Qazaf Dosa Besar Yang Menggugat Maruah Dan Maslahah Ummah






Qazaf merujuk kepada tuduhan zina terhadap seseorang tanpa mengemukakan empat orang saksi yang adil. Perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan nama baik individu yang dituduh, malah mengundang kemurkaan Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW mememerintahkan agar menjauhi dosa-dosa besar yang membinasakan, antaranya ialah perbuatan qazaf. Sabda Baginda SAW:


اجْتَنِبُوا السَّبْعَ المُوبِقاتِ، قالوا: يا رَسولَ اللَّهِ وما هُنَّ؟ قالَ: الشِّرْكُ باللَّهِ، والسِّحْرُ، وقَتْلُ النَّفْسِ الَّتي حَرَّمَ اللَّهُ إلَّا بالحَقِّ، وأَكْلُ الرِّبا، وأَكْلُ مالِ اليَتِيمِ، والتَّوَلِّي يَومَ الزَّحْفِ، وقَذْفُ المُحْصَناتِ المُؤْمِناتِ الغافِلاتِ


Maksudnya: “Jauhilah oleh kamu tujuh perkara yang membinasakan." Mereka (para sahabat) bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah perkara-perkara itu?" Baginda bersabda:"Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang (pada hari pertempuran), dan menuduh wanita-wanita mukminah yang suci lagi tidak menyedari (dari perbuatan zina)”.


[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Oleh kerana kesan mafsadah yang besar boleh disebabkan dengan tuduhan qazaf, maka Islam menetapkan hukuman yang berat bagi kesalahan qazaf bagi menjaga maslahah maruah umat Islam daripada ditohmah dan dituduh dengan tuduhan zina tanpa sebarang asas. Firman Allah SWT mengenai kesalahan qazaf:


وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ


Maksudnya: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik”.


Surah al-Nūr (4)


Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang mengambil mudah mengenai perkara ini, lantas dengan mudah melontarkan tuduhan demi tuduhan untuk menjatuhkan seseorang. Perbuatan sebegini jelas ditegah oleh Islam yang menjaga kemaslahatan manusia. Secara umumnya terutamanya pada aspek penjagaan maruah (ḥifẓ al-‘irḍ). Tuduhan palsu tanpa bukti boleh memecahbelahkan masyarakat, merosakkan institusi kekeluargaan dan menghilangkan kepercayaan terhadap sistem keadilan Islam.


Bagi mengekang perbuatan qazaf yang melindungi hak serta maruah individu, undang-undang Syariah Malaysia menetapkan peruntukan yang jelas. Perkara ini terdapat dalam seksyen 41, Akta kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559): 


Seksyen 41: Kecuali dalam kes li ‘an,  mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


Peruntukan ini bukan bersifat menghukum, sebaliknya berperanan sebagai mekanisme perlindungan dan pendidikan kepada masyarakat. Ia mengingatkan bahawa tuduhan zina bukan perkara yang boleh dibuat secara sewenang-wenangnya dan maruah bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan. Dengan hukuman yang berat seperti denda dan penjara, ia menjadi benteng kukuh terhadap budaya fitnah yang semakin berleluasa terutamanya dalam dunia digital masa kini yang memudahkan penyebaran maklumat tanpa kawalan.


Kesimpulannya, qazaf adalah dosa besar yang memberi implikasi besar terhadap individu dan masyarakat. Perkara-perkara yang melibatkan tuduhan zina dan seumpamanya juga tidak wajar untuk dijadikan bahan jenaka, dan boleh membawa kepada berlakunya qazaf. Hal seperti ini akan menjejaskan keamanan masyarakat, bahkan akan menyebabkan ketakutan masyarakat luar terhadap negara yang jelas bertentangan dengan maqasid dalam menjaga keamanan yang dituntut oleh Islam. Islam menegah keras perbuatan ini demi memelihara maruah, keadilan dan keamanan sosial. Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita wajar menjauhi segala bentuk tuduhan tanpa bukti serta menegakkan prinsip keadilan dan integriti dalam menyampaikan maklumat dan menilai seseorang.


Wallahu A’lam


Untuk bacaan lanjut berkenaan isu qazaf, rujuk artikel berikut:
1. Adakah Tuduhan Liwat Termasuk Sebagai Qazaf:  https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/3484-bayan-linnas-siri-ke-183-isu-qazaf-adakah-termasuk-tuduhan-liwat








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/qazaf-dosa-besar-yang-menggugat-maruah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai 70 Dosa Besar Menurut Adz Dzahabi

Senarai 70 Dosa Besar Menurut Adz Dzahabi

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 146 hits
Senarai 70 Dosa Besar Menurut Adz Dzahabi 70 Dosa Besar Menurut Adz Dzahabi iaitu dipetik dari buku al Kabair Kitab ni pernah dikupas dalam rancangan cinta Ilmu di TV al Hijrah tapi tak habis Jadi MF nak kongsi secara ringkas apakah 70 Dosa...
Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 214 hits
Sinar HarianPESHAWAR Seorang murid lelaki berusia 10 tahun maut selepas dipukul dengan kejam oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua pelajar semasa perhimpunan pagi di sebuah sekolah swasta di utara Pakistan Mangsa Khyalmat Khan dilapor...
Amir Tidak Risau Kedudukan Menteri Besar Dari Zafrul Kerana

Amir Tidak Risau Kedudukan Menteri Besar Dari Zafrul Kerana

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 107 hits
Iswardy MornyAmir tahu dia TIDAK perlu risau kedudukan dia sebagai menteri besar akan terlucut hanya kerana kemasukan Tengku Zafrul dalam Parti keadilan dikatakan bakal menjadi MB selangor Teori Zafrul menjadi MB ini agak janggal Ini kerana...
Panduan Beli Hartanah Lelong Di Malaysia Cara Untung Besar Dengan Modal Kecil

Panduan Beli Hartanah Lelong Di Malaysia Cara Untung Besar Dengan Modal Kecil

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 205 hits
Panduan Beli Hartanah Lelong di Auction House Malaysia Cara Untung Besar dengan Modal Kecil Adakah anda mencari peluang pelaburan hartanah yang murah dan menguntungkan Rumah lelong melalui auction house di Malaysia merupakan salah satu kaed...
Silkscreen Printing Solusi Ekonomik Untuk Tempahan Kuantiti Besar

Silkscreen Printing Solusi Ekonomik Untuk Tempahan Kuantiti Besar

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 171 hits
Dalam dunia perniagaan yang sentiasa berkembang pemilihan teknik cetakan yang betul memainkan peranan besar dalam keberkesanan kos dan hasil akhir produk Bagi syarikat yang mencari penyelesaian cetakan berkualiti tinggi dengan kos yang menj...
Saya Nak Jadi Pemandu F1 Hebat Impian Besar Si Kecil Bernama Zidane Yusuf

Saya Nak Jadi Pemandu F1 Hebat Impian Besar Si Kecil Bernama Zidane Yusuf

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 145 hits
Bukan semua anak tahu apa yang mereka minat seawal usia 7 tahun tapi Zidane Yusuf Iskandar dah jumpa cinta pertamanya dalam dunia permotoran sejak kecil lagi Bukan bola bukan badminton tapi go kart jadi pilihannya Ayah yang kenalkan sukan n...
Moga Jadi Penyambung Legasi Anak Sharifah Khasif Muncul Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Kes Gaduh Security Vs Jurulatih Mma Selesai Damai Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

Bagaimana Cara Terbaik Selamatkan Diri Dari Tipu Daya Dunia Akhir Zaman Yang Penuh Cabaran Sekarang

Is Ai In The Newsroom A Tool Threat Or A Transformation

La T Te D Or Restaurant At One Madison By Rockwell Group

I Said Yes To Iodine Treatment

Major Judiciary Reveal Fizzles Questions Remain

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Why My Me Time Starts When The Whole House Is Finally Asleep

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Asian Pop Stars 2025 Bakal Cipta Fenomena Lahirkan Bintang Bertaraf Dunia

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video