Puteri Mandi Juadah Berbuka Puasa
Pengumuman kerajaan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan bagi sektor ekonomi akan dibuka mulai hari Isnin 4 Mei menyebabkan hati saya tiba tiba merasa sedih dan sayu. Sebaik sekatan PKP dibuka, bermakna saya perlu ke pejabat untuk beberapa urusan yang belum selesai.
Walaupun saya gembira dengan apa yang saya jalani sekarang, tapi bila teringat pejabat, hati rasa sedih dan sayu. Saya rasa sayu bukan kerana saya masih ingin bekerja tetapi bagaimana saya tidak dapat mencipta memori di bulan dan hari hari akhir di pejabat sebelum persaraan.
Ianya seakan berlaku secara tiba tiba hatta sebelum sempat saya mengemas workstation dan membuat packing barang barang peribadi di pejabat. PKP dilaksanakan ketika saya sedang bercuti tahunan kerana mengikuti program JJCM Pantai Timur bersama sama rakan alumni universiti.
Saya ingin mula mengemas dalam bulan Januari lagi tapi diusik oleh rakan rakan kerana katanya terlalu cepat untuk saya berbuat demikian. Sedih sebagaimana sedihnya hati bila anak saya meninggalkan Manchester sebelum masanya.
Namun di sebalik kesedihan, sepanjang PKP banyak juga kami dilimpahi dengan nikmat dan rezeki yang tidak disangka sangka. Nikmat rezeki yang membuat saya gembira dan bersyukur. Insya Allah janji Allah adalah pasti. Rezeki tidak pernah salah alamat.
Seumur hidup saya tidak pernah bermimpi untuk mendapat semua ini. Limpahan dan kurniaan yang membuatkan saya kini boleh tidur lena. Ianya adalah antara doa saya selama ini yang kini telah Allah makbulkan menjelang Ramadhan. Semoga hidup saya selepas ini terus tenang dan sentiasa berbahagia. Aameen.
Kuih puteri mandi adalah antara kuih yang biasa disediakan oleh arwah Bonda untuk juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan. Macam biasalah masa kecil dulu, tugas saya hanya mengisar beras pulut atau beras untuk dijadikan tepung.
Saya tidak melihat Bonda membuatnya dari A ke Z walaupun saya tahu lah cara penyediaannya. Belajar dengan hanya melihat berbeza dengan belajar dengan sendiri terlibat setiap step nya.
Jika dulu, saya buat kuih puteri mandi berwarna warni dengan kelapa yang berwarna putih tapi kali ini saya membuat puteri mandi berwarna hijau dengan kelapa berwarna perang gula melaka. Klik entri Puteri Mandi saya sebelum ini di SINI.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Puteri MandiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 cawan tepung pulut85 gram air daun pandan Sedikit pewarna - opsyenalSedikit air kapur
Bahan kelapa1 cawan kelapa parut putih½ cawan gula merah½ cawan air1 sudu besar gula Melaka
Sedikit gula - opsyenalDaun pandan - simpul
Cara cara:Masak air bersama gula merah dan daun pandan di dalam kuali. Bila gula larut, baru dimasukkan kelapa. Masak dengan api kecil sehingga sedikit kering.
Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih.
Tuang air daun pandan yang dicampurkan dengan pewarna dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan doh yang boleh dibentuk dan tidak melekat pada tangan. Nota: air yang saya gunakan tidak sampai pun ½ cawan. Boleh bahagikan doh dan diletak beberapa pewarna jika suka.
Bulat bulatkan doh dan dipicit di tengah tengah. Terus masukkan dalam air mendidih.
Bila kuih terapung, boleh diceduk keluar. Angkat dan terus dimasukkan ke dalam kelapa yang disediakan tadi.
Nota: jika kelapa belum siap, masukkan dalam mangkuk berisi air terlebih dahulu.
Selamat Mencuba.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2020/05/puteri-mandi-juadah-berbuka-puasa.html