Putus Tunang Dengan Aku Takdan Sebulan Hang Bertunang Dengan Orang Lain Hebat Permainan Hang


'Putus tunang dengan aku, takdan sebulan hang bertunang dengan orang lain? Hebat permainan hang'


Lagi seminggu nak berkahwin, tiada angin tiada ribut tiba-tiba tunang ke pada lelaki ini berkata tidak mahu meneruskan perhubungan mereka. Sedangkan sudah banyak persiapan yang dibuat dan disediakan. 
Setelah diselidik, rupa-rupanya wanita berkenaan sudah mempunyai calon yang lain dan tidak sampai sebulan mereka putus pertunangan, wanita itu pula sudah mengikat tali pertunangan dengan lelaki lain. 
"Sekian lama aku diam, akhirnya hari ini benteng kesabaran aku pecah. Orang yang tak tahu cerita, mudah kata aku salah tapi depa tak tahu puncanya dari siapa

"Seminggu lagi nak kahwin, tiba-tiba cakap tak mahu kahwin. Katanya tak ada hati. Dah tak ada hati, buat apa hang kejan aku nak bertunang la, nak menikah awai? Untuk apa? 
"Aku bayar duit kutu hang bulan-bulan, bayar duit sewa rumah hang apa segala sebab aku niat nak jadikan hang halal untuk aku. Tetapi ini yang aku dapat?" tulis Syafiq Azmi di Facebooknya hari ini. 

Kecewa dengan perkara itu, Syafiq mahu menuntut segala 'pelaburan' yang pernah dilaburkan untuk bekas tunangnya itu. Malangnya, wanita itu bertindak menyekat nombor telefon Syafiq. 
Tiada pilihan lain Syafiq terpaksa mendedahkan gambar bekas tunangnya itu di media sosial dan membuat laporan polis selain meminta rakan-rakannya membantu menyebarkan perkara tersebut

"Tak selamanya hang di atas. Putus tunang dengan aku takdan sebulan hang bertunang dengan orang lain? Hebat permainan hang

"Lani aku tak mau tau hang nak melingkop ka apa ka, aku dah cukup bersabar dengan hang dan bukannya aku tak minta cara baik bayar duit-duit aku. Tapi hang yang memaksa aku untuk viralkan muka hang. 
"Aku dah mesej, dah minta ajak berbincang di luar dan dah bersabar. Tapi hang memilih jalan untuk block aku. 
"So harapnya selepas ini pandai la cari aku pula. Report polis bakal menyusul selepas ini. Jangan lari-lari dah ya. Sungai Petani tak besaq mana. Minta sahabat-sahabat saya share kisah saya. Saya buat kebaikan tapi dibalas taik oleh perempuan ini," katanya. 
Syafiq menegaskan, dia tidak berniat mahu mengaibkan bekas tunangnya tetapi dia hanya mahu menuntut haknya dan meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu. 
Dalam penjelasannya yang terkini, Syafiq menyertakan bukti tunang baharu wanita itu mahu melangsaikan hutang tersebut dan Syafiq memberikan tempoh masa sehingga hujung bulan November ini atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 
"Tujuan saya update status ini bukanlah untuk mengaibkan dia. Niat saya cuma nak cari dia sebab dia block saya di semua media sosial. 
"Saya pergi rumah, dia tak ada. Merata-rata saya mencari. Orang di sebelah pihak dia kata saya yang bersalah sedangkan terang lagi bersuluh perempuan itu yang ada orang lain. 
"Bayangkan, lagi seminggu nak bernikah, dia cakap cancel sebab dia tak ada hati. Selepas cancel semua, dia bertunang dengan lelaki lain. 
"Kalau tuan-tuan berada di tempat saya, apa yang tuan-tuan rasa? Persiapan majlis semua sudah siap. Keluarga saya tanggung malu. Kad kenduri dah edar semua. 
"Saya minta maaf kalau ada sesiapa yang terasa dengan status saya. Saya tidak akan delete status ini selagi saya tak dapat apa yang saya tuntut dari perempuan itu. 
"Saya ikat perut tak makan dok bayar hutang perempuan itu yang saya anggap bakal menjadi isteri saya. Saya buat semua itu sebab memang niat saya nak menghalalkan dia. Bukannya nak jadikan dia perempuan simpanan ke apa. 
"Di sini saya sertakan sekali gambar tunang baru dia yang cakap pandai dengan saya kononnya nak tolong langsaikan hutang tunang dia. Saya tak cakap tanpa bukti. Nah, saya serangkan bukti-bukti. Report polis bakal menyusul. Saya tunggu sampai hujung bulan November. Kalau tak ada apa-apa tindakna, saya akan failkan saman malu. 





"Bukan saja-saja saya nak aibkan sesiapa. Kalau betul saya nak aibkan, hari kenduri saya itu saya dah boleh viralkan. Lagi 9 hari nak akad nikah, tiba-tiba minta putus. Pasal itu kalau saya nak viral pun dah boleh viral dah. 
"Ini sebab janji nak bayar hutang selepas itu, sampai tarikh yang dia janji dia block saya. Itu yang saya viralkan tu. Bukan sakit hati sebab dia nikah dengan orang lain, ini sebab dia nak kahwin ada duit. Duit saya tak mahu dibayar. Terbakar hati saya tuan," katanya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/11/putus-tunang-dengan-aku-takdan-sebulan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Penyebab Putus Yang Bikin Susah Pindah Ke Lain Hati Dan Terus Terkenang Sosoknya Hingga Kini

7 Penyebab Putus Yang Bikin Susah Pindah Ke Lain Hati Dan Terus Terkenang Sosoknya Hingga Kini

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 299 hits
Karena nggak selamanya putus berarti mengakhiri semua perasaan yang pernah kamu rasakan Nggak peduli saat ini kamu sudah punya pengganti atau masih sendiri
Usia Vintaj Mahathir Letak Penanda Aras Hebat Kepada Pemimpin Lain

Usia Vintaj Mahathir Letak Penanda Aras Hebat Kepada Pemimpin Lain

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 317 hits
Usia vintaj beliau meletakkan penanda aras yang hebat bagi mana mana pemimpin di dunia supaya tidak memberi alasan apabila tidak memberi komitmen terhadap tugas mereka melainkan jika sakit Loading Tun Dr Mahathir Mohamad terus bertahan sehi...
Bahaya Menceritakan Nasib Buruk Pada Orang Lain

Bahaya Menceritakan Nasib Buruk Pada Orang Lain

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 286 hits
Setiap orang memiliki nasib yang berbeda beda Ada yang diliputi keberkahan tidak sedikit pula yang kurang beruntung bahkan bernasib buruk Menghadapi hal itu seorang Muslim sangat dianjurkan untuk tabah dan sabar Apapun yang terjadi nasib ba...
Setelah Jamal Khashoggi Wartawan Saudi Lain Tewas Disiksa Dalam Penjara

Setelah Jamal Khashoggi Wartawan Saudi Lain Tewas Disiksa Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 248 hits
Kabar kematian Turki bin Abdul Aziz al Jasser diumumkan oleh kelompok hak asasi narapidana nurani yang merupakan organisasi non pemerintah pembela HAM di Saudi
Jangan Cari Salah Orang Lain

Jangan Cari Salah Orang Lain

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 1803 hits
Dalam dunia ini jangan cari salah orang lain Carilah salah diri sendiri betulkan cepat cepat Sebab akhirat nanti Allah tanya hal kita bukan hal orang lain Sharing is caring from Cekgu Norazimah
Tips Berpantang Sendiri Elak Stress Walaupun Kena Jaga Anak Anak Yang Lain

Tips Berpantang Sendiri Elak Stress Walaupun Kena Jaga Anak Anak Yang Lain

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 433 hits
Tips berpantang sendiri yang saya nak kongsikan hari ni sebenarnya adalah dari pengalaman sendiri Bukan mudah tau bila terpaksa berpantang sendiri dalam masa yang sama nak uruskan anak anak yang sudah bersekolah Silap silap boleh mengundang...
Istri Digoda Pria Lain Pria Ini Mengamuk Pakai Badik Tombak

Istri Digoda Pria Lain Pria Ini Mengamuk Pakai Badik Tombak

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 244 hits
Puta warga Jalan Ir H Juanda II Samarinda Kalimantan Timur meringkuk di penjara Dia diduga menganiaya 3 pemuda sekaligus dengan menggunakan senjata tajam lantaran dendam setelah tahu istrinya digoda mereka
Ptptn Sudah Mohon Maaf Bagaimana Dengan Janji Yang Lain Lain

Ptptn Sudah Mohon Maaf Bagaimana Dengan Janji Yang Lain Lain

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 627 hits
Tindakan Pengerusi PTTN Wan Saiful Wan Jan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji melepaskan peminjam daripada pembayaran jika pendapatan mereka kurang daripada RM4 000 sebulan sebagaimana terkandung dalam m...
3 Perkara Ni Patut Kita Rahsiakan Dari Orang Lain

3 Perkara Ni Patut Kita Rahsiakan Dari Orang Lain

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 962 hits
3 Perkara Ni Patut Kita Rahsiakan Dari Orang Lain Ada beberapa perkara yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al A dzom Muhammad bin Idris al Syafie rahimahullah kepada a...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba