Punca Kegagalan Sebuah Perniagaan


Pernahkah terlintas difikiran anda, apakah faktor yang menyebabkan kegagalan sesebuah perniagaan?
 
Jika anda luangkan sedikit masa, dan fikirkan jawapan bagi persoalan, kenapa bisnes boleh gagal, saya percaya anda juga akan temui beberapa jawapan.
 
Sesebuah perniagaan itu boleh gagal disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya
1. Kelemahan dalam perancangan dan persediaan
2. Masalah modal dan pengurusan kewangan
3. Pengurusan perniagaan yang lemah
4. Persaingan dari perniagaan lain
5. Faktor ekonomi
6. Bencana dan kejadian yang tak disangka

Ya, mungkin selain daripada yang saya senaraikan diatas ini, masih terdapat banyak lagi perkara yang menjadi penyumbang kepada kegagalan sesebuah perniagaan.
 
Topik mengenai kegagalan sesebuah perniagaan bukanlah suatu topik yang menarik.
 
Tak ada siapa yang memulakan sesuatu bisnes dengan susah-payahnya, inginkan perniagaan yang mereka bina akhirnya menemui kegagalan.
 
Namun, jika tak berhati-hati, perniagaan yang anda jalankan ini memang ada kebarangkalian untuk gagal.
 
Dalam banyak-banyak faktor, yang menjadi punca kegagalan sesebuah perniagaan, saya tertarik dengan faktor yang berkaitan dengan aspek pengurusan kewangan, iaitu kehabisan modal kerja (atau biasa dipanggil dengan istilah modal pusingan) bagi membiayai kos operasi harian mereka.

 
Kita nak tahu, sebelum sesebuah perniagaan ini kehabisan modal pusingan, apa sebenarnya yang berlaku terhadap perniagaan mereka?
Adakah terdapat kesilapan dalam perniagaan yang mereka lakukan?
Jika ada kesilapan, dimanakah kesilapannya?
 
Kenapa perniagaan kehabisan modal kerja? Terdapat beberapa sebab atau alasan kenapa sesebuah perniagaan itu boleh kehabisan modal.
 
Posting pada kali ini, kita akan cuba bincangkan satu per satu apakah perkara yang menjadi penyebabnya.
 
(1) Bisnes dimulakan dalam keadaan kekurangan modal Pernah dengar nasihat,
“mulakan bisnes anda dengan apa yang ada dalam tangan?”
 
Apa maksud sebenar disebalik nasihat tersebut?
 
Adakah sebenarnya ia bermaksud kita mulakan sahaja apa-apa perniagaan yang kita sudah tahu dan sudah mahir tanpa perlu bertangguh-tangguh, atau
Kita mulakan sahaja bisnes dengan apa-apa modal yang ada dalam tangan, walaupun ianya mungkin tak mencukupi?
 
Pada pandangan saya, nasihat seumpama ini sebenarnya terlalu ringkas dan kita perlu sesuaikan mengikut konteks dan situasi. Bukan semua perniagaan sesuai untuk mengambil nasihat yang sama.
 
Mulakan dengan apa yang sudah ada dalam tangan.

Saya kira nasihat tersebut sebenarnya lebih kepada untuk menggalakkan bakal usahawan untuk mulakan sahaja apa-apa bisnes yang diminati tanpa perlu tunggu semuanya lengkap serba-serbi.
 
Sebab kalau kita terus menunggu, sampai ia betul-betul lengkap, kita mungkin tak akan mulakan bisnes tersebut sampai bila-bila.
 
Namun, pada masa yang sama, aspek risiko juga perlu diberikan perhatian.
 
Kita perlu buat penilaian dari segi risiko perniagaan yang bakal kita hadapi. Jika risikonya tinggi, kita tangguhkan terlebih dahulu.
 
Apa yang kita perlu buat ialah mulakan bisnes yang rendah dari segi risikonya, seperti bisnes yang menggunakan konsep dropship dan juga affiliate marketing.
 
Peringkat permulaan ini, kita fokus untuk bina pengalaman dan kumpul modal untuk mulakan bisnes utama yang kita minati kelak.
 
Katakanlah, anda minat untuk buka restoran. Kita sedia maklum, bisnes ini memerlukan modal yang besar, dan anda perlu ada pengalaman yang berkaitan untuk berjaya dalam bisnes ini.
 
Justeru, pada peringkat permulaan, anda jalankan dulu bisnes lain, yang menggunakan konsep dropship atau affiliate marketing, bagi tujuan menimba pengalaman. Sebarang keuntungan yang terhasil kelak, anda boleh kumpulkan untuk dijadikan modal bagi anda membuka bisnes restoran pula.
 
Tapi, kalau anda tafsirkan nasihat “mulakan bisnes dengan apa yang ada dalam tangan, walaupun belum betul-betul cukup modal”, anda mungkin akan berdepan dengan masalah.
 
Ya sudah tentu anda boleh mulakan bisnes anda dengan cara ini.
 
Tapi persoalan yang lebih penting, adakah bisnes anda mampu untuk bertahan dan seterusnya menjana keuntungan untuk anda? 
 
Apalah gunanya, kalau hari ini anda memulakan bisnes anda sendiri, kemudian anda sedar yang anda tak mampu untuk uruskan bisnes tersebut disebabkan kekurangan modal dan akhirnya tak sampai tiga bulan, bisnes ini terpaksa ditutup.
 
Siapa yang untung dalam situasi seperti ini?
Jawapannya sudah tentu, bukan anda.
 
Tanpa pembiayaan yang mencukupi, perniagaan tersebut bakal mempunyai masalah untuk
1. Membayar bil mengikut masa yang ditetapkan
2. Membuat pelaburan untuk membesarkan saiz perniagaan
3. Membeli stok produk secara pukal
4. Membayar pembekal
 
Sampai satu tahap, anda akan dapati modal yang tak seberapa yang anda miliki bukan sahaja tak berkembang, malahan ianya semakin menyusut kerana perlu menampung perbelanjaan dan komitmen perniagaan.
 
Dalam situasi ini, anda perlu cari jalan untuk tambahkan modal ataupun jika memang tak ada jalan lain, anda mungkin terpaksa tutup bisnes anda.
 
(2) Kelemahan pada bahagian pengurusan Faktor pengurusan yang kurang efisien juga boleh menyumbang kepada kegagalan sesebuah perniagaan.
 
Ini boleh dilihat melalui keputusan-keputusan yang selalu diambil oleh pihak pengurusan. Adakah ia keputusan yang tepat atau keputusan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
 
Setiap keputusan yang diambil, akan memberi impak kepada perniagaan.

Pada masa yang sama, setiap keputusan yang patut dilakukan tapi tidak dilakukan juga memberi kesan kepada perniagaan.
 
Pengurusan bagi sesebuah perniagaan itu perlu diletakkan dibawah tanggungjawab mereka yang memang ahlinya. Individu ini perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang baik dalam menguruskan aliran tunai, perbelanjaan harian, dan menguruskan perkembangan perniagaan.
 
Apa yang pihak pengurusan akan lakukan ketika mereka mempunyai wang yang banyak?
Apa pula yang mereka akan lakukan ketika aliran masuk wang agak perlahan?
 
(3) Model perniagaan yang bermasalah Proses membina sebuah perniagaan yang bagus, sebenarnya bermula dari peringkat perancangan atas kertas lagi.
 
Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk anda menyediakan kertas kerja perniagaan atau business plan terlebih dahulu, sebelum anda terus mengambil langkah drastik untuk memulakan perniagaan anda.

Bisnes yang anda bina, perlulah mempunyai masa depan yang cerah dan ada potensi untuk berjaya sewaktu ianya masih dalam peringkat kertas kerja lagi.
 
Jangan nanti, bisnes dah dilancarkan masa tu baru anda nampak, dekat situ ada masalah, dekat sini ada masalah.
 
Sebenarnya kalau anda buat kertas kerja dengan betul, pada peringkat itu lagi anda boleh sedar dekat bahagian mana perniagaan itu nanti akan mula menimbulkan masalah.
 
Apakah contoh model perniagaan yang biasa dilakukan oleh usahawan baru, yang dari segi konsepnya ia nampak bagus, tapi sebenarnya bermasalah?
Wujud ke konsep perniagaan yang bermasalah ini sebenarnya?
 
Pada pandangan saya, ianya memang ada.
 
Usahawan yang masih baru, yang kurang berpengalaman dalam selok-belok bidang perniagaan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk melakukan kesilapan.
 
Kesilapan yang biasanya mereka akan lakukan adalah seperti
 
(1) Perniagaan dijalankan menggunakan sistem harga yang tidak mampan
Saya perasan ada usahawan yang baru nak menceburi bidang perniagaan, cenderung untuk menjual barangan yang mereka jual dengan harga yang murah.
 
Motto perniagaan mereka,
“saya meniaga kerana ingin membantu meringankan beban pelanggan…” 
 
Maka tak hairanlah, kalau kita lihat ada usahawan makanan yang menjual produk seperti nasi lemak RM1, ayam goreng RM1, dan sebagainya dengan harga yang murah.
 
Adakah tindakan mereka ini salah?
Ia bukan semata-mata tentang salah atau betul.
 
Apa yang kita nak tahu ialah, adakah dengan memperkenalkan harga yang murah, mampu untuk memastikan perniagaan anda itu stabil dan boleh bertahan?
 
Paling penting, adakah anda berupaya untuk menjana keuntungan? 
 
(2) Perniagaan yang dijalankan tidak mempunyai hala tuju dan nilai yang jelas
Anda tak jelas dengan hala tuju bisnes anda.
 
Pelanggan selaku pihak yang menerima perkhidmatan dari anda juga tak jelas, sama ada anda adalah orang yang tepat untuk mereka dapatkan perkhidmatan tersebut.
 
Sebab tu disini penting untuk perniagaan yang anda jalankan itu mempunyai Unique Selling Proposition (USP). USP ini dapat memberitahu secara jelas kepada golongan yang anda sasarkan, bahawa anda merupakan individu yang tepat untuk pelanggan berurusan.
 
(3) Perniagaan yang dijalankan tidak boleh membesar
Anda sukar untuk membesarkan saiz perniagaan anda, dan perniagaan tersebut tidak mampu untuk berjalan sendiri tanpa usaha dan penglibatan anda secara aktif.
 
Ada banyak bisnes jenis perkhidmatan yang boleh dikaitkan dengan poin ini.
 
Pelanggan hanya akan berurusan dengan syarikat anda, jika anda orang yang memberikan khidmat tersebut. Kalau orang lain yang berikan khidmat tersebut, pelanggan akan batalkan tempahan.
 
(4) Kaedah mendapatkan pelanggan yang kurang kukuh
Ada juga perniagaan yang terlalu bergantung kepada kuasa viral dalam usaha untuk mendapatkan pelanggan. Ketika sedang viral, memang banyak orang yang datang untuk jadi pelanggan.

Tetapi, ketika efek viral itu mula mereda, pelanggan pun semakin berkurang dan seterusnya memberi impak yang agak negatif kepada bisnes yang dijalankan.
 
Contoh model perniagaan yang kurang efektif
Saya berikan contoh perniagaan yang menjual produk dengan harga RM1, sedangkan kos untuk menghasilkan produk tersebut sebenarnya adalah RM1.20.
 
Konsep perniagaan seperti ini sebenarnya tak mampan untuk jangka masa panjang, disebabkan bisnes tersebut mengalami kerugian sebanyak RM0.20 untuk setiap jualan yang dihasilkan.
 
Memperkenalkan harga serendah RM1 untuk setiap produk yang dijual boleh menarik perhatian pelanggan untuk datang berbelanja dipremis perniagaan miliknya. Namun harga ini tak boleh dikekalkan untuk satu jangka masa yang lama.
 
Bagi menangani isu ini, usahawan tersebut perlu mempunyai produk lain yang boleh menyerap kerugian sebanyak RM0.20 untuk setiap unit produk yang terjual itu tadi.
 
Ataupun, cara lain adalah dengan menaikkan harga jualan produk setelah pelanggan berpuas hati dengan kualiti produk. Boleh jadi anda naikkan harga dari RM1 kepada RM1.50.
 
Dalam situasi ini, anda perlu nyatakan secara jelas, harga RM1 itu hanyalah harga promosi sahaja, dan ia akan dijalankan untuk tempoh terhad sahaja.
 
Apa yang saya ingin sampaikan disini sebenarnya ialah, setiap perniagaan yang dijalankan dengan kaedah atau model perniagaan yang bermasalah, akan berdepan dengan kegagalan.
 
Kegagalan itu pasti akan berlaku, sama ada cepat atau lewat sahaja.
 
Sekiranya anda ingin memulakan sebarang bentuk perniagaan, anda perlu pastikan perniagaan tersebut mampu untuk bertahan dan mempunyai model perniagaan yang kukuh.
 
(4) Inisiatif Pemasaran yang kurang berkesan Sesebuah perniagaan itu juga akan berdepan dengan kegagalan apabila perniagaan tersebut gagal untuk melakukan aktiviti pemasaran yang berkesan.
 
Adakah aktiviti pemasaran ini penting untuk sesebuah perniagaan?
Saya percaya, ramai usahawan yang akan berikan jawapan ianya PENTING.
 
Namun demikian, berapa ramai usahawan yang betul-betul memberikan perhatian yang serius terhadap aspek pemasaran bagi perniagaan yang dijalankan?
 
Diluar sana terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi tujuan pemasaran.

Walaubagaimanapun, anda perlu tahu kaedah yang mana satu yang paling sesuai untuk anda gunakan bagi mendapatkan pelanggan.
 
Bagi perniagaan yang sudah mempunyai pelanggan yang konsisten, yang kalau tak buat sebarang aktiviti marketing sekalipun, pelanggan pasti akan datang, itu kita faham kenapa mereka tak buat sebarang usaha pemasaran.
 
Mereka mungkin bimbang, jika mereka buat marketing, sebarang pertambahan pelanggan yang diluar dari kebiasaan, akan menyebabkan kualiti perkhidmatan mereka akan menurun.
 
Sebagai contoh
1. Pelanggan terpaksa tunggu lebih lama untuk mendapatkan layanan
2. Produk atau perkhidmatan akan mengambil masa yang lebih panjang untuk disiapkan
3. Akan ada produk yang dimahukan oleh pelanggan tapi kehabisan stok
 
Adakah ini situasi yang anda sedang alami sekarang?
Jika jawapan anda adalah ya, tahniah saya ucapkan. Anda tak perlu lakukan kerja pemasaran secara agresif.
 
Tapi sekiranya situasi anda bukannya sebegitu, maka anda perlu mulakan inisiatif untuk menjalankan kerja-kerja pemasaran.
 
Sekiranya aktiviti pemasaran tersebut melibatkan kos, maka anda perlu pilih betul-betul, kaedah pengiklanan dan pemasaran yang mana satu yang betul-betul sesuai untuk perniagaan anda.
 
(5) Pengurusaan Aliran Tunai yang lemah Apa yang dimaksudkan dengan Aliran Tunai atau cash flow?
Aliran tunai merujuk kepada duit tunai yang masuk dan keluar dari sesebuah perniagaan.
 
Pengurusan aliran tunai ini adalah sesuatu yang sangat penting untuk dilakukan bagi memastikan perniagaan tersebut mempunyai wang yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan perniagaan tersebut.
 
Aliran tunai ini boleh datang dari tiga sumber.
(1) Operasi perniagaan
Ini adalah aliran tunai yang dijana menerusi operasi harian bagi perniagaan yang dijalankan. Ia merangkumi aliran tunai yang masuk daripada jualan yang dihasilkan dan aliran duit keluar disebabkan oleh perbelanjaan yang perlu dilakukan.
 
Duit mengalir masuk melalui aktiviti jualan yang dilakukan.
Duit mengalir keluar dengan cara perbelanjaan yang dilakukan untuk bayaran sewa, gaji, utiliti, belian stok dan sebagainya.

(2) Aktiviti pelaburan
Terdapat juga aliran tunai yang berpunca daripada pelaburan yang pernah dilakukan sebelum ini, yang telah memberikan hasil. Pelaburan tersebut mungkin dalam bentuk pelaburan hartanah, saham yang memberi dividen, pelaburan membeli peralatan seperti mesin dan sebagainya.
 
Selain itu, jika perniagaan tersebut menjual aset pelaburan yang pernah dimilikinya sebelum ini, ia juga akan menyumbangkan aliran tunai kepada bisnes miliknya.
 
(3) Aktiviti pembiayaan / pinjaman
Satu lagi sumber aliran tunai adalah melalui aktiviti pembiayaan yang dilakukan, misalnya seperti membuat pinjaman bank ataupun menerbitkan saham.
 
Sebarang duit tunai yang diperolehi perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. Perlu dibezakan antara perbelanjaan untuk tujuan bisnes dengan perbelanjaan peribadi.
 
(6) Kos overhed yang tinggi Kos overhed ini sebenarnya benda apa?
Kos overhed merujuk kepada suatu perbelanjaan yang anda perlu lakukan secara berterusan bagi memastikan perniagaan anda dapat beroperasi dengan lancar.
 
Kos ini TIDAK berkaitan secara langsung dengan pengeluaran barangan atau perkhidmatan, tetapi ianya adalah penting bagi sesebuah perniagaan untuk terus beroperasi.
 
Sekiranya anda tidak memantau kos overhed yang perlu ditanggung oleh perniagaan anda, ia berpotensi untuk menyebabkan keuntungan anda semakin berkurangan.
 
Bukan itu sahaja, malahan mungkin tanpa anda sedari duit modal kerja anda semakin menyusut disebabkan anda terpaksa gunakan ia bagi tujuan membiayai kos overhed ini.
 
Antara contoh kos overhed adalah seperti berikut
1. Sewa premis perniagaan
2. Bil utiliti
3. Insurans/Takaful
4. Gaji pekerja yang tak berkaitan dengan pengeluaran produk
5. Aktiviti pemasaran dan pengiklanan
6. Peralatan dan kelengkapan pejabat
7. Telefon dan Internet
8. Kos penyelenggaraan baik pulih
 
Perlu diingat, kos overhed yang tinggi ini akan menyebabkan keuntungan semakin mengecil dan menyukarkan perniagaan anda untuk berkembang.
 
(7) Pengurusan inventori yang lemah Pengurusan inventori atau stok yang kurang berkesan boleh memberi implikasi negatif kepada perniagaan yang dijalankan.
 
Terdapat dua keadaan dimana ianya bakal menyebabkan kerugian kepada anda, yang berpunca daripada masalah pengurusan stok yang tidak cekap.
 
Pertama, kehabisan stok.
Apabila produk atau barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi telah kehabisan stok, ini akan menyebabkan kehilangan atau terlepas peluang untuk membuat jualan.
 
Lalu situasi ini menyebabkan kehilangan keuntungan.
 
Pelanggan turut akan merasa kecewa kerana barangan yang dia mahukan tak tersedia. Situasi ini akan mendorong pelanggan ini tadi berurusan dengan usahawan lain.

Kedua, terlebih stok.
Dalam situasi ini, duit akan terikat dalam bentuk stok yang tak bergerak. Anda juga perlu menanggung kos untuk menyimpan stok barang-barang yang tak laku.
 
Pada masa yang sama, anda akan terlepas peluang untuk menambah stok barang-barang yang mempunyai tinggi permintaan memandangkan duit anda masih terikat dalam bentuk stok.
 
Kelemahan dalam sistem pengurusan stok ini juga boleh menjadi punca mengapa sesebuah perniagaan itu bakal mengalami kegagalan.
 
(8) Pengurusan perbelanjaan Kelemahan dalam menguruskan perbelanjaan juga merupakan suatu isu yang biasa dialami oleh pemilik perniagaan.
 
Apabila pemilik bisnes tidak berjaya mengawal perbelanjaan, ia boleh menyebabkan keuntungan yang bakal diperolehi kelak semakin berkurangan.
 
Terdapat beberapa sebab atau alasan, kenapa sesebuah perniagaan itu mempunyai masalah dalam mengawal perbelanjaan. Antaranya adalah disebabkan oleh
 
(1) Operasi perniagaan yang tak cekap
Sekiranya operasi perniagaan tersebut tak cekap, anda akan dapati anda sentiasa perlu mengeluarkan duit untuk perbelanjaan yang bersifat ad hoc atau tiba-tiba. Tapi sebenarnya, ianya bukan begitu.
 
Kebanyakkan perbelanjaan sebenarnya boleh dirancang.
 
(2) Perbelanjaan yang tak perlu
Kadang-kala berlaku juga keadaan dimana perniagaan itu membuat perbelanjaan yang tak perlu, contohnya seperti membeli peralatan dan kelengkapan yang sebenarnya tak memberi sebarang nilai tambah kepada bisnes yang dijalankan.
 
Ataupun, bisnes mereka ini sebenarnya boleh berjalan tanpa sebarang masalah, walaupun tak beli peralatan dan kelengkapan yang baru. Tapi mungkin disebabkan adanya nasihat dari jurujual, maka pemilik bisnes terpengaruh lalu membuat pembelian.
 
(3) Bayar lebih mahal berbanding yang sepatutnya
Bayar lebih mahal ataupun kadang-kadang boleh berlaku keadaan yang mana pemilik bisnes mengambil pekerja melebihi daripada jumlah yang sepatutnya.
 
Mungkin dia hanya perlukan dua orang pekerja, tapi atas sebab tertentu, dia mengambil 4 orang pekerja. Apabila semua pekerja berada ditempat meniaga, berlaku pertindihan tugas.
 
Perbelanjaan perlu diuruskan dengan sebaik mungkin kerana ia sudah tentu memberi impak kepada keuntungan syarikat.
 
(9) Keadaan Ekonomi Saya percaya, kita semua biasa dengar rungutan para peniaga yang menyalahkan keadaan ekonomi apabila perniagaan yang mereka bina mulai menunjukkan tanda-tanda akan gagal.
 
Pernah tak anda terfikir, apakah sebenarnya perkaitan diantara faktor kemelesetan ekonomi dengan aktiviti perniagaan?
Sudah tentu ianya mempunyai hubungan yang sangat rapat.
 
Lazimnya, dalam keadaan ekonomi yang meleset atau lembab, perkara-perkara berikut akan berlaku.

(1) Jualan akan merosot
Pada masa ini, pelanggan anda akan mengambil langkah berjimat cermat. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, mereka akan menyimpan duit dan hanya akan berbelanja untuk perkara yang penting sahaja.
 
Selagi boleh berjimat, pelanggan akan cuba berjimat dan menyimpan wang.
 
(2) Persaingan akan bertambah
Kemudian, ada juga berlaku keadaan dimana ketika ekonomi sedang lembab, muncul beberapa perniagaan baru yang memberi saingan dan memberi impak negatif kepada perniagaan yang anda jalankan.
 
Sebagai contoh, jika anda menjalankan perniagaan restoran. Ketika ekonomi agak lembab, muncul individu yang memulakan bisnes makanan secara sambilan dari rumah.
 
Mereka ini mungkin adalah terdiri dari kalangan mereka yang bekerja dipejabat, dan mula menawarkan servis menyediakan menu sarapan pagi dan makan tengahari.
 
Sasaran mereka sebenarnya hanyalah
1. Ingin dapatkan duit tambahan
2. Membantu rakan sekerja mendapatkan makanan dengan harga lebih jimat
 
Walaupun fokus pasaran usahawan baru ini mungkin hanya beberapa orang, tapi ia mampu membuatkan perniagaan kedai makan sedia ada kehilangan pelanggan.
 
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, ini sudah pasti semakin memburukkan lagi keadaan.
 
Perlu diingat, anda masih perlu menanggung kos-kos operasi perniagaan seperti biasa, dan sudah tentu, akan mengecutkan duit modal kerja yang anda miliki.
 
(3) Kelewatan bayaran dari pelanggan
Sekiranya perniagaan anda memberi hutang kepada pelanggan, pada masa ini anda mungkin akan dapati pelanggan anda akan mengambil masa yang agak lama dari kebiasaan dalam membuat pembayaran.
 
Apabila pelanggan tersebut berdepan dengan kesukaran dari segi kewangan, ini merupakan situasi yang biasa untuk berlaku, dimana dia akan lewat membuat bayaran balik.
 
Dalam keadaan ekonomi yang mungkin tak stabil, anda perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan yang melibatkan perniagaan anda.
 
(10) Persaingan dari syarikat lain yang lebih besar Kewujudan syarikat atau perniagaan lain yang lebih besar, yang mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik berbanding perniagaan yang kita lakukan sememangnya akan menyebabkan perniagaan yang kita lakukan menjadi agak sukar untuk berdaya saing.
 
Saya pernah menulis topik mengenai persaingan dalam perniagaan sebelum ini.
Baca disini: Persaingan dalam perniagaan – Apa yang anda perlu lakukan?
 
Apabila sesebuah perniagaan itu perlu bersaing untuk mendapatkan pelanggan, mereka perlu menggunakan segala sumber yang mereka miliki.

Ketika menghadapi persaingan daripada perniagaan yang mempunyai kekuatan modal yang besar, mengambil langkah untuk tak berbuat apa-apa, atau tunggu dan lihat, bukanlah satu tindakan yang tepat.
 
Anda perlu bersaing dengan cara memberikan perkhidmatan yang lebih baik, memberikan layanan yang lebih mesra, memberikan keselesaan yang terbaik buat pelanggan anda dan sebagainya.
 
(11) Bencana alam Bencana alam ini termasuk dalam kategori perkara yang kita tak jangkakan.
 
Jika ianya berlaku, ada kemungkinan untuk ia memberikan kesan yang cukup besar. Kos untuk baik pulih mungkin cukup besar, dan jika perniagaan tersebut tidak mempunyai sumber yang mencukupi, ia mungkin akan memaksa anda membelanjakan modal kerja anda bagi tujuan baik pulih.
 
Sebaliknya, jika kerosakkan yang berlaku tidak dibaikpulih, ia mungkin menimbulkan isu keselamatan dan keselesaan pelanggan anda.
 
(12) Kecurian Satu lagi isu yang perlu diberi perhatian yang serius adalah berkenaan kecurian.
 
Kecurian ini boleh berlaku disebabkan oleh
1. Pekerja yang tak amanah
2. Pelanggan yang mengambil kesempatan
3. Haiwan atau makhluk perosak
 
Kalau kecurian yang disebabkan oleh manusia ini, kita mungkin boleh elakkan ianya dari berlaku dengan memasang sistem keselamatan pada premis perniagaan.
 
Anda boleh pasang kamera CCTV untuk memantau sebarang pergerakkan dan aktiviti yang berlaku di premis perniagaan anda.
 
Penutup Tiada siapa yang mahukan perniagaan yang dibina dengan susah payahnya, berdepan dengan kegagalan.
 
Walaubagaimanapun, kita perlu terima hakikat bahawa ianya tak mustahil untuk berlaku pada perniagaan yang kita lakukan. Sebenarnya, kebarangkalian untuk bisnes tersebut gagal adalah lebih tinggi, apabila seseorang itu tak mempunyai ilmu dan pengalaman yang secukupnya dalam selok-belok perniagaan.
 
Justeru, saya menulis artikel ini yang membincangkan satu aspek yang spesifik iaitu kegagalan disebabkan perniagaan tersebut kehabisan modal kerja, agar ia sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan dan manfaat kepada anda.
 
 
 
The post Punca Kegagalan Sebuah Perniagaan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/kegagalan-sebuah-perniagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Terbaik Menguruskan Tempahan Perniagaan Homestay Anda

Cara Terbaik Menguruskan Tempahan Perniagaan Homestay Anda

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 298 hits
Bagaimana cara yang betul untuk menguruskan tempahan yang bakal anda terima dari perniagaan homestay yang anda jalankan Kali ini kita cerita mengenai langkah demi langkah yang boleh anda lakukan dalam menguruskan tempahan yang anda bakal te...
Sebuah Doa Yang Indah

Sebuah Doa Yang Indah

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 257 hits
Sebuah Doa Yang Indah Kata kata yang lembut ketika meminta menghasilkan satu aura positif dan penuh motivasi untuk diri sendiri Kata adalah doa dan berdoa haruslah dengan kata yang lembut dan indah indah Sebuah doa yang indah bila dibaca hi...
Riangnya Sebuah Perjuangan

Riangnya Sebuah Perjuangan

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 242 hits
Pemandangan di kuala Marang di mana Master menyimpan kenangan zaman kanak kanak apabila balik bercuti di kampung Tok Mak Monday 20 August 2012 16 32 MG 3622 JPG 20120820 Canon Canon EOS 500D Riangnya Dia berlari menjejakkan kakinya Tiada be...
Kerana Kegagalan Kau Lah Berita Dan Penyebaran Berita Palsu Bertambah Dan Bermaharaja Lela

Kerana Kegagalan Kau Lah Berita Dan Penyebaran Berita Palsu Bertambah Dan Bermaharaja Lela

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 216 hits
1 BERITA PARTI KO SUARA KEADILAN TAK BERFUNGSI UNTUK MENYEBARKAN BERITA BENAR 2 KO INGAT PROBONO INI SUKA SUKA NAK BANTU KERJA KAU KAH3 PEGUASAAN MEDIA SOSIAL PUN TAK DAPAT MENANGKIS SERANGAN CYBERTROOPER PN4 KAU TIDAK PEDULI PUN ANWAR BEKE...
Paper Bowl Jom Hijaukan Perniagaan Makanan Anda Dengan Mangkuk Kertas

Paper Bowl Jom Hijaukan Perniagaan Makanan Anda Dengan Mangkuk Kertas

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 340 hits
Pernahkah anda terfikir bagaimana kita boleh menjaga alam sekitar sambil beroperasi dalam industri Makanan dan Minuman di Malaysia Satu cara mudah ialah dengan menggunakan pembungkus mangkuk kertas Kenapa Kita Pilih Pembungkus Mangkuk Kerta...
Kotak Makanan Solusi Hebat Untuk Perniagaan Makanan Anda Tampak Gah Premium

Kotak Makanan Solusi Hebat Untuk Perniagaan Makanan Anda Tampak Gah Premium

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 269 hits
Dalam dunia yang serba pantas dan sibuk seperti hari ini kotak makanan telah menjadi penyelamat kepada banyak perniagaan makanan Jika anda seorang pemilik perniagaan makanan atau penikmat makanan yang sering memesan maka anda pasti tahu bah...
Perniagaan Anda Tidak Disenaraikan Di Laman Web Google

Perniagaan Anda Tidak Disenaraikan Di Laman Web Google

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 200 hits
Dalam era digital ini tidak ada yang lebih penting daripada memastikan perniagaan anda dikenali dan mudah untuk ditemui oleh pengguna internet Salah satu cara yang efektif dalam memastikan perniagaan anda senang ditemui oleh para pengguna i...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua