukar sayap telinga juga sangat mudah. Cuma tanggalkan sayap telinga dan pasangkan sayap lain yang diingini. Lurah untuk sayap telinga juga telah dibuat dan ada titik khas di bahagian bawah TWS bagi membantu anda memasang sayap telinga dan mengelakkan sayap telinga untuk kekal pada tempatnya dan tidak terpusing semasa anda memakai TWS ini.
 
BATERI QCY T9S boleh memainkan muzik selama 4-5 jam dengan sekali penggunaan berterusan. Bekasnya boleh mengecas kedua-dua TWS sebanyak 4 kitaran penuh. Bateri pada bekasnya adalah sebesar 380mAh manakala pada TWS mereka adalah sebesar 43mAh. Tidak banyak boleh diulas, bagi saya ini sudah menjadi standard semasa untuk kebanykan TWS di pasaran.
QCY melarang penggunaan Quick Charger untuk mengecas bekas QCY T9S dan mengesyorkan pengecas 5V 2.1A dan ke bawah. Bekasnya cuma mempunyai satu lampu LED untuk penunjuk aras bateri.

Semasa mengecas bekas TWS: 
Paras bateri ≤60% : LED berkelip merah Paras bateri 60%-95% : LED berkelip hijau Paras bateri ≥95% : LED berkelip putih Paras bateri penuh : LED menyala putih Semasa mengecas TWS di dalam bekas:
LED akan berkelip merah semasa sedang mengecas dan menyala hijau selama seminit apabila bateri TWS sudah penuh.  
KUALITI BUNYI Pada pertama kali menggunakan QCY T9S saya dapati bunyinya agak bright dengan banyak penekanan pada mid dan high. Namun, selepas memuat turun aplikasi QCY di PlayStore, firmware pada QCY T9S saya telah menerima kemaskini sebanyak dua kali. Dengan setiap kemaskini firmware juga, bunyinya lebih seimbang dan talaan pada low dan bassnya semakin baik.
Dengan firmware terbaru, bunyi pada QCY T9S ini bagi saya seimbang. Pendengaran juga santai untuk pelbagai genre. Bunyinya agak warm dengan bass yang tidak berapa bergetar. Mid lebih dominan pada QCY T9S ini. Saya berharap ada sedikit talaan lagi pada high dengan bunyi simbal yang agak berdesir.
Vokal pada TWS ini juga bagi saya bagus dan jelas. Vokal lelaki kedengaran begitu maskulin dan berkarakter. Vokal perempuan pula agak kurang feminin terutama bagi penyanyi balada atau pop dengan ciri suara lembut kedengaran agak kasar. Vokal rock perempuan pula bagi saya tiada masalah kerana kebanyakan vokal penyanyi rock perempuan mempunyai vokal yang agak rendah.
Soundstage QCY T9S bagi saya sederhana. Dengan cukup perincian pada intrumen muzik. Treble kadangkala ada sedikit menikam tapi ini tidak berlaku begitu kerap. Mungkin dalam kemaskini firmware seterusnya, kualiti dan karakter bunyi QCY T9S akan berubah lagi.

 
KUALITI SAMBUNGAN QCY T9S hadir dengan Bluetooth 5.0 dan tiada masalah dengan kelewatan audio untuk kegunaan menonton video dan YouTube secara amnya. Ia tiada mod gaming dan untuk bertukar di antara mod stereo dan mono, anda perlu menekan kombinasi butang pada TWS secara manual.
Apa yang saya suka pada QCY T9S ini, ia bersambung ke telefon dengan pantas. Ia mula bersambung ke telefon sebaik sahaja anda membuka penutup bekas, TWS menghidupkan kuasanya dan terhubung dengan sambungan Bluetooth telefon anda. Apabila anda memakai TWS di telinga anda, kedua-dua belah TWS sudahpun siap sedia untuk memainkan muzik kegemaran anda di telefon. Tidak perlu menunggu lama untuk TWS anda terhubung dengan peranti anda.
 
KAWALAN QCY T9S menggunakan butang kawalan fizikal. Masuk akal kerana TWS ini lebih memfokuskan mereka yang aktif. Kawalan sentuhan mungkin agak leceh apabila tangan anda berpeluh dan basah. Butang pada TWS ini agak bagus dengan klik yang bagus. Tidak perlu menekan kuat untuk menggunakan butang. Ini bermakna, anda tidaklah sehingga menolak TWS dengan kuat ke dalam telinga setiap kali anda menekan butang pada TWS ini.
Uniknya dengan QCY T9S, ia disokong oleh aplikasi QCY yang mebolehkan anda mengubah fungsi butang. Saya secara peribadi, lebih suka menggunakan butang untuk mengubah kelantangan bunyi dan mengubah lagu seterusnya. Dengan aplikasi QCY, kombinasi kawalan semuanya bergantung kepada anda.


 
KELEBIHAN QCY T9S hadir dalam pakej yang lengkap dan menyeluruh dengan aksesori tambahan yang banyak. Anda boleh menggunakannya untuk bersukan atau untuk kegunaan santai seharian dengan dua pilihan sayap telinga hadir bersama di dalam kotak. Kualiti bunyi juga seimbang dengan bass yang memuaskan untuk pelbagai genre. Bagi penggemar bass, mungkin ia tidak mencukupi, tapi anda harus tahu, QCY T9S tidak diiklankan sebagai TWS dengan bass-heavy.
Ia juga disokong dengan aplkasi QCY, membolehkan anda mengemaskini firmware, mencari kedudukan TWS anda sekiranya hilang, menala bunyi dengan equalizer dan mengubah fungsi butang pada TWS. Kombinasi aplikasi dan kualiti TWS ini sendiri adalah tarikan kuat untuk sesiapa memiliki TWS yang berharga kurang dari RM70 ini. Harganya juga sangat mengiurkan, cuma pejam mata dan beli. Jangan fikir lagi.
 
KEKURANGAN Bekas QCY T9S ini agak tebal walaupun bersaiz kecil. Ini memberi isu sedikit sekiranya anda ingin membawa TWS ini di dalam poket. Selain itu, TWS ini juga seperti memberi fokus pada individu yang bertelinga besar. Anda perlu membuat sedikit pertukaran pada aksesori seperti menukar getah telinga daripada silikon kepada getah telinga berbusa ataupun silikon yang lebih selesa.
Secara puratanya, QCY T9S adalah TWS yang bersaiz agak besar dan akan menyakitkan telinga bagi anda yang bertelinga kecil atau sensitif. Banyak percubaan posisi perlu dibuat sebelum anda bertemu posisi yang sesuai untuk anda dan tidak menyakitkan telinga.
 
KESIMPULAN Sekiranya anda memerlukan TWS untuk bersukan, QCY T9S adalah TWS yang paling murah di pasaran dengan sayap telinga. Ia melekap dengan kuat dengan sayap telinga dan tidak pernah tercabut sepanjang ujian saya. Bekasnya agak besar, tapi tidak terlalu menyusahkan untuk dibawa melainkan anda memakai seluar jeans skinny. Sekali lagi, ini TWS yang memfokuskan indvidu yang aktif bersukan. Poket seluar trek secara amnya tiada masalah dengan ruang poket yang besar.
Kualiti bunyi juga memuaskan dengan vokal yang jelas dan bass yang mencukupi. Karakter bunyi agak warm dengan mid yang dominan. Sesuai untuk pendengaran genre yang lebih pelbagai.
Akhir kata, bawah RM70. Pejam mata dan bayar saja.
Dapatkannya di Shopee : Kedai Rasmi QCY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/qcy-t9s-khas-untuk-mereka-yang-aktif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Hal Istimewa Dari Momfriends Yang Bikin Ibu Nggak Merasa Sendiri Cuma Mereka Yang Bisa Ngerti

5 Hal Istimewa Dari Momfriends Yang Bikin Ibu Nggak Merasa Sendiri Cuma Mereka Yang Bisa Ngerti

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 267 hits
Siapa lagi orang yang bisa dengan santainya kamu kirimin meme emak emak jam 1 pagi buat diajak ngakak online bareng
Gelandangan Kat Malaysia Banyak Kenapa Tiada Kuaters Untuk Mereka

Gelandangan Kat Malaysia Banyak Kenapa Tiada Kuaters Untuk Mereka

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 300 hits
Putrajaya kaji wujud kuarters pekerja asing elak Covid 19 November 21 2020 Annuar Musa berkata kontraktor perlu memastikan pekerja asing mereka bebas Covid 19 sebelum dibawa masuk ke negara ini dan menyediakan tempat tinggal diluluskan KUAL...
Beruntunglah Bagi Mereka Yang Tak Pernah Lewatkan Baca Alquran Berikut Keutamaannya

Beruntunglah Bagi Mereka Yang Tak Pernah Lewatkan Baca Alquran Berikut Keutamaannya

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 154 hits
Membaca Alquran banyak sekali keutamaan serta kemuliaan bagi mereka yang tak pernah melewatkan untuk membacanya Dikala sibuk dengan dunia kerap menjadikannya alasan hingga tak mempunyai waktu untuk membuka dan membaca kitab suci Alquran Alq...
7 Maut Di Rusia Selepas Meminum Cecair Pembasmi Kuman Setelah Mereka Kehabisan Alkohol Semasa Berpesta

7 Maut Di Rusia Selepas Meminum Cecair Pembasmi Kuman Setelah Mereka Kehabisan Alkohol Semasa Berpesta

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 318 hits
Tujuh orang di Rusia telah disahkan meninggal dunia selepas mereka meminum cecair pembasmi kuman selepas kehabisan stok alkohol ketika sedang berpesta Manakala dua orang lagi mangsa kini dilaporkan dalam keadaan koma di wad rawatan rapi Pap...
Asal Usul Nama Yakuza Dan Mengapa Mereka Tidak Boleh Diusik Di Jepun

Asal Usul Nama Yakuza Dan Mengapa Mereka Tidak Boleh Diusik Di Jepun

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 440 hits
Bila sebut pasal Yakuza mesti akan terbayang gengster yang penuh dengan tattoo dan kadang kadang pakai suit kemas kan Tapi tahukah anda Yakuza ini sebenarnya adalah sindiket paling organized dan berteknologi di dunia Jangan main main Jepun ...
Jangan Biasakan Anak Tertidur Selepas Kena Marah Ubah Cara Kita Kesian Mereka

Jangan Biasakan Anak Tertidur Selepas Kena Marah Ubah Cara Kita Kesian Mereka

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 291 hits
Sedang kita kalut menukar lampin si bongsu selepas penat memasak dan mengemas rumah tiba tiba si abang tertumpah nasi berlauk di atas karpet yang baru dibeli Aduh bukan main marah kita kan Sabar ibu sabar Jangan diikut perasaan Si abang tak...
Umno Sindir Pas Mengaku I Sinar Perjuangan Mereka

Umno Sindir Pas Mengaku I Sinar Perjuangan Mereka

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 320 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyindir Pas berhubung i Sinar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja iaitu inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar Menerusi hantaran di Facebooknya pagi ini bekas Ahli Parlimen ...
Potong Setakat Itu Tak Akan Menjejaskan Pun Kehidupan Mereka

Potong Setakat Itu Tak Akan Menjejaskan Pun Kehidupan Mereka

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 163 hits
Saya berharap agar cadangan ini diterima oleh kerajaan Saya percaya dan yakin 50 pemotongan gaji pengerusi GLC GLIC yang dipengerusikan YB tidak akan akan menjejaskan kehidupan mereka Tidak beri kesan sedikit pun kerana YB YB ini semua masi...
Saya Hanya Minta Tangguh 10 Hari Mereka Datang Roboh Dengan Jentolak

Saya Hanya Minta Tangguh 10 Hari Mereka Datang Roboh Dengan Jentolak

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 231 hits
MALAYSIA DATELINEJentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Omar Abdullah di Kampung Tok Kaya Selepas isu perobohan sebahagian rumahnya di Kampung Tok Kaya oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pemiliknya membuat penjelasan bahawa beli...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api