Punca Kucing Alami Batu Karang


TINGKAH laku kucing Parsi bernama Johnny itu tampak gelisah. Selang lima minit, ia akan masuk ke tandas untuk membuang air kecil dan mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan rutin tersebut.
Pemiliknya, Engku Mardziyah Che Engku Khaidzir, 37, bercerita, kadangkala setitis dua air kencingnya berciciran di lantai.
Si bulu berwarna jingga kemerahan berusia empat tahun itu juga tidak lincah bermain seperti biasa.
“Johnny merupakan kucing yang manja dan sangat rapat dengan saya. Mendengar cara ia mengiau, saya tahu ia menghadapi masalah atau berasa tidak selesa.
“Pada mulanya, saya bawa Johnny ke klinik veterinar dan ia diberi ubat pelawas kencing. Namun, tiga minggu kemudian, masalah itu kembali berulang.
“Pada suatu hari, saya panik apabila menyedari perut Johnny kelihatan kembung dan terus menghubungi pihak Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia kerana situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Hasil ujian imbasan yang dilakukan, doktor mendapati Johnny menghidap penyakit batu karang. Hampir dua minggu Johnny ditahan di wad selepas dibedah dengan kos rawatan keseluruhan hampir mencecah RM2,000.
Pensyarah Jabatan Pengajian Klinikal Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan, Dr. Muhammad Luqman Nordin berkata, ramai pencinta kucing berasa terkejut apabila haiwan kesayangan mereka disahkan menghidap penyakit batu karang.
“Kucing juga seperti manusia mempunyai saluran pundi kencing. Dalam hal ini, pesakit turut menunjukkan simptom-simptom seperti kencing berdarah, meneran ketika membuang air kecil, pucat selain duduk lama di dalam tandas atau pasir kucing.
“Banyak faktor yang menyumbang kepada pembentukan penyakit ini, namun faktor utamanya ialah diet pemakanan yang tidak sihat dan tekanan.
“Ia kerap berlaku terutamanya pada kucing berusia dua tahun ke atas,” jelasnya.
Sampel darahPemilik dinasihatkan membawa kucing mereka berjumpa dengan doktor veterinar dengan kadar segera.
Simptom seperti meneran ketika membuang air atau duduk terlalu lama di dalam tandas mahupun pasir kucing mungkin turut disebabkan oleh penyakit lain seperti sembelit.
Katanya, dalam hal ini, doktor akan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas kucing tersebut.
Jika ia masalah batu karang, saluran pundi kencing akan tersumbat, sekali gus menyebabkan pundi kencing besar dan tegang.
“Selain itu, imbasan X-ray dan sampel darah akan diambil. Melalui imbasan X-ray, doktor boleh melihat sama ada terdapat batu karang atau berlaku keradangan pada dinding pundi kencing kucing tersebut.
“Sampel darah dapat memberitahu tahap fungsi ginjal dan hati, sama ada ia masih baik atau sebaliknya. Lebih cepat kucing anda mendapatkan rawatan, maka lebih tinggi peluangnya untuk sembuh,” ujarnya.
Apabila berlaku kes batu karang, dengan keadaan pundi kencing membengkak, doktor veterinar akan mengambil tindakan segera iaitu memasukkan salur plastik di sepanjang saluran pundi kencing kucing bagi membebaskan saluran yang tersumbat dan mengeluarkan air kencing.
Beliau berkata, salur plastik itu kemudian akan dijahit pada kulit kemaluan kucing tersebut selama beberapa hari atau minimum tiga hari bergantung kepada keadaan kucing itu.
“Rawatan susulan iaitu memasukkan dan mengeluarkan semula cecair natrium klorida ke dalam pundi kencing akan dilakukan beberapa kali bagi membersihkan pundi kencing serta melancarkan saluran kencing yang tersumbat.
Hidrasi“Air tambahan juga akan dimasukkan ke dalam badan kucing bagi tujuan hidrasi kucing dan mengurangkan kadar toksin dalam badan.
“Antibiotik dan ubat antikeradangan juga akan diberi bagi membunuh jangkitan kuman serta mengurangkan keradangan pada pundi kencing,” ujarnya.
Tambahnya, kaedah terbaik untuk mencegah penyakit itu ialah dengan menyediakan makanan yang tidak mempunyai kandungan garam yang tinggi.
Selain itu, penyediaan air minuman yang bersih juga sangat penting untuk mencegah penyakit tersebut di samping penyediaan persekitaran yang baik bagi mengelakkan kucing daripada mengalami tekanan.
20171117

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/11/punca-kucing-alami-batu-karang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Technical Problem Punca Tren Ktm Sesak Alami Masalah Penjarakan Sosial

Technical Problem Punca Tren Ktm Sesak Alami Masalah Penjarakan Sosial

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 368 hits
Keretapi Tanah Melayu Bhd hari ini menjelaskan penggunaan tren tiga gerabak bagi perkhidmatan KTM Komuter dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim Perak pada Isnin lepas menyebabkan berlaku kepadatan penumpang sehingga didakwa tidak mengamalka...
Langkah Sheraton Punca Alami Gelombang Kedua Covid 19

Langkah Sheraton Punca Alami Gelombang Kedua Covid 19

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 330 hits
PETALING JAYA Pemimpin DAP Lim Kit Siang menyalahkan langkah Sheraton sebagai punca gelombang ke 2 penularan Covid 19 di negara ini dengan berkata jika bukan kerana langkah politik itu Malaysia mungkin dapat mengelakkan pelaksanaan perintah...
Azwan Ali Mohon Maaf Hambur Kata Kata Kesat Pada Kucing

Azwan Ali Mohon Maaf Hambur Kata Kata Kesat Pada Kucing

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 302 hits
Nampaknya Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA seakan tidak pernah lekang daripada kontroversi panas Bukan sahaja manusia yang menjadi The post appeared first on
Anak Tidak Sihat Ibu Kucing Dikagumi Warganet Apabila Menggonggong Anaknya Ke Hospital

Anak Tidak Sihat Ibu Kucing Dikagumi Warganet Apabila Menggonggong Anaknya Ke Hospital

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 611 hits
Walaupun suka bersendiri namun kucing lazimnya tidak akan lepas tangan setelah melahirkan anak anaknya dan sama seperti manusia ibu kucing turut memiliki naluri keibuan apabila membesarkan anak anak mereka Perkara ini dapat dibuktikan apabi...
Kau Ingat Kau Kucing Aku Takleh Hempuk Selebriti Maki Kucing Diselar Netizen

Kau Ingat Kau Kucing Aku Takleh Hempuk Selebriti Maki Kucing Diselar Netizen

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 561 hits
Persatuan Haiwan Malaysia meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kurang cerdik seorang selebriti tanah air yang memaki hamun beberapa ekor kucing peliharaannya nbsp MAA dalam kenyataannya semalam berkata tindakan individu itu bukan sahaja b...
Hiburan Nabil Mahir Dedah Kisah Wajah Alami Masalah Jerawat

Hiburan Nabil Mahir Dedah Kisah Wajah Alami Masalah Jerawat

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 498 hits
Berkongsi foto lama dirinya ketika berusia 20 tahun di laman Instagram pengacara Nabil Mahir mencuri tumpuan netizen Ia mendapat perhatian apabila Nabil difahamkan memuat naik fotonya yang dirakam pada tahun 2008 di mana wajahnya dilihat ti...
Kajian Dapati Anak Tunggal Lebih Cenderung Alami Berat Badan Berlebihan

Kajian Dapati Anak Tunggal Lebih Cenderung Alami Berat Badan Berlebihan

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 467 hits
Anak tunggal adalah satu satunya anak yang berada dalam sebuah keluarga Seringkali disifatkan anak tunggal sebagai seorang yang sangat manja dengan ibubapa Berbanding dengan yang mempunyai adik beradik Adik beradik selalunya mempunyai sifat...
Ladies Jangan Pandang Remeh Jika Alami Salah Satu Masalah Period Ini Segera Jumpa Pakar

Ladies Jangan Pandang Remeh Jika Alami Salah Satu Masalah Period Ini Segera Jumpa Pakar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 354 hits
Masalah Haid Inilah ujian buat wanita Pengeluaran haid sudah pasti hanya wanita sahaja yang mengalaminya Ada orang darah haid nya keluar sedikit dan untuk tempoh pendek tapi ada jugak ang mengalami masalah haid yang banak dan berpanjangan K...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lawatan Presiden Cina Kominis

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam