Pzw Uum Products2u Lahirkan Asnaf Usahawan Sosial Digital


 
Seramai 50 penuntut asnaf UUM yang terpilih didanai modal permulaan RM300 seorang bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan dalam talian.PETALING JAYA: Pusat Zakat dan Wakaf Universiti Utara Malaysia (PZW UUM) mengadakan kerjasama strategik bersama syarikat penyedia platform perniagaan dalam talian, Products2U (P2U) bagi melahirkan usahawan sosial digital dalam kalangan penuntut asnaf di institusi pengajian tinggi itu.
P2U diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Muhamad Farhan Khairol Anuar hadir bersama pasukannya ke universiti itu untuk memberikan tunjuk ajar dan perkongsian memulakan perniagaan dalam talian.
Pasukan tenaga muda dan energetik P2U cukup terlatih dalam membantu penuntut terbabit yang hadir untuk mendaftar dan terus memulakan perniagaan dalam talian secara langsung.
Pengarah PZW UUM, Prof Rosylin Mohd Yusof, berkata program bagi melahirkan usahawan sosial digital itu bertujuan memberikan penuntut asnaf yang menyertainya, peluang untuk mengubah keadaan ekonomi semasa kepada mampu menjana pendapatan sendiri, seterusnya menjadi muzaki pula dengan kejayaan perniagaan mereka kelak.
Peserta berharap program seperti itu diteruskan khususnya untuk membantu golongan asnaf dan mereka yang berminat untuk berniaga dalam talian.Katanya, seramai 50 penuntut asnaf terpilih telah didanai modal permulaan sebanyak RM300 seorang bagi membolehkan mereka terus menjalankan perniagaan dalam talian, dan ia mampu memperoleh keuntungan tinggi jika berdisiplin serta pandai mengurus masa dengan baik tanpa menjejaskan pengajian masing-masing.
“Peserta bukan sekadar diberikan tunjuk ajar untuk berniaga, malah sesi perkongsian dan latihan itu turut didedahkan berkaitan rahsia untuk menjadi usahawan berjaya menerusi produk haruman Sugar Bomb oleh Kanumbu Agussalim.
“Tatacara berniaga melalui platform Shopee dan Lazada juga dikongsikan oleh Pengurus Jualan P2U, Shaikrul Haeiri dan tatacara perniagaan melalui TikTok dikongsikan oleh Pengurus Tiktok P2U, Nur Syazwani Baharing yang berjaya menghasilkan jualan lumayan melalui sesi ‘live’ dengan hanya menggunakan suara tanpa perlu menampakkan wajah beliau,” katanya dalam kenyataan.
Peserta diberikan tunjuk ajar dan perkongsian untuk memulakan perniagaan dalam talian.Rosylin berkata, pihaknya berterima kasih kepada rakan strategik iaitu Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan yang dihadiri Pengarahnya Afirudin Tapa, Majlis Profesor UUM diwakili Prof Abdul Halim Abdul Majid dan Prof Samihah Khalil.
“Selain itu Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) yang mengenal pasti pensyarah dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) seramai lapan orang dan empat wakil Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) sebagai mentor untuk memantau kemajuan peserta program ini.
“Semua mentor dalam kalangan pensyarah menawarkan diri tanpa mengenakan bayaran untuk membantu penuntut asnaf ini. Kesungguhan ditunjukkan semua yang hadir menjadi pemangkin bagi PZW UUM terus melakar pelbagai program lagi ke arah transformasi asnaf pelajar kepada muzaki. Pelaksanaan program ini sekali gus membolehkan pencapaian SDG 1, 2, 3, 4, 8 dan 17,” katanya.
Seorang peserta menerima cenderahati di akhir program.Sementara itu, Farhan menjelaskan pihaknya hadir tanpa mengenakan bayaran kepada UUM, sebaliknya menganggap ia sebahagian tanggungjawab sosial korporat P2U dalam membantu khususnya penuntut asnaf mengembangkan potensi diri mereka menceburi alam perniagaan semasa masih di universiti.
Katanya, dalam keadaan dunia luar pasca pengajian pendidikan tinggi, persaingan mendapatkan pekerjaan begitu kompetitif dan graduan tidak perlu mengharapkan makan gaji semata-mata, sebaliknya menyediakan perancangan sumber pendapatan sampingan yang boleh menjadi pendapatan utama melalui kesungguhan mereka sendiri untuk berjaya.
Dalam pada itu, seorang peserta yang ditemui amat bersyukur kerana bukan sahaja menerima zakat tetapi boleh dijadikan modal perniagaan melalui platform P2U.
Walaupun pada peringkat awal beliau kurang yakin, selepas melalui program itu peserta terbabit menyifatkan ia peluang terbaik untuk memulakan perniagaan sebagai seorang penuntut.
Beliau mengharapkan program seperti itu diteruskan khususnya untuk membantu golongan asnaf dan mereka yang berminat untuk berniaga dalam talian. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/pzw-uum-products2u-lahirkan-asnaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Delima Akses Lengkap Pembelajaran Digital

Delima Akses Lengkap Pembelajaran Digital

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 205 hits
DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru DELIMa boleh diakses pada bila bila masa dan di mana saha...
Beli Buku Cerita Online Malaysia Unleashing The Magic Of Stories In The Digital Realm

Beli Buku Cerita Online Malaysia Unleashing The Magic Of Stories In The Digital Realm

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 188 hits
In the vibrant world of Malaysian literature a delightful trend is bubbling up the rise of beli buku cerita online Malaysia or the purchasing of storybooks online in Malaysia This movement isn t just about clicking and buying it s a digital...
Penerapan Strategi B2b Digital Agency Dalam Bisnis

Penerapan Strategi B2b Digital Agency Dalam Bisnis

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 225 hits
Ada banyak strategi yang dapat diterapkan dalam mengoptimalkan pemasaran bisnis online Apalagi di zaman sekarang para pelaku bisnis rata rata memang sudah mengandalkan penjualan secara online untuk memperluas jangkauannya bukan hanya strate...
Kesedaran Diabetes Mengenai Pengurusan Kendiri Diabetes Menggunakan Aplikasi Pengurusan Diabetes Digital

Kesedaran Diabetes Mengenai Pengurusan Kendiri Diabetes Menggunakan Aplikasi Pengurusan Diabetes Digital

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 283 hits
Kesedaran Diabetes Mengenai Pengurusan Kendiri Diabetes Menggunakan Aplikasi Pengurusan Diabetes Digital Korang tau tak diabetes atau kencing manis boleh menjejaskan warga emas kanak kanak dewasa muda dan ibu mengandung bergantung kepada fa...
Kabupaten Trenggalek Terima Penghargaan Digital Government Award Di Istana Negara

Kabupaten Trenggalek Terima Penghargaan Digital Government Award Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 132 hits
Dengan adanya SPBE dapat mengurangi masyarakat mengunduh aplikasi untuk mendapatkan pelayanan
Abeam Sap Navigating Digital Transformation In A Global Market

Abeam Sap Navigating Digital Transformation In A Global Market

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 118 hits
stands out in digital transformation offering innovative solutions for the diverse and changing needs of global businesses This strategic collaboration combines ABeam Consulting s deep expertise in business transformation with SAP s cutting...
Igaming Games Vendor United Kingdom Adapting To The Evolving Digital Landscape

Igaming Games Vendor United Kingdom Adapting To The Evolving Digital Landscape

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 349 hits
In the rapidly changing world of online entertainment are at the forefront of adopting innovative strategies to navigate the evolving digital landscape With the UK being one of the largest regulated online gambling markets globally local ve...
Building Information Modeling And Digital Tools In Architecture

Building Information Modeling And Digital Tools In Architecture

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 244 hits
The future of design and construction now relies heavily on Building Information Modeling and digital tools These technologies aren t just making projects more efficient they re changing how professionals collaborate with one another BIM Th...
Learn To Accept Digital Currencies As A Viable Alternative Says Author

Learn To Accept Digital Currencies As A Viable Alternative Says Author

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 189 hits
Redza Arbee warned that the world would likely see an unprecedented level of austerity within the next few years due to the current global wave of inflation and the huge debt faced by many major economies PETALING JAYA Everyone should learn...
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berbuka Di Rumah Mertua

Rahsia Simpan Emas 1 Gram Sebulan Tanpa Ganggu Kewangan

Tips Keluarga Bahagia Yang Mudah Diamalkan

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Pilihan Dengan Harga Berbaloi

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Ramadan Ni Karipap Antara Kuih Favorite Mak Mak Untuk Berbuka