Kerajaan Pulau Pinang Jamin Lanjutkan Tempoh Pajakan Tanah Industri


Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow memberi jaminan kepada syarikat, terutama syarikat multinasional di negeri itu, bahawa pajakan tanah perindustrian masing-masing akan dilanjutkan.

Beliau berkata pajakan ke atas tanah perindustian lazimnya untuk tempoh 60 tahun, dengan sebahagian daripada pajakan tanah industri akan tamat antara 10 dan 15 tahun akan datang.

"Kami mahu mengekalkan industri di sini dengan harapan mereka akan mengembangkan operasi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

"Oleh itu, isu lanjutan pajakan tidak timbul. Sudah pasti kami mahu melanjutkannya, namun kami akan mengkaji implikasi premium ke atas kos operasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk 'From Free Port to Modern Economy: Economic Development and Social Change in Penang, 1969 to 1990', di Penang Institute di sini pada Ahad.


Beliau berkata kajian sudah mula dilakukan bagi menentukan jumlah premium tanah yang boleh dikenakan untuk pajakan baharu selama 60 tahun ke atas syarikat yang memutuskan untuk melanjutkan tanah pajakan di tapak industri.

"Lima puluh tahun lepas, ia merupakan ladang kelapa, oleh itu tidak menghairankan jika kosnya hanya kira-kira 5 hingga 20 sen, namun hari ini tanah tersebut merupakan zon industri matang, dan dengan itu penilaiannya perlu dipertimbang semua," katanya.

Chow berkata hasil tanah merupakan hasil terbesar bagi kerajaan negeri, dan Pulau Pinang menyerahkan penilaian tanah kepada Jabatan Pernilaian dan Hartanah untuk mencadangkan kadar premium tanah.

"Ia adalah agensi penilaian kerajaan yang membuat penilaian harga tanah, nilai tanah dan mengesyorkan premium yang akan dikenakan. Selalunya kami akan mengikut penilaian premium yang disyorkan oleh jabatan penilaian dan prosesnya sangat telus," katanya. .

Chow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota bagaimanapun berkata, syarikat digalakkan untuk memohon lanjutan tanah perindustrian mulai sekarang dan bukan menunggu sehingga 60 tahun.

"Jika sudah tinggal (tempoh pajakan) 10 tahun, mereka sudah boleh mula memohon, tidak perlu menunggu sehingga tamat tempoh 60 tahun untuk memohon. Setelah sampai 45 tahun atau 50 tahun, mereka sudah boleh memohon pelanjutan," katanya.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/11/kerajaan-pulau-pinang-jamin-lanjutkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 608 hits
Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berminat serta berkelay...
Bersatu Ambil Alih Pulau Pinang Daripada Dap

Bersatu Ambil Alih Pulau Pinang Daripada Dap

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 284 hits
HARAKAHDAILY PAS ajak parti parti politik bermuafakatKEPALA BATAS Projek projek pembangunan mega yang mahu dilaksanakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang hakikatnya bakal mendatangkan musibah berbanding kebaikan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ...
Kerajaan P Pinang Pastikan 72 Syarat Projek Psr Dipatuhi Sepenuhnya

Kerajaan P Pinang Pastikan 72 Syarat Projek Psr Dipatuhi Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 314 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Beri Kerajaan Ph Tempoh Relevan Laksana Janji Pru 14

Beri Kerajaan Ph Tempoh Relevan Laksana Janji Pru 14

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 169 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata rakyat perlu memberi lebih masa untuk kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji Menurutnya walaupun kerajaan telah merangka pelbagai program namun tempoh yang lebih relevan perlu diberi untuk janji janj...
Kerajaan Setuju Beri Pelepasan Duti Import Sst Bagi Car Seat Tiada Saman Dikenakan Pada Tempoh 6 Bulan Pertama

Kerajaan Setuju Beri Pelepasan Duti Import Sst Bagi Car Seat Tiada Saman Dikenakan Pada Tempoh 6 Bulan Pertama

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 565 hits
https ift tt 330NoNB Bagi menggalakkan ibu bapa memasang kerusi keselamatan kanak kanak dalam kenderaan masing masing sebelum peraturan mewajibkan penggunaannya bermula 1 Januari 2020 kerajaan bersetuju untuk memberi pelepasan duti import d...
Apabila Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah Berbanding Kerajaan Malaysia

Apabila Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah Berbanding Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 450 hits
Apabila Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah Berbanding Kerajaan Malaysia Selama ini cik en ingat Pulau Orang Utan Bukit Merah mendapat dana kerajaan dalam menjalankan aktiviti mereka disitu rupanya tidak Yayasan ...
Jambatan Pulau Pinang Ditutup Pada 24 November Sempen Marathon Antarabangsa

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Pada 24 November Sempen Marathon Antarabangsa

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 661 hits
GEORGE TOWN 13 Nov Jambatan Pulau Pinang dan beberapa jalan di negeri ini akan ditutup kepada semua kenderaan selama 10 jam pada 24 Nov sempena penganjuran Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan ...
Juru Operasi Bersepadu Jpj Pulau Pinang

Juru Operasi Bersepadu Jpj Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 358 hits
Seberang Jaya 19 November 2019 Satu Sidang Media Khas sempena Operasi Bersepadu telah diadakan pada malam ini di Plaza Tol Juru bersama Ybrs Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang Tuan Mohamat Johari Bin Mat Nor Operasi Bersepadu ini telah dijal
Jawatan Kosong Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang

Jawatan Kosong Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 421 hits
Jawatan Kosong Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada mereka yang berminat serta ber...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang