Punca Dan Kenapa Muntah Ikan Paus Menjadi Sangat Mahal
Punca dan kenapa muntah ikan paus menjadi sangat mahal | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini viral cerita mengenai nelayan jumpa muntah ikan paus dan menjadi jutawan serta merta. Sebenarnya ramai yang tak tahu lagi sebenarnya muntah ikan paus ini merupakan di antara “barang” yang sangat sukar dijumpai selain harganya yang sangat mahal! Dalam post kali ini, kita akan sama-sama belajar mengenai “bahan” yang paling di cari ini.
Apa itu muntah ikan paus? Sedikit mengenai muntahan ikan paus ini, ianya dikenali sebagai Ambergris. Ianya berasal daripada usus atau sistem pencernaan paus sperma yang keluar daripada mulut ikan paus ini. Dikatakan, harga bagi 1 gram ambergris ini sahaja 30 kali lebih mahal daripada harga 1 gram silver.
Muntah ikan paus ini bukanlah sama macam muntah yang biasa kita lihat ya! Walaupun ianya bernama muntah, ianya hanya berbau hanyir pada awalnya sahaja namun lama kelamaan, ianya akan mereput dan akan menghasilkan bau yang sangat wangi.
gambar muntah ikan paus Fungsi muntah ikan paus Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah fungsi muntah ikan paus ini dan kenapa muntah ikan paus mahal. Baiklah, muntah ikan paus biasanya akan dijadikan sebagai bahan utama di dalam penghasilan produk wangian (perfume).
Ambergris ini sangat dicari oleh industri perfume. Ianya juga digunakan oleh bangsa arab dan cina sebagai wangian yang dibakar dikenali sebagai dupa. Namun, daripada perkongsian media sosial yang aku baca, ambergris ini lama kelamaan menjadi kurang permintaannya kerana penggunaan nya kini dilarang oleh IFRA (International Fragrance Association).
Selain parfum muntahan ikan paus, ianya juga digunakan sebagai bahan ubat ubatan herba dan sebagai “aphrodisiac”. Ini termasuklah dijadikan sebagai bahan di dalam penghasilan ubat penyakit otak,jantung dan deria.
Dan berbalik kepada cerita kenapa muntah ikan paus mahal, rasanya semua pun dah tahu yang ambergris ini tersangat sukar di jumpai. Boleh kata dalam 1000 orang, seorang pun belum tentu jumpa ambergris ni.
Dan baru baru ini kan kita ada baca berita tentang nelayan jumpa muntah ikan paus. Bayangkan selama mana kita berada di negara kita ini, berapa banyak berita seperti ini yang kita dengar ataupun baca? Tersangatlah kurang kan? Jadinya, nak jumpa muntah ikan ini bukan mudah, tapi kalau dah jumpa, insyaAllah, boleh jadi jutawan! Orang kata rezeki terpijak lah!
Berapa harga muntah ikan paus?
Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya, berapa harga muntah ikan paus ni? Dan betul ke boleh jadi jutawan jual muntah ikan paus? Jawapannya ada aku kongsikan dekat awal tadi, harga bagi 1 gram sahaja dah cukup mahal ya! Dan bayangkan pula haiwan sebesar ikan paus tu, takkan nak muntah sikit-sikit kan? Mestilah banyak! Hahaha.
Dan aku ada terjumpa di 1 laman jual beli online ini, ada seorang seller dari Malaysia nak jual ambergris ini yang seberat 800 gram hanya dengan nilai RM104,000. Tapi tak tahu lah ada lagi ke tidak iklan yang aku tengok hari tu. Rasanya masih murah kut harga tu jika dibandingkan dengan kesukaran nak jumpa muntah ikan paus ini lagi lagi di negara kita Malaysia, kan?
Apa pun, aku harap korang semua dah jelas kenapa muntah ikan paus mahal dan apa kegunaan muntah ikan paus ini. Ha, satu lagi aku nak kongsikan dengan korang, muntah ikan paus ini bukan warna putih sahaja ya, ada warna hitam dan pelbagai warna lagi. Jadinya, rajin-rajinkan diri korang cari info lanjut mengenai ambergris ini dan yelah, mana tahu rezeki Allah nak bagi kat korang, sedang elok berjalan di tepi pantai, terjumpa pula dengan muntah ikan paus ini, dah jadi jutawan! Mana tau kan? Rezeki Allah itu luas. Oklah, jumpa lagi dalam entry lain ya! See ya!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/06/punca-dan-kenapa-muntah-ikan-paus.html