Putrajaya Berisiko Langgar Undang Undang Kerana Pinjaman Kata Najib




Najib Razak berkata, pentadbiran Pakatan Harapan berisiko melanggar undang-undang kerana cuba mendapatkan pinjaman bagi membiayai perbelanjaan kerajaan persekutuan.
Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan persekutuan dilarang undang-undang untuk meminjam wang apabila hutang negara melebihi had statutori nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDN) pada 55%.
Undang-undang itu adalah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.
“Bagaimanapun, kerajaan PH seolah-olah tidak peduli tentang kewujudan akta-akta ini,” tulisnya di Facebook hari ini.
Bekas perdana menteri itu memetik satu laporan agensi penarafan antarabangsa, Moody’s yang nisbah hutang kepada KDNK akan mencecah 55% menjelang akhir tahun ini dan melepasi 55% tahun depan.
“Pada paras ini, hutang kekal tinggi berbanding unjuran median penarafan A pada 37.6% bagi 2019, menunjukkan kekangan fiskal sebagai cabaran kredit utama bagi Malaysia,” katanya memetik Moody’s.
“Ini bermakna kerajaan PH dijangka melanggar undang-undang kerajaan sendiri tahun depan, apabila ianya melebihi had statutori 55% ini.
“Ini juga bermakna kerajaan PH tidak akan ada ruang untuk merangsang dan menyelamatkan ekonomi, jika negara dilanda krisis ekonomi.”
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, nisbah hutang meningkat begitu pantas di bawah pentadbiran PH, di mana hutang negara mencecah RM810 bilion sekarang berbanding RM686.8 bilion pada akhir 2017 ketika pemerintahan Barisan Nasional.
Katanya, kerajaan BN berjaya menurunkan nisbah hutang kepada 48.7% pada suku pertama 2018, tetapi di bawah PH, kadar itu meningkat kepada 52.7% pada suku kedua 2019 dan ia terus meminjam pada suku ketiga tahun ini.
“Masa kita dilanda krisis teruk dan kerajaan tidak dapat menyelamatkan negara, mereka masih boleh menyalahkan BN atau saya.
“Rakyat tetap akan percaya, walaupun saya dan syarikat-syarikat penarafan antarabangsa berulang kali memberi amaran kerajaan PH sering gagal capai sasaran sendiri dan kuat meminjam pada kadar jauh lebih pantas daripada kerajaan BN dahulu.”
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/27/putrajaya-berisiko-langgar-undang-undang-kerana-pinjaman-kata-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tipu Jumlah Defisit Negara Kata Najib

Kerajaan Tipu Jumlah Defisit Negara Kata Najib

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 506 hits
Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan memungkiri janji apabila jumlah defisit negara telah melebihi daripada daripada jumlah yang telah dijanjikan seperti yang termaktub dalam Bajet 2019 Najib yang meluahkan perkara te...
Kami Masih Siasat Dakwaan Felda Ditipu Najib Kata Polis

Kami Masih Siasat Dakwaan Felda Ditipu Najib Kata Polis

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 281 hits
Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor berkata siasatan ke atas satu laporan yang difailkan April lalu terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang mendakwa Felda ditipu untuk melabur dalam sebuah syarikat perladangan Indonesia masih ...
Pendakwaan Gagal Bukti Kes Najib Berhak Bebas Kata Peguam

Pendakwaan Gagal Bukti Kes Najib Berhak Bebas Kata Peguam

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes salah guna kuasa terhadap Najib Razak kerana penglibatannya dalam memberikan jaminan kerajaan kepada SRC International bagi mendapatkan pinjaman RM4 bilion dari dana pesara bukan amalan ra...
1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 332 hits
17 September 2019 Perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development yang masuk hari ke 8 menyaksikan saksi Datuk Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan balas melibatkan pertuduhan penyelewengan dana RM2 3 bilion oleh Datuk Seri Na...
Maszlee Menari Ikut Rentak Najib Kata Superman

Maszlee Menari Ikut Rentak Najib Kata Superman

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 512 hits
MALAYSIAKINIPenulis komik kontroversi berkenaan Inisiatif Jalur dan Laluan Hew Kuan Yau mengkritik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana mengharamkan komik itu di sekolah Hew yang juga kurator Muzium Kebudayaan dan komik Asia di Pulau ...
Jangan Ajar Putrajaya Haram Parti Politik Pas Mungkin Kena Kata Anwar

Jangan Ajar Putrajaya Haram Parti Politik Pas Mungkin Kena Kata Anwar

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 423 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar PAS kerana menggesa Putrajaya mengharamkan DAP susulan beberapa pimpinan parti itu dikaitkan dengan isu buku komik kontroversi diharamkam dan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam Anwar berkat...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

How To Find Undervalued Domains

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel