Pusat Pengajian Al Quran Untuk Oku


Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI SURIYATI Maamor (kanan) melihat anak-anak OKU yang mengikuti pengajian al-Quran di Pusat Quranis As-Sakinah di Taman Desa Permai, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI KUALA PILAH: Kesukaran untuk mencari sebuah pusat pengajian agama untuk disertai oleh anak bongsunya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mendorong sebuah keluarga membuka sebuah pusat pengajian al-Quran.
Seorang peguam, Suriyati Maamor, 44, berkata, dia dan keluarga membuka Pusat Quranis As-Sakinah sejak dua tahun lalu disebabkan sukar mencari tempat mengaji dan agama untuk anaknya, Nur Idznie Haris, 5, yang mengalami masalah kelewatan pembangunan global (GDD), sawan dan autisme sejak lahir.
“Kami melihat tiada pusat mengaji al-Quran khas untuk anak-anak OKU di luar bandar, jadi pusat ini dibuka sejak 2019 bagi memberi peluang kepada anak-anak ini belajar tentang agama.
“Saya juga turut memberi peluang kepada anak-anak OKU asnaf untuk belajar di sini melalui tajaan dana yang kami terima. Oleh itu, saya membuka peluang sekiranya ada penderma yang mahu menaja anak-anak OKU untuk belajar di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di Taman Desa Permai, Juasseh dekat sini, semalam.
Menurut Suriyati, seramai 16 orang pelajar OKU terdiri daripada yang menghidap autisme dan sindrom down, masalah percakapan dan pembelajaran termasuk enam pelajar OKU asnaf mengikuti kelas pengajian di pusat tersebut.
“Sebelum ini ada pelajar yang datang tidak tahu mengaji atau ada yang sering marah dan menangis namun kini mereka sudah mampu membaca, walaupun ada yang tidak mampu bertutur namun mereka memahami apa yang diajar. Ada ibu bapa yang tinggal di Seremban sanggup menghantar anak mereka ke sini.
“Di pusat ini, terdapat empat modul daripada Yayasan Fakeh yang perlu diikuti iaitu modul hafazan, modul terapi, modul tilawah, modul terapi alami bagi membolehkan anak-anak ini mendalami bidang agama Islam,” katanya yang mengenakan bayaran yuran sebanyak RM180 sebulan,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya, sebanyak RM10,000 diperlukan pihaknya bagi menampung kos operasi pusat tersebut termasuk pembayaran gaji lapan orang kakitangannya.
“Bagi mereka yang mahu membantu atau menaja anak OKU asnaf di pusat ini boleh menghulurkan sumbangan ke akaun CIMB, 8603808195 di atas nama Pertubuhan Keluarga Anak Istimewa As-Sakinah, atau menghubungi 017-9931494 serta melayari akaun Facebook dan Instagram, Pusat Quranis As Sakinah,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/pusat-pengajian-al-quran-untuk-oku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Sifat Manusia Dalam Al Quran

7 Sifat Manusia Dalam Al Quran

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 533 hits
7 SIFAT MANUSIA DALAM AL QUR AN 1 Manusia Itu Bersifat Lemah Firman Allah Subhanahu wa Ta ala bermaksud Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah 2 Manusia Itu Mudah Terpedaya Firman Allah Subhanahu wa...
Edar 1000 Nota Tolong Bantu Saya Chef Dave Pegang Ayat Al Quran

Edar 1000 Nota Tolong Bantu Saya Chef Dave Pegang Ayat Al Quran

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 402 hits
Oleh FARAHWAHIDA AHMAD CHEF Dave bersama nota Tolong Bantu Saya yang diedarkannya SEGAMAT Hilang pekerjaan dan mata pencarian akibat pandemik Covid 19 sejak setahun yang lalu seorang chef berasal dari daerah ini membuat pendekatan yang bera...
Wakaf Al Quran Tagging Enuur Care

Wakaf Al Quran Tagging Enuur Care

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 992 hits
eNUUR CARE WAKAF AL QURAN TAGGING ENUURAlhamdulillah eNUUR CARE berbesar hati untuk melancarkan Program Wakaf al Quran Tagging eNuur bermula 1 MAC 2021Apa yang bestnyer bila kita berwakaf ni Haa wakaf mampu 1 Menzahirkan pengabdian kita kep...
Minta 26 Ayat Al Quran Dibuang Kerana Ajar Keganasan Tokoh Syiah India Dikecam Hebat

Minta 26 Ayat Al Quran Dibuang Kerana Ajar Keganasan Tokoh Syiah India Dikecam Hebat

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 349 hits
Waseem Rizvi telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan umat Islam di India baru baru ini selepas bekas ketua Lembaga Wakaf Syiah Uttar Pradesh tersebut mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Agung India untuk menghapuskan 26 ayat daripada a...
Cara Mohon Program Penajaan Pengajian Tertiari Mara

Cara Mohon Program Penajaan Pengajian Tertiari Mara

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 354 hits
Anda pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara Jika jawapannya ialah ya anda ditawarkan untuk memohon Program Penajaan Pe...
Design Poster Pengajian Fadhail Sahabah

Design Poster Pengajian Fadhail Sahabah

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 407 hits
Design PosterPengajian Fadhail SahabahPengenalan Bagaikan bintang tetap bertabur menghiasi langit kelam laksana lantera laut memandu ke pantai salam Siri ini akan membahaskan perihal kelebihan para sahabat Nabi S A W selaku angkatan yang me...
Ramadan Makin Dekat Ruben Onsu Sarwendah Buka Program Hafiz Quran Di Sekolah Mereka

Ramadan Makin Dekat Ruben Onsu Sarwendah Buka Program Hafiz Quran Di Sekolah Mereka

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 381 hits
Lagi lagi Ruben membuktikan kalau keluarganya bisa jadi contoh positif bagi publik terutama dalam kehidupan bertoleransi Keren
Percuma 3 Extra Gift Bila Order Quran Digital Qolam Al Fatih

Percuma 3 Extra Gift Bila Order Quran Digital Qolam Al Fatih

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 303 hits
PERCUMA 3 GIFT DENGAN PEMBELIAN SET DIGITAL AL QOLAM MUSHAF ALFATIH SAHAJAFREE GIFT1 x Sejadah Solat Turkey1 x Yasin1 x Tasbih DigitalTEMPOH PROMOSI12 31 Mac 2021HARGA JUALANRM229Percuma Postage Semenanjung RM45 Bagi Sabah dan SarawakAlhamd...
Lagu Boboiboy Bergema Di Festival Anime Luar Negara Pengunjung Pakat Layan Karaoke

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

Jangan Pelik Kalau Satu Hari Nanti

Bakteria Pemakan Plastik Penyelesaian Alam Untuk Pencemaran Plastik

Amazing Dinner Recipes Pasta

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2025 Jadual Keputusan

Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria Klcc Kuala Lumpur 3 12 2025

Cw Zon Debuts A Twin Engine Royal Enfield Classic 650 At Mooneyes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mandi Swimming Pool Hotel Sentral Melaka

Gambar Kenangan Di Masjid Kristal Terengganu

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Mof Perkenal Sistem Tender Dua Peringkat Langkah Ketat Untuk Transparensi Dan Kualiti

Kehilangan Besar Buat Sabah Amp Negara Pm Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Bung Moktar

Bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Meninggal Dunia