Punca Mengapa Johnny Depp Elak Pandang Amber Heard Didedah
BANDAR RAYA NEW YORK – Peguam bela aktor Johnny Depp mendedahkan punca sebenar mengapa lelaki itu tidak pernah memandang tepat ke arah bekas isterinya, Amber Heard sepanjang perbicaraan saman fitnah mereka berlangsung.
Menurut portal berita MailOnline, Depp sekadar mengotakan janji pada Heard bahawa wanita itu tidak akan berpeluang lagi menatap matanya selepas perpisahan mereka pada 2016.
Peguam Depp, Camille Vasquez bertanya kepada Heard adakah pelakon itu menyedari bahawa Depp tidak pernah memandangnya sepanjang perbicaraan.
“Ya, saya menyedari situasi itu,” jawab Heard.
“Namun anda sering cuba melontarkan pandangan ke arahnya, adakah ia benar?”, tanya Vasquez.
Heard mengangguk tanda setuju.
Vasquez kemudiannya bertanya adakah Heard mengetahui punca Depp tidak memandangnya dan ia dinafikan oleh wanita itu.
Peguam Depp memainkan satu rakaman audio yang memperdengarkan perbualan antara Depp dan Heard semasa berada dalam sebuah bilik hotel ketika 2016.
Ia diambil selepas Heard memfailkan perceraian dan mendapat perintah sekatan terhadap bintang Pirates of the Caribbean itu.
Dalam rakaman itu, Heard cuba memeluk lelaki itu tetapi ditolak oleh Depp.
“Tolonglah, saya hanya mahu memeluk awak dan mengucapkan selamat tinggal,” kedengaran suara Heard merayu.
Depp kemudian kedengaran berkata:“Saya bukan apa-apa kepada kamu, dan saya akan sentiasa tidak menjadi apa-apa kepada kamu. Kamu tidak akan dapat menatap mata saya lagi selepas ini”.
Heard kelihatan tergamam dan bintang Aquaman itu hanya mampu mendiamkan diri.
Dalam masa sama, Heard juga mengakui gagal membayar derma AS$3.5 juta (RM15.3 juta) yang dijanjikannya kepada Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika selepas mendakwa telah membuat sumbangan itu.
Heard berkata, tindakan Depp menyamannya telah menghalang dia daripada memenuhi janji untuk mendermakan keseluruhan penyelesaian perceraiannya bernilai AS$7 juta (RM30 juta).
“Saya berniat sepenuhnya untuk memenuhi semua janji derma saya sekiranya Johnny berhenti menyaman saya,” tegas Heard. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Sah diracun! Yogi sikucing selebriti dan rakan mati akibat perbuatan khianat
Keluarga saman TikTok selepas anak maut sertai cabaran
Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
Dunia di ambang krisis makanan
Polis guna handphone disaman
Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
Usul pinda perlembagaan disokong sebulat suara bukti UMNO sedia hadapi PRU-15
GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak
Angkara pokok serai, lelaki parah ditetak
Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
Perang mulut antara Tian, Prabakaran makin panas
2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi
Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan
Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara
The post Punca mengapa Johnny Depp elak pandang Amber Heard didedah appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/05/20/punca-mengapa-johnny-depp-elak-pandang-amber-heard-didedah/