Puncanya Kerana Jawapan Azalina Di Parlimen Terlalu Lemah Dan Cuai






Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said terpaksa membuat kenyataan media selepas memberikan jawapan di Parlimen mengenai dana judi yang didakwa diterima PN pada PRU15 lalu, ini sebenarnya adalah sesuatu yang amat memalukan.


Sepatutnya, jawapan di Parlimen itu sudah cukup sebagai suatu penjelasan yang meyakinkan serta bernoktah, di samping tidak seharusnya membuatkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mula menyebut perkara berkenaan, terus dihentam dan dikritik lawan.


Malangnya, oleh kerana jawapan Azalina mengenainya terlalu lemah dan cuai, maka Anwar akhirnya menjadi sasaran kritikan, bahkan dilabel sebagai penipu kerana didakwa membuat tuduhan melulu.


Ini sesuatu yang tidak patut sama sekali berlaku kerana menteri, baik melalui apa juga tindakan atau pengucapan, lebih-lebih dalam menjawab di Parlimen, keutamaan mestilah melindungi kerajaan dan Perdana Menteri.


Apa guna jadi menteri jika jawapan di Parlimen mengenakan balik kepada Perdana Menteri?


Dalam jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas berhubung status siasatan berkenaan dakwaan PN menerima dana judi, Azalina menyebut, hasil siasaran SPRM mendapati maklumat yang diperolehi terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkannya, lalu tiada kertas siasatan dibuka mengenainya.


Jawapan sebegini dengan sendirinya memberi tafsiran bahawa Anwar yang membuat dakwaan mengenai perkara itu telah membuat tuduhan melulu kepada PN.


Ketika mula-mula tersebar jawapan Azalina itu di media sosial pada Khamis,  saya yang ketika itu bersama beberapa kawan turut geleng kepala dengan bentuk jawapan yang diberikannya itu.


Selepas Anwar dikritik dan dihentam berikutan jawapan itu, malah Mahiaddin Md Yasin turut berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Azalina kemudian tampil dengan kenyataan media yang memaklumkan, meskipun tiada fail siasatan dibuka tetapi kes itu tidak pernah digugurkan.


Katanya lagi, SPRM berhak membuka kertas siasatan pada bila-bila masa berdasarkan bukti yang diperolehi daripada semasa ke semasa.


Di sinilah lemah dan cuainya Azalina memberi jawapan dan meletakkan keutamaan dirinya sebagai menteri yang harus melindungi Perdana Menteri dalam jawapan yang diberikannya itu.


Jawapan yang menyebut – siasatan telah dijalankan, maklumat diperolehi terlalu umum serta tidak dapat disahkan dan tiada fail siasatan dibuka – secara automatik seperti memberi peluru kepada PN untuk menyerang balik Anwar yang membangkitkan perkara itu sebelum ini.


Kenapa tidak disambung jawapan di Parlimen itu dengan ayat? – bagaimanapun siasatan akan terus dijalankan dan kertas siasatan boleh dibuka pada bila-bila masa jika terdapat bukti yang boleh mengukuhkan pendakwaan.


Dalam hal ini, mustahil Azalina tidak sedar atau tidak tahu bahawa isu dana judi kepada PN itu telah dibangkitkan oleh Anwar tidak lama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.


Bahkan ia juga dilaporkan secara meluas dalam media-media.


Kalau beliau sedar dan tahu mengenainya, mustahil tiada sekelumit perasaan dalam hatinya sebagai menteri untuk melindungi Anwar yang melantiknya ke jawatan tersebut.


Walaupun kenyataan media Azalina kemudiannya boleh dianggap bermaksud demikian dan agar Anwar tidak berterusan dihentam, tetapi ia boleh dikira sudah terlewat dan akhirnya timbul pula pelbagai dakwaan lain yang sekali lagi menjejaskan imej Perdana Menteri.


Semua ini boleh dielakkan jika jawapan Azalina di Parlimen tidak lemah serta tidak cuai dengan keutamaan ialah untuk melindungi kerajaan dan Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 27/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/05/puncanya-kerana-jawapan-azalina-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angin Terlalu Kencang Sehingga Melayangkan Sofa Di Turkiye

Angin Terlalu Kencang Sehingga Melayangkan Sofa Di Turkiye

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 257 hits
Sebelum ini tular di Malaysia tentang kejadian dinding sebuah rumah flat tertanggal akibat ribut yang sangat kuat melanda di Kuala Lumpur Terbaharu tular pula tentang sofa terbang dari sebuah apartment akibat dibawa oleh ribut kuat di Ankar...
Kalau Terlepas Pandang Jadi Apa Jihan Muse Enggan Terlalu Sibuk Bekerja Sehingga Terlepas Detik Anak Anak Membesar

Kalau Terlepas Pandang Jadi Apa Jihan Muse Enggan Terlalu Sibuk Bekerja Sehingga Terlepas Detik Anak Anak Membesar

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 242 hits
Lumrah seorang ibu bekerjaya apabila risau terlepas momen momen penting anak membesar ketika terlalu sibuk bekerja Begitu juga dengan Jihan Muse yang dilihat jarang beraksi di kaca televisyen dan lebih menumpukan perhatian pada anak anak da...
Persepsi Stem Terlalu Susah Punca Murid Kurang Minat Pakar

Persepsi Stem Terlalu Susah Punca Murid Kurang Minat Pakar

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 412 hits
PETALING JAYA Minat semakin kurang terhadap mata pelajaran Sains Matematik Kejuruteraan dan Teknologi disebabkan persepsi ia terlalu sukar kata dua pakar pendidikan Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka Mak Chee Kin b...
Song Jihyo Terlalu Baik Ahli Running Man

Song Jihyo Terlalu Baik Ahli Running Man

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 178 hits
Sudah berbelas tahun mengenali satu sama lain pastinya semua ahli Running Man masak dengan perangai masing masing ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Running Man kesemua ahli dibahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai Yang Se chan dan...
Cara Pulihkan Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Ketika Cuaca Terlalu Panas

Cara Pulihkan Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Ketika Cuaca Terlalu Panas

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 206 hits
Cara Pulihkan Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Ketika Cuaca Terlalu Panas Tanaman bekas atau container garden anda menjadi layu walaupun telah disiram air
Desta Soal Natasha Rizky Caca Itu Baik Sekali Mungkin Terlalu Baik Buat Gue

Desta Soal Natasha Rizky Caca Itu Baik Sekali Mungkin Terlalu Baik Buat Gue

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 196 hits
Secara mengejutkan Desta mengajukan talak cerai untuk istrinya Natasha Rizky di Pengadilan Agama Jakarta Selatan Di tengah kondisi biduk rumah tangga yang berada di ujung tanduk video lawas Desta saat mengungkap sosok Natasha kembali menjad...
Ringgit Makin Lemah Kempen Politik Anwar Dan Rafizi Kini Makan Diri

Ringgit Makin Lemah Kempen Politik Anwar Dan Rafizi Kini Makan Diri

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 446 hits
Kenyataan yang mengaitkan nilai ringgit yang rendah dengan kelemahan pentadbiran kembali menghantui pemimpin Pakatan Harapan ketika mereka bergelut dengan kemerosotan ketika ini Rakyat Malaysia yang celik politik pasti tidak akan melupakan ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Domain Name Valuation Matter


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

China Bertindak Balas Naikkan Tarif Terhadap As Sebanyak 84

Hari Raya Kedua