Putrajaya Bentuk Jawatankuasa Teliti Hadiah Untuk Najib


MALAYSIA NOW
Kerajaan berkata cadangan untuk menganugerahkan tanah kepada bekas perdana menteri belum dimuktamadkan.

Pemandangan bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur menjadi latar suasana Bukit Petaling, di mana sekitar 2.8 ekar tanah dikhususkan untuk pembinaan sebuah rumah untuk bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan kesalahan rasuah. Putrajaya akan membentuk jawatankuasa khas untuk meneliti cadangan supaya Najib Razak dianugerahkan tanah dan rumah, susulan kekecohan berikutan pendedahan hartanah percuma tersebut bernilai RM100 juta.
“Peranan jawatankuasa adalah untuk menyemak cadangan garis panduan untuk memenuhi permintaan itu, termasuk kadar, syarat dan had maksimum atau kuantum, untuk penyediaan tanah dan rumah kediaman, di bawah Jadual Saraan Bekas Perdana Menteri, untuk pelaksanaan masa depan,” kata Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam reaksi awal kerajaan terhadap kecaman orang ramai berhubung tindakan memberi ganjaran kepada bekas perdana menteri yang disabitkan pertuduhan jenayah tersebut, Wan Junaidi mengesahkan Najib sudah memilih satu dari tiga bidang tanah.
“Secara prinsipnya, Kabinet bersetuju meluluskan permohonan bekas perdana menteri berdasarkan haknya di bawah undang-undang.
“Bagaimanapun, saya mesti tegaskan keputusan ini tidak muktamad dan tertakluk kepada pertimbangan lanjut dan kelulusan akhir oleh kerajaan,” tambahnya.
Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Najib mengumumkan beliau menarik balik permohonan tersebut, berikutan kecaman orang ramai mengenai pendedahan butiran hadiah rumah percuma dilaporkan MalaysiaNow.
Semalam, Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan Kabinet yang bersetuju untuk meluluskan permohonan seperti yang dilaporkan, mengingatkan bahawa Najib adalah pesalah kes jenayah yang sudah pun dijatuhi hukuman bagi kes rasuah tahun lepas.
Pada 12 November, MalaysiaNow melaporkan Najib memohon untuk mendapatkan sebidang tanah menggunakan keistimewaan yang termaktub dalam Akta Ahli Parliamen (Saraan), yang membenarkan beberapa pilihan elaun perumahan sebagai penghargaan kepada bekas perdana menteri.
Turut didedahkan tindakan Najib yang memilih pilihan elaun perumahan paling mahal yang ditawarkan kerajaan kepada beliau.
Tawaran tersebut termasuk plot tanah berkeluasan 120,000 kaki persegi dengan nilai pasaran hampir RM70 juta, di mana sebuah rumah akan dibina oleh kerajaan sehingga menelan belanja sebanyak RM100 juta termasuk nilai tanah tersebut.
Mempertahankan dirinya, Najib berkata beliau tidak mengetahui nilai tanah tersebut, bahkan mendakwa isu tersebut sengaja dibangkitkan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sedang berjalan di mana beliau antara tokoh utama berkempen bagi calon Umno.
Difahamkan Najib kali pertama memohon keistimewaan tersebut dua tahun lalu, dan pada awal tahun ini beliau menyerahkan permohonan rasmi bagi tanah kosong tersebut yang terletak di Bukit Petaling, Kuala Lumpur untuk diberikan kepadanya sebagai penghargaan dari kerajaan.
Sumber MalaysiaNow berkata walaupun permohonan tersebut disokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, ia bagaimanapun menerima bantahan daripada beberapa menteri, termasuk Tengku Zafrul Aziz, Mohamed Azmin Ali, Khairy Jamaluddin dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan pimpinan-pimpinan utama parti kerajaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/putrajaya-bentuk-jawatankuasa-teliti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanahgate Hadiah Kepada Najib Boleh Tumbangkan Pm

Tanahgate Hadiah Kepada Najib Boleh Tumbangkan Pm

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 123 hits
Oleh Hassan Abdul KarimKerajaan Ismail Sabri Yaakob terselamat semalam 18 November 2021 di Parlimen dalam pengundian peringkat dasar Belanjawaan 2022 Ini berlaku kerana gabungan pembangkang Pakatan Harapan yang terdiri daripada KEADILAN DAP...
Berang Putrajaya Timbang Beri Najib Rumah Rm100 Juta Ph Sedia Kaji Semula Mou Kata Anwar

Berang Putrajaya Timbang Beri Najib Rumah Rm100 Juta Ph Sedia Kaji Semula Mou Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 176 hits
Pakatan Harapan tidak teragak agak mengkaji semula segala bentuk persefahaman dengan kerajaan susulan tindakan Jemaah Menteri sebulat suara menerima permohonan menghadiahkan Najib Razak sebidang tanah dan sebuah rumah bernilai RM100 juta Pe...
Video Lawak Teriampau Puteh Mohon Maaf Kepada Dato Seri Najib Dan Isteri

Video Lawak Teriampau Puteh Mohon Maaf Kepada Dato Seri Najib Dan Isteri

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 214 hits
Rancangan Maharajalawak Mega 2021 menampilkan kumpulan Puteh telah melakonkan aksi lawak terIampau pada minggu lepas Kumpulan tersebut meniru watak Dato 8217 Seri Najib Razak dan isteri telah menerima 8216 k e c a m a n 8217 bertalu talu da...
Kenapa Najib Seorang Sahaja Berkeliaran Di Melaka Mana Pemimpin Besar Umno Lain

Kenapa Najib Seorang Sahaja Berkeliaran Di Melaka Mana Pemimpin Besar Umno Lain

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 248 hits
UMNO akan menang besar di Melaka dan apakah pemimpin umno lain tidak mahu ikut tumpang mendapat nama dan meraikannya
Rm100j Buat Najib Ph Kaji Semula Persefahaman Dengan Kerajaan

Rm100j Buat Najib Ph Kaji Semula Persefahaman Dengan Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 187 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 18 2021 7 57 PMPakatan Harapan akan mengkaji semula semua persefahaman yang dicapai dengan kerajaan sebelum ini ekoran pengesahan bahawa Putrajaya menerima permohonan sebidang tanah dan seunit rumah daripada ...
Najib Mulled Action Against The Edge Over 1mdb Coverage Ex Cfo

Najib Mulled Action Against The Edge Over 1mdb Coverage Ex Cfo

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 294 hits
1MDB TRIAL Then premier Najib Abdul Razak met 1MDB s then chief financial officer to discuss action against The Edge over its reporting over the scandal at the sovereign wealth fund the Kuala Lumpur High Court heard today Azmi Tahir who was...
Tahniah Rakyat Malaysia Tahniah Najib

Tahniah Rakyat Malaysia Tahniah Najib

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 167 hits
Besok dah tua lagi susah Cari Najib minta penyelesaian
Kenyataan Media Kerajaan Nak Hadiahkan Najib 100 Juta Kenyataan Media Anwar Ibrahim

Kenyataan Media Kerajaan Nak Hadiahkan Najib 100 Juta Kenyataan Media Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 202 hits
Kenyataan Media18 November 2021Mengejutkan tatkala mendapat pengesahan daripada Menteri Kewangan bahawa Kabinet sebulat suara telah menerima satu permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Ahli Parlimen Pekan yang...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City