Punya Senang Simpan Sayur Rosak Pun Tak Balut Je Dalam Tisu Aluminium Foil
Salah satu masalah para ibu untuk memastikan kesegaran sayur-sayuran yang dibeli adalah kerana ia cepat layu. Mahu selalu ke pasar semata-mata untuk membeli sayur terasa seperti tidak berbaloi. Banyak cara kreatif para ibu untuk menyimpan sayur yang dibeli seperti dibekukan menjadi ais atau disimpan dalam balang berisi air.
Terdapat cara lain untuk menyimpan sayur dan mengekalkan kesegarannya. Cara menarik ini dikongsikan oleh Ismiza Ishak. Hanya menggunakan tisu dapur, aluminium foil dan pita pelekat.
Artikel Menarik: [Badan Cepat Penat & Lesu Je. Ibu Ini Kongsi Jamu ‘Pulih Tenaga’ Yang Super Simple]
Kalau nak cuba, bolehlah tengok cara ini.
Assalamualaikum…
Buat sahabat semua, kaklong nak share sedikit ilmu cara utk simpan Sayur-Sayuran agar tahan lebih lama.
Tak byk kos yg di perlukan. paling penting jangka hayat sayur-sayuran yg kita beli lebih tahan lama dan masih segar setiap kali kita nak guna utk bahan masakan kita. Sgt berguna ilmu ni.
Bahan-bahan yg Di perlukan aluminium foil, tisu dapur, selotep dan permanent marker pen.
1. Aluminium foil (ukuran agak-agak boleh bungkus Sayur-Sayuran yg kita nak simpan)
2. Tisu Dapur (pun ikut selera dan kesesuaian)
3. Lipat Dan bungkus Sayur-Sayuran.
4. Kemaskan dengan soletep Dan tandakan tarikh (senang kita ambil ikut tarikh, guna sayur yg tarikh lebih lama Kita simpan sebelumnya supaya tak membazir)
5. Kalau ikut cara kaklong, saya lebih suka potong Dan simpan dalam portion kecik supaya nanti senang ambil utk sekali masak (saya suka campur sayur dan bahan lain). Cth, satu brocolli saya bahagikan kpd 3 bahagian.
6. Ada cth sayur yg saya ambil gambar Di bawah, tarikh 1/5/2020 Dan Masih Segar pada tarikh 10/5/2020 – Kobis Panjang
7. Peria yg saya potong separuh – dah masak pada tarikh 1/5/2020 juga Masih elok pada Hari ini 10/5/2020.
8. Cara ni sesuai utk org yg jenis cermat, sayang kalau sayur mudah rosak Dan paling penting effort utk basuh,keringkan, potong, bahagikan, bungkus Dan susun dalam peti. Buka bungkus dengan cermat, bila habis guna sayur-sayuran tu, aluminium foil masih boleh guna lg sekali kalau Masih elok. Kalau korang ganas, sekali guna je la aluminium foil. Management utk apa pun perkara dlm hidup sgt penting.
Kena lebih sedikit usaha dan tenaga utk pastikan sesuatu Tu berbaloi dgn duit yg Di laburkan. Bahan masakan jaman la ni pun bukan murah. Selagi boleh jimat Dan panjangkan hayat sayur-sayuran Kita apa salahnya Kan…
Semoga bermanfaat.
Artikel Menarik: [Bantu Suami Kurangkan Ketagihan Merokok, Buatkan Air Halba Untuk Dia Minum. Senang Je Resipinya!]
Dengan perkongsian menarik ini, diharapkan dapat membantu para ibu untuk menyimpan serta mengekalkan kesegaran sayur-sayuran dengan lebih berkesan. Sekiranya anda merancang untuk membuat sayur campur, mungkin boleh simpan sekali sayur yang mahu digunakan dalam satu bungkusan. Nak masak, ambil saja. Selamat mencuba!
The post Punya Senang Simpan Sayur, Rosak Pun Tak. Balut Je Dalam Tisu & Aluminium Foil appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/punya-senang-simpan-sayur-rosak-pun-tak-balut-je-dalam-tisu-aluminium-foil/