Putus Kaki Kerana Kemalangan Kisah Posmen Kudung Bangkit Semula Demi Keluarga
Kemalangan jalan raya adalah satu perkara yang menjadi iagauan kepada pengguna jalan raya. Kadang-kadang kemalangan boleh terjadi kerana kecuaian diri sendir, dan boleh jadi juga kita menjadi mangsa kepada kesilapan orang lain.
Tapi yang pastinya, kemalangan seringkali memberi penderitaan. Jika tidak kehilangan nyawa, pasti anda kecederaan lain yang boleh menjejaskan kehidupan di masa akan datang.
Itulah yang dialami oleh salah seorang Posmen yang kehilangan kaki akibat kemalangan tapi berjaya bangkit semula demi kehidupan dan keluarganya. Ikuti kisah menakjubkan dibawah yang dikongsikan oleh Friends of Posmen.
Posmen Putus Kaki Bangkit Semula Selepas Kemalangan
Inilah kisah yang berlaku pada seorang Posmen bernama Mohd Khairul Zamry bin Zulkeffly yang berusia 34 tahun dari Kampung Serkam Pulai, Merlimau, Melaka.
Khairul Zamry sudah berkhidmat dengan Pos Malaysia sejak 2004 lagi, 16 tahun yang lalu. Beliau aktif bermain bolasepak dengan KL Pos FC sebagai pemain pertahanan kiri.
Jika sesiapa yang minat pasukan English Premier League, EPL, posisi pemain pertahanan kiri adalah posisi pemain seperti Luke Shaw di Manchester United, Ben Chilwell di Leicester dan Andrew Robertson di Liverpool. Kalau zaman dulu semua masih ingat dengan Roberto Carlos, pemain Brazil.
Itulah posisi bagi Khairul Zamry bila bermain dengan pasukan KL Pos FC pada tahun 2011 hingga 2013. Pasukan KL Pos FC pernah memasuki Liga Perdana sekitar tahun 2011 hinga 2015. KL Pos FC sekarang dikenali sebagai DRB Hicom FC.
Kemalangan tragis
Namun sesuatu yang tidak diduga berlaku pada Khairul Zamry pada bulan Oktober 2014. Tanggal hari raya kesepuluh bila Khairul pada ketika itu sedang bertugas sebagai seorang Posmen di Pusat Pemprosesan Mel Melaka.
Kemalangan berlaku ketika Khairul keluar membuat penghantaran pada jam 9.50 pagi dari Pejabat Pos Jasin ke Kawasan Asahan.
Kemalangan berlaku di selekoh Kampung Rim dengan sebuah kereta Toyota Datsun. Khairul menceritakan pada waktu itu kereta Toyota Datsun itu memberi signal hendak ke kanan tetapi kemudian tiba-tiba membelok ke kiri.
Khairul yang membawa motorsikal tidak sempat mengelak dan besi beg Posmen di motor terkena pintu dan terus terhimpit ke divider kiri jalan yang tajam.
Ini menyebabkan kaki Khairul terus terputus di situ juga. Pembaca boleh cuba membuat carian google “posmen kaki putus” untuk membaca cerita kemalangan tragis ini dalam versi yang berlainan.
Berlaku sehari sebelum final pasukan bolasepaknya beraksi
Kemalangan ini berlaku satu hari sebelum final untuk pasukan CBoyo United yang ditubuhkan Khairul dengan abang dan kawan-kawannya di Melaka. Pasukan bolasepak CBoyo United ketika itu sudah berusia 4 tahun. Daripada sebuah pasukan yang tidak dikenali, kemudian ianya menjadi sebuah pasukan yang dikenali di Melaka.
Khairul telah mengambil cuti selama 9 bulan untuk pulih dan bangkit semula. Khairul mengalami trauma selepas kemalangan namun redha dengan ketentuan Allah SWT.
Khairul menyatakan ramai kawan-kawannya dari Kuala Lumpur dan Melaka datang melawat dan memberi semangat dan kekuatan untuk beliau bangkit kembali.
Paling diingati adalah rakannya yang bernama Shafik, seorang Posmen yang juga kehilangan kaki kerana kemalangan motosikal semasa membuat penghantaran surat.
Kebangkitan Khairul
Kini Khairul telah bangkit kembali dalam hidupnya selepas kemalangan ngeri tersebut. Bangkit bertugas sebagai seorang Posmen dan meneruskan hobinya dengan bolasepak.
Khairul kini masih bertugas dengan Pos Malaysia dan membuat kerja kerja dalaman dalam menyara seorang isteri dan dua orang anaknya yang berusia 7 tahun dan 1 tahun.
Minat Khairul terhadap bolasepak tidak pernah padam biarpun kini menggunakan kaki palsu. Itulah bakat Khairul, yang mula bermain bolasepak ketika mula bekerja di Bahagian Mel Melaka, dan selepas itu bemain bolasepak dengan Persatuan Bolasepak Negeri Melaka.
Bakat bolasepaknya itu hadir seawal zaman sekolah lagi bila Khairul aktif bermain bolasejak mewakili Sekolah Menengah Sungai Rambai.
Kaki palsu bukan alasan untuk halang kerjaya dan minat Khairul. Kini Khairul
berkecimpung sebagai coach bolasepak di Merlimau.
Khairul membuat coaching dalam 1 ½ jam setiap hari, tanpa bayaran kerana minat dan kini menjadi coach kepada Serkam United. Melatih pasukan itu dalam video secara bercakap.
Khairul bercita-cita membawa pasukan Serkam United ke tahap yang lebih tinggi. Khairul kini sedang berusaha mendapatkan coaching license dari FAM.
Khairul berterima kasih dengan keprihatinan dari pihak majikannya, Pos Malaysia yang begitu menjaga kebajikan pekerjanya.
Walaupun kaki putus, tetapi Khairul masih diberi peluang bekerja di bahagian belakang pejabat dengan kerja-kerja yang lebih ringan dan tidak membebankan.
Khairul tidak putus asa dalam hidup dan sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk tingkatkan potensi dirinya. Malah Khairul masih menyimpan cita-cita untuk mendapat kenaikan pangkat dalam kerjayanya di Pos Malaysia.
Bola sepak menjadi hobi utama Khairul
Bolasepak masih menjadi hobi utama Khairul untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam bolasepak di Melaka.
Walaupun tidak memiliki sebelah kaki, pengalaman dari kemalangan membuatkan keyakinan diri Khairul lebih tinggi. Malah Khairul tidak pernah berputus asa dalam hidupnya.
Khairul berpesan kepada semua pembaca dan rakyat Malaysia agar jangan sesekali malu dengan kekurangan diri.
“Jangan putus asa dan percaya dengan perancangan Allah SWT yang lebih baik” kata Khairul sebagai penutup perbualan kami.
Moga Khairul terus berjaya dalam kerjaya dan hobi yang diminatinya. Kita semua ambillah kisah positif Khairul ini sebagai suatu inspirasi dan aura positif baru dalam hidup kita. Kongsikan kisah ini bersama semua rakyat Malaysia.
Terbaiklah abam Posmen, terbaiklah abam Khairul, Posmen yang bangkit semula dari kemalangan dalam hidupnya.
Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Sumber: Friends Of Posmen
The post Putus Kaki Kerana Kemalangan, Kisah Posmen ‘Kudung’ Bangkit Semula Demi Keluarga appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/01/05/putus-kaki-kerana-kemalangan-kisah-posmen-kudung-bangkit-semula-demi-keluarga/