Punca Pencemaran Di Sungai Pukin Disebakan Oleh Kolam Sisa Rawatan Kelapa Sawit Runtuh




ROMPIN - Sisa rawatan kelapa sawit dari sebuah kilang di Ulu Keratong, dekat sini, dipercayai menjadi punca kepada pencemaran di Sungai Pukin.
Pegawai Daerah Rompin Ahmad Nasim Mohd Sidek berkata, kejadian berpunca apabila salah satu tebing kolam rawatan sisa sawit disedari runtuh pada Selasa lalu, menyebabkan sisa itu mengalir ke alur sungai.
Beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengarahkan pihak kilang menghentikan operasi serta-merta, malah tindakan membaik pulih tebing itu dilakukan pada hari sama.
"Kita menerima aduan sungai berkenaan mula berbau sebelum JAS dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) melakukan pemeriksaan dan mendapati ia berpunca daripada kilang berkenaan.
"Pencemaran itu dimaklumkan berlaku kira-kira 20 kilometer (km), bagaimanapun keadaan mula baik apabila kualiti air hampir 5 km dari alur sungai kembali normal," katanya kepada pemberita selepas menerima taklimat daripada JAS dan meninjau lokasi kejadian, di sini baru-baru ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muadzam Shah Razali Kassim dan Adun Bukit Ibam Datin Samsiah Arshad.
Beliau berkata, kejadian berkenaan turut menyebabkan lebih 11,000 pemilik akaun PAIP menghadapi gangguan bekalan air.
"Saya dimaklumkan PAIP dan pihak kilang telah menghantar bekalan air bersih kepada pengguna yang terjejas dan kita jangkakan perkara ini akan pulih dalam masa terdekat," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Nasim berkata, pihaknya memandang serius isu pencemaran sungai dengan tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang terbabit.
"Denda maksimum boleh dikenakan kepada mereka setelah keputusan hasil siasatan menyeluruh selesai kelak dan kami akan mengambil tindakan proaktif dengan mengadakan rundingan dengan kilang-kilang lain di kawasan ini supaya insiden yang sama tidak berulang," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/punca-pencemaran-di-sungai-pukin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pantau Lebih Kerap Kolam Rawatan Air Kilang Perlu Di Lakukan Elakkan Pencemaran Sungai

Pantau Lebih Kerap Kolam Rawatan Air Kilang Perlu Di Lakukan Elakkan Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 362 hits
ROMPIN Pemantauan lebih kerap terhadap kolam takungan dan rawatan air digunakan kilang sawit di daerah ini perlu dilakukan bagi mengelak insiden pencemaran Sungai Pukin yang berlaku sejak Selasa lalu berulang kembali Pegawai Daerah Rompin A...
Pencemaran Sungai Di Keratong Apa Yang Jas Pahang Telah Pantau Pada 13 Disember 2020

Pencemaran Sungai Di Keratong Apa Yang Jas Pahang Telah Pantau Pada 13 Disember 2020

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 265 hits
KUANTAN Aktivis alam sekitar Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini mempersoalkan tindakan Jabatan Alam Sekitar Pahang yang dilihat gagal memainkan peranan untuk memastikan tahap Standard Operating Procedur kilang kelapa sawit di Ulu Keratong Akib...
Cirit Birit Punca Dan Rawatan Pantas Tradisional

Cirit Birit Punca Dan Rawatan Pantas Tradisional

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 1074 hits
Cirit Birit Punca dan Rawatan Pantas TradisionalCirit birit atau Diarea adalah gejala sakit perut memulas mulas dengan rasa otot rektum terkemut kemut dan sukar untuk di kawal usus usus besar pun menjadi sangat aktif mengepam isi usunya wal...
Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Carian Popular Motosikal 2025

Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Miqat Haji

Kari Ikan Chef Anand