Putrajaya Pertimbang Buka Semula Sempadan Negara


MALAYSIA NOW
Ia akan dijalankan dengan membenarkan kemasukan pelancong luar negara dari negara-negara lain dengan pengiktirafan sijil vaksinasi.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Muhyiddin Yassin berkata pembukaan sempadan negara bakal merancakkan semula pelbagai sektor ekonomi dalam negara. Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin hari ini berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara secara selamat dengan membenarkan pelancong asing tanpa perlu menjalani kuarantin wajib melalui program “Mutual Recognition of Vaccine Certificate” yang dilaksanakan di beberapa negara lain.
Menurut Muhyiddin, penurunan kes positif harian dan penggunaan katil-katil wad unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 dan kadar vaksinasi populasi dewasa yang telah mencapai 95 peratus pada masa ini merupakan perkembangan baik dalam usaha negara memulihkan ekonomi.
“Dengan pembukaan semula sempadan negara, ia akan merancakkan semula aktiviti ekonomi terutama dalam sektor pelancongan, ia akan mempermudahkan urusan pelawat perniagaan dan pelawat sosial untuk datang ke negara ini.
“Pembukaan semula sempadan negara ini adalah aspek penting dalam usaha pemulihan negara dapat berjalan segera dan selamat,” katanya selepas mesyuarat Majlis Pemulihan Negara yang pertama kali dilakukan dengan kehadiran wakil-wakil pembangkang.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkata mesyuarat juga menumpukan perbincangan berhubung dua sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan golongan rentas yang terjejas akibat pandemik.
“MPN membincangkan bentuk bantuan dalam fasa pemulihan, liquidity dan kekurangan tenaga kerja asing dan pengagihan bantuan makanan kepada golongan rentan.
“Majlis berpandangan satu analisa perlu dibuat untuk memastikan industri yang terkesan berdasarkan statistik terkini dikenal pasti bagi pastikan penyelesaian jangka masa pendek dan panjang yang berfokus dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata MPN bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan yang melibatkan beberapa kementerian dan institusi termasuk kementerian kewangan, Bank Negara, kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti), kementerian sumber manusia dan bagi memperhalusi beberapa perkara yang berkaitan pekiayaan, tenaga kerja yang menjadi keperluan PKS.
“Pasukan ini akan membentangkan kajian dan syor-syor mereka kepada MPN dalam tempoh masa sebulan daripada mesyuarat hari ini.
“Ia adalah penting bagi MPN mengenal pasti sektor PKS yang paling terkesan dan paling penting supaya kita tahu apa kehendak dan bentuk sokongan bantuan sama ada dalam bentuk pembiayaan, insentif dan lain-lain kemudahan perbankan.”
Selain itu, MPN juga mahu mengenal pasti keperluan tenaga kerja manusia yang diperlukan sektor tersebut.
“Kita nak tahu sektor apa yang perlukan pekerja, berapa ramai, bila dan bagaimana kita nak selesaikan masalah pekerja-pekerja itu, sama ada dengan latihan kepada warga Malaysia bagi memenuhi sektor-sektor tersebut,” katanya.
10 Oktober lalu, Putrajaya mengumumkan kebenaran rentas negeri yang berkuat kuasa pada 11 Oktober lalu selepas negara mencapai 90% populasi dewasa lengkap divaksinasi.
Bagaimanapun, kebenaran itu diberikan kepada yang menerima vaksinasi lengkap selain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.
Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein turut berkata walaupun orang ramai tidak lagi perlu berdepan sekatan jalan raya (SJR) di sempadan-sempadan negeri, namun pemeriksaan secara rawak akan tetap dilakukan bagi memantau pergerakan rentas negeri.
Hishammuddin berkata pemantauan itu perlu memandangkan kebenaran rentas negeri itu tidak bermakna pihak berkuasa akan berlepas tangan sebaliknya akan memastikan SOP sentiasa dipatuhi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/putrajaya-pertimbang-buka-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tidak Buka Pintu Sempadan Negara Sewenang Wenangnya Kata Pm

Kerajaan Tidak Buka Pintu Sempadan Negara Sewenang Wenangnya Kata Pm

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 197 hits
BERNAMA Ismail berkata buat masa ini kerajaan meletakkan syarat hanya mereka yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke negara ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pembukaan pintu negara kepada warganegara asing untuk masuk tetap...
Kkm Buat Penilaian Risiko Sebelum Buka Sempadan Negara Pm

Kkm Buat Penilaian Risiko Sebelum Buka Sempadan Negara Pm

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 168 hits
MALAYIA POST PENILAIAN risiko semasa jangkitan Covid 19 di dalam negara akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum sempadan negara dibuka kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menurutnya selain itu KKM juga akan m...
Menyiasat Tommy Dan Buka Semula Kes Kes Ph Mampu Pulihkan Imej Perundangan Negara

Menyiasat Tommy Dan Buka Semula Kes Kes Ph Mampu Pulihkan Imej Perundangan Negara

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 308 hits
Oleh Sirajuddin AhmadRamai rakyat begitu teruja terutamanya ahli UMNO sebaik sahaja kabinet Ismail Sabri mengumumkan akan menyiasat bekas Peguam Negara dan seterusnya mencungkil validity kes kes yang digugurkan sewenang wenangnya oleh Tommy...
Buka Sempadan Singapura Diharap Pertimbang Sop Dicadangkan

Buka Sempadan Singapura Diharap Pertimbang Sop Dicadangkan

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 226 hits
Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata kebenaran rentas negeri baru baru ini sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura MUAR Kerajaan Singapura diharap mempertimbangkan prosedur operasi standard...
Kita Komited Buka Sempadan Negeri Apabila 90 Dewasa Lengkap Divaksin

Kita Komited Buka Sempadan Negeri Apabila 90 Dewasa Lengkap Divaksin

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 197 hits
Kita komited buka sempadan negeri apabila 90 dewasa lengkap divaksin PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menyatakan komitment untuk membuka sempadan negeri apabila 90 peratus penduduk dewasa lengkap menerima vaksin Co...
Apabila Sempadan Negara Kita Lompong Sana Sini

Apabila Sempadan Negara Kita Lompong Sana Sini

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 277 hits
Kes Sajat Kerajaan sedang perbetul isu bolos ke luar negaraPETALING JAYA Kerajaan diyakini sedang berusaha memperbetulkan kelompongan dalam aspek kawalan sempadan negara melibatkan individu yang cuba melarikan diri ke negara lain termasuk u...
Dia Khianat Tuanku Bukan Sahaja Pada Negara Dan Rakyat Dia Buat Negara Macam Pak Dia Punya

Dia Khianat Tuanku Bukan Sahaja Pada Negara Dan Rakyat Dia Buat Negara Macam Pak Dia Punya

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 184 hits
Batu Puteh Adakah kedaulatan Johor tak penting kalau Langkawi hilang apa rasa orang Kedah soal Sultan Ibrahim October 14 2021 Sultan Iskandar Sultan Ibrahim turut menggesa tindakan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab melakukan kecu...
Ismail Sabri Tables 12mp At Dewan Negara

Ismail Sabri Tables 12mp At Dewan Negara

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 299 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob today tabled the 12th Malaysia Plan at the Dewan Negara The 12MP was tabled at the Dewan Rakyat on Sept 27 and passed last Thursday after being debated by 106 lawmakers The document which contains the coun...
Satgas Covid 19 Segera Umumkan 18 Negara Boleh Masuk Ri

Satgas Covid 19 Segera Umumkan 18 Negara Boleh Masuk Ri

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 286 hits
Wiku memastikan pembukaan kedatangan pelaku perjalanan internasional ke Indonesia dilakukan secara hati hati Salah satunya dengan pertimbangan penetapan negara asal kedatangan
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa