Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Masuk Percuma Je
Tujuan ke Port Dickson bukanlah semata-mata JJCM di Medan Ikan Bakar je. Tapi dalam masa yang sama kononnya nak 'healing' sekejap tepi pantai. Kononnya lah! Bawa siap-siap kerusi healing tu. Kami bercadang nak lepak tepi pantai di Tanjung Gemok yang belum pernah kami jejak lagi.
Semasa perjalanan, kami nampak port Kopilah Kopi tepian pantai ada karnival apa entah. Parkir sampai tepi jalan utama pun penuh. Pantai Cahaya dan Pulau Burung tak kurang hebatnya ramai manusia bepiknik tepi pantai. Di teluk Kemang jangan cakaplah dengan khemah merata. Hari cuti kan, begitulah...
Nak lepak di Waterfront PD macam panas. Nampak signboard Pusat Ikan Hiasan. Ehhh..jomlah kita pergi Pusat Ikan Hiasan Port Dickson alang-alang tak tahu nak pergi mana. Pernah baca pusat ikan hiasan port dickson entrance fee PERCUMA je

Ye, memang bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan Port Dickson percuma. Tapi kena mendaftar di kaunter pendaftaran. Kalau pergi ramai-ramai, tulis nama seorang je.

Ramai juga yang berkunjung ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ni. Masing-masing ambil peluang datang dengan keluarga. Masuk percuma memang rugi lah kalau tak datang. Kalau bercuti ke Port Dickson, silalah masukkan Pusat Ikan Hiasan dalam senarai places to visit in Port Dickson
Sebelum sampai ke pintu masuk, boleh bergambar di mural Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ni.

Pintu masuk Pusat Ikan Hiasan. Cuaca panas betul ye di luar ni. Masa sampai, hujan panas rintik-rintik. Payung tak dibenarkan masuk, kena tinggalkan di luar.

Masuk-masuk je mereka akan minta ambil gambar. Hujung-hujung nanti sebelum keluar boleh beli. Tapi kami tak ambil gambar pun. Kebetulan ada sekeluarga depan kami, dapatlah kami mengelat ke tepi dan terus masuk. kita bergambar sendiri-sendiri je
Ruang utama

Di ruang utama Pusat Ikan hiasan ni banyak juga jenis-jenis ikan yang ada. Aquarium yang menarik tengah-tengah ni banyak ikan berwarna hitam dan saiz comel-comel

Tapak Sulaiman ada berbagai jenis saiz dan rupa parasnya. Semua melekap je pada cermin

Beberapa jenis ikan yang dapat ditangkap tepat. Ada yang aktif, memang susah nak betul-betul tangkap rupa parasnya. Struggle juga nak ambil gambar benda bergerak tak reti duduk diam

Ikan yang comel, eh sombongnya awak

Ikan ni nampak macam baldu, geram rasa nak pegang je

Ruang kedua

Ruang kedua berbentuk bulatan, luarannya seperti dalam gambar dibawah

Ikan kerapu yang saiznya besar ya amat! Ada bermacam jenis dan rupa paras ikan kerapu

Nampak macam batu tapi bukan. Ikan rupanya

Ruang ketiga

Ruang ketiga ni nampak dramatik sikit dengan lampu merah. Lorong ni ada pintu masuk yang lain. Hujung sekali bilik pameran batu karang, bahan kajian dan yang lain saya lupa! Hehe..

Clownfish tapi lebih dikenali sebagai ikan nemo gara-gara movie finding nemo yang pernah popular satu masa dulu. Terus melekat nama gelaran ni. Comel

Kuda laut, cuma ada beberapa je dalam satu Aquarium. Kecil comel je dia

Perasan tak ikan ni macam kartun Adu Du BoBoiBoy. Adu Du versi ikan

Sejenis siput yang sangat besar dan unik. Ini kalau boleh makan, boleh buat satu hidangan untuk 10 orang makan ni.

Spesis ikan pari yang comel. Eh eh mata dia tengok orang macam nak makan

Spesis macam belut. Muka ganas bukan main lagi.

Sejenis ketam...ketam gemuk! Ishhh tak baik body shaming tau! Ketam ni comel kan, sampai kaki pun tak berapa nak nampak tu

Terpana kejap dengan karang neon yang cantik ni. Tambah lagi tengok dia bergerak gerak ikut alunan air, cantik

Hujung bilik pameran ada penyu agar yang diawet

Dah habis dan puas hati, terus kita keluar tengok tempat penyu pula. Banyak juga penyu yang ada.

Penyu yang bersih dan berenang dengan riangnya dalam kolam ni

Sekian cerita Jalan Jalan di Pusat Ikan Hiasan. Tempat yang sangat menarik untuk bawa anak-anak datang tengok pelbagai spesis hidupan laut. Berbaloi datang singgah walaupun sekejap
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/11/pusat-ikan-hiasan-pd.html