Cirit Birit Punca Dan Rawatan Pantas Tradisional


Cirit Birit : Punca dan Rawatan Pantas TradisionalCirit birit atau Diarea (Bahasa Inggerisnya adalah 'diarrhoea' dengan sebutan 'dai - uh - ree·uh (/ˌdʌɪəˈrɪə) adalah gejala sakit perut memulas-mulas dengan rasa otot rektum terkemut-kemut dan sukar untuk di kawal, usus-usus besar pun menjadi sangat aktif mengepam isi usunya walaupun tiada isi dan sekadar air dan angin untuk seperti sedang menghalau keluar penceroboh usus perut.

Cirit-birit adalah salah satu Mekanisme Sistem Pertahanan Badan secara semulajadi. Diibaratkan seperti Sistem Kecemasan jika berlaku penceroboh oleh kuman, bakteria, virus atau benda asing yang masuk dalam badan kita secara rela atau tak sengaja. Kebiasaan melalui makanan dan minuman.SIMPTOM CIRIT-BIRITApabila seseorang itu menghidap cirit-birit, dia akan mengalami simptom berikut.
Mula-mula perut akan rasa mengembungSakit perut di bahagian abdomen, dalam usus mula memulas-mulas (bayangkan kain basah yang hendak dijemur, dipulas-pulas untuk keringkan dan kurangkan air, lebih kurang macam itulah usus dalam perut memulas)Secara-tiba-tiba akan rasa nak buang air besar dengan kerap, mungkin setiap 5 minit atau kurang.Najis yang keluar dari cirit-birit selalunya cair, kebanyakkannya adalah air.Penghidap mungkin akan rasa loya-loya, seperti hendak mengeluarkan isi perut melalui mulut.Disebabkan kekurangnya air dan Sistem Imun sedang bekerja, suhu badan menjadi panas dan demam.PUNCA MENYEBABKAN CIRIT-BIRITCirit-birit ini memang sangat mengganggu kehidupan seharian kita. Lagi-lagi jika tengah bekerja, dalam mesyuarat atau dalam pengangkutan awam. Otak memang tidak dapat fokus bila sakit perut memulas, dengan penghawa dingin sejuk-sejuk boleh meremang bulu roma tak selesa duduk. Kalau dalam bas atau pengangkutan awam bila nak kena cirit-biriti lagilah masak! Nak cari toilet mana tengah-tengah jalan, tengah bandar pula tu.
Ada beberapa punca yang selalu menjadi penyebab kepada masalah ini seperti :-
Jangkitan virus: Virus yang boleh menyebabkan masalah ini adalah virus Norwalk, cytomegalovirus, enterovirus. Rotavirus pula selalunya menyebabkan masalah cirit birit yang teruk pada kanak-kanakBakteria: Bakteria yang selalunya menyebabkan masalah ini adalah salmonella, shigella dan E. coli.Ubat: Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku seperti ubat gastrik yang mengandungi magnesium. Antibiotik juga boleh menyebabkan masalah ini kerana ia akan membunuh semua bakteria baik dan jahat di dalam usus menyebabkan bakteria yang tidak dibunuh oleh antibiotik tersebut menjadi dominan dan menyebabkan masalah ini berlakuKeradangan usus(Inflammatory bowel disease): Beberapa jenis penyakit ini adalah Chron’s disease, ulcerative colitis, celiac disease dan terdapat beberapa jenis penyakit lagi. Walaubagaimanapun masyarakat Malaysia jarang menghadapi masalah ini‘Lactose intolerance’: Terdapat beberapa individu yang tidak boleh mengambil susu kerana mereka mesti  mengalami masalah cirit birit jika mengambilnya. Ini disebabkan individu tersebut tidak dapat menghasilkan enzim yang mencukupi untuk menguraikan gula laktosa di dalam susu tersebut.(sumber : The Diagnosa)RAWATAN PANTAS CIRIT-BIRIT GUNA BAHAN DAPURBackground vector created by macrovector - www.freepik.com
Bila berlakunya cirit-birit yang kebiasaannya sebab keracunan makanan dan minuman (jarang-jarang berlaku disebabkan angin, atau penyakit lain), jika mengikut pengalaman saya, ada beberapa cara pantas untuk mengurangkan Cirit-cirit ini dengan pantas menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja atau mungkin boleh beli di farmasi untuk standby.
1 # GARAM BUKIT ATAU GARAM BIASA
Garam memang barang wajib ada di dapur setiap rumah. Jadi, jika anda menghidap cirit-birit, mungkin boleh pertimbangkan minum air garam, seeloknya air garam bukit ..boleh minum sejuk atau suam. Minum Suam-suam boleh telan sikit. Garam letak dalam setengah sudu kecil dalam segelas air, kacau hingga larut dan minum. Selepas itu boleh minum air kosong banyak-banyak. Kemudian, ulang.
2 # TEH PEKAT/ KELAT
Petua ini memang biasa dari tips orang tua-tua. Teh juga menjadi jenis minuman yang biasa ada di rumah kerana ia tahan lama untuk disimpan dalam suhu bilik, tak perlu ruang simpanan luas. Jika teh dalam bentuk uncang, boleh letak 2 uncang dalam segelas air panas tanpa gula.
3 # ORAL REHYDRATION SALT (ORS)



ORS adalah paket kecil ramuan khas gula dan garam yang boleh dibeli di farmasi. Murah sahaja. Boleh beli untuk kecemasan jika rasa kekurangan tenaga, cirit, birit, demam. Rasa dia manis-manis, masin. Ambil ORS ini secara kerap kerana badan kita akan banyak hilang air, garam mineral akibat tercirit-birit. Satu paket ORS dicampur untuk 250ml air.
4 # MAKAN NASI PUTIH, KENTANG, PISANG (SERAT MUDAH CERNA/LARUT)
Mengikut tip carian internet yang baru saya tahu adalah makan nasi putih, kentang dan pisang. Jadi persamaan bahan-bahan ni adalah mempunyai kandungan serat yang ringan-ringan, serat mudah larut air. Serat adalah sejenis karbohidrat berasaskan tumbuhan yang manusia tidak dapat cerna sepenuhnya. Serat-serat ini ibarat akan diadun dalam bahan cerna perut dan usus untuk menyerap air dan menjadikan najis pejal berketul. 
5 # ACTIVATED CHARCOAL/ CARBON/ PIL ARANG



Pil Arang atau Activated Charcoal/ Carbon ini boleh didapati di farmasi dan tak perlu preskripsi doktor. Ia bukan supplement. Ia adalah untuk kecemasan yang boleh digunakan jika melibatkan keracunan akibat bahan kimia atau bakteria (bakteria yang boleh mengeluarkan racun jika dimasak). Activated Charcoal ini akan bertindak untuk menyerap toksin dalam badan untuk tempoh awal.
6 # PIL CHI KIT TECK AUN /  HURIX HERBA / PO CHAI PILL
Ketiga-tiga jenis pil ini adalah berasaskan herba yang membantu melegakan cirit-birit dan biasa digunakan secara tradisional. Pil-pil herba ini mungkin tiada pengesahan halal JAKIM kecuali Hurix adalah Halal jadi tapi ia adalah 100% herba.


Rujukan Sumber:
1. Cirit Birit: Punca dan Cara Rawatan,
https://thediagnosa.com/cirit-birit-punca-cara-rawatan/
2. Petua Hilang Cirit-Birit di rumah, https://my.theasianparent.com/cirit-birit
3. CIRIT BIRIT PUNCA DAN JENIS (BAHAGIAN 1), https://prn.usm.my/index.php/publications/magazines/dewan-kosmik/572-cirit-birit-punca-dan-jenis-bahagian-1-januari-2000
4. Kerap Ke Tandas Selepas Makan? Ini 9 Penawar Cirit Birit 'Confirm' Baik Jika Diamalkan!, https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/cirit-birit/9-ubat-sakit-perut-cirit-birit/
5. Cara Penyediaan dan Pemberian Larutan Oral Rehydration Salt (ORS), http://www.myhealth.gov.my/cara-penyediaan-dan-pemberian-larutan-oral-rehydration-salt-ors/
6. Teh O Pekat untuk Hilangkan Sakit Perut & Cirit Birit, http://ohhhbarutahu.blogspot.com/2017/06/teh-o-pekat-untuk-hilangkan-sakit-perut.html7. Petua Hilangkan Cirit-birit Dengan Cepat Ramai Orang Tak Tahu, https://bidadari.my/petua-cirit-birit/
8. Can Fiber Help Manage Diarrhea? Types and Supplements, https://www.healthline.com/nutrition/fiber-for-diarrhea#types

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ismiqbal.blogspot.com/2021/07/cirit-birit-punca-dan-rawatan-pantas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Cirit Birit Lalu Makan Ya

Orang Cirit Birit Lalu Makan Ya

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 264 hits
HAMZAH RIE NAPm ni ker mereka gelar i cirit Tu Mcm sihat jerrrrr sepinggan makanan depan mata Cirit birit memang berselera makan yer Kakak tanya sebab kakak bila cherry berry memang flat Untung pm ni masih ada selera makan
Walau Cirit Birit Mahiaddin Hanya Tinggal Ada Dua Pilihan

Walau Cirit Birit Mahiaddin Hanya Tinggal Ada Dua Pilihan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 207 hits
Keseriusan dan rasa tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Yang Dipertuan Agong untuk memastikan agar Sidang Parlimen dapat diadakan sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan sesungguhnya memang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun S...
Petua Menghilangkan Cirit Birit Untuk Orang Dewasa

Petua Menghilangkan Cirit Birit Untuk Orang Dewasa

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 724 hits
Petua Menghilangkan Cirit Birit Menurut Dr Mohamed Izham Mohamed Ibrahim dalam majalah Dewan Kosmik keluaran Januari 2000 masalah cirit birit selalunya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam ...
Bukan Saja Mahiaddin Seluruh Kabinet Pun Rasa Rasanya Bakal Kena Cirit Birit Juga Selepas Ini

Bukan Saja Mahiaddin Seluruh Kabinet Pun Rasa Rasanya Bakal Kena Cirit Birit Juga Selepas Ini

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 180 hits
Sejak subuh tadi telah heboh dengan perkhabaran melalui aplikasi Whatsapp tentang Mahiaddin Md Yasin yang dikatakan telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital di ibukota Laporan itu menyebut Perdana Menteri diserang sakit secara tiba tiba d...
Muhyiddin Dimasukkan Ke Hospital Akibat Cirit Birit

Muhyiddin Dimasukkan Ke Hospital Akibat Cirit Birit

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 245 hits
June 30 2021 Pejabat Perdana Menteri berkata Muhyiddin Yassin mengalami cirit birit sejak semalam PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital selepas mengalami cirit birit sejak semalam Sehubungan itu beliau didaft...
Hiburan Akui Tertekan Masih Tak Dapat Anak Aprena Manrose Jalani Rawatan Kesuburan

Hiburan Akui Tertekan Masih Tak Dapat Anak Aprena Manrose Jalani Rawatan Kesuburan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 259 hits
Pelakon jelita Aprena Manrose mengakui dirinya berasa tertekan kerana masih tidak dikurniakan rezeki anak setelah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Sya...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation