Mangga Miyazaki Buah Mangga Termahal Di Dunia Kenapa Buah Ini Sangat Mahal
Mangga termahal dan eksklusif di dunia adalah Miyazaki Mangoes Jepun, dari wilayah Miyazaki di Selatan Pulau Kyushu. Buah ini dijual dengan harga terkini RM20000 untuk dua biji! Ia bersaiz besar, apabila masak kulitnya dari warna ruby yang sangat menarik berubah ke warna merah menyala, dan dibungkus dengan indah di dalam kotak lembut khas tersendiri, ia pasti sangat mengagumkan untuk dilihat. Rasanya pula sangat manis, lazat dan sangat berjus. Bagaimana mungkin buah ini begitu mahal?
Apa sebenarnya yang menjadikan mangga ini sangat mahal?
Buah mangga Miyazaki dikatakan sangat mahal harganya kerana jumlah pengeluarannya rendah dan rasanya manis, sangat istimewa. Ia kelihatan sangat berbeza. Media Jepun melaporkan bahawa mangga Miyazaki adalah antara yang termahal di dunia dan dijual dengan harga RM15,100 sekilogram di pasaran antarabangsa tahun lalu.
Mangga berjenama ini dikenali sebagai 'Taiyo-no-Tomago' atau telur Matahari, 'Eggs of Sunshine'. Ia tidak seperti buah mangga biasa yang berwarna kuning atau hijau. Mangga miyazaki berwarna ruby dan berubah menjadi merah menyala ketika matang dan bentuknya seperti telur dinosaurus. Seperti yang dilaporkan, mangga ini mempunyai berat lebih dari 350gm dan mempunyai kandungan gula 15% atau lebih tinggi. Orang di luar negeri menjadikan buah mangga ini sebagai hadiah istimewa
Apa yang menjadikan Miyazaki Mangoes begitu istimewa?
Pertanian mangga Miyazaki dimulakan secara relatif di Jepun, bermula pada pertengahan tahun 80an. Mangga Miyazaki berasal dari mangga Irwin, yang datang dari Florida untuk ditanam di kawasan iklim yang lebih panas di Wilayah Miyazaki, Pulau Kyushu yang merupakan kawasan penanaman yang sesuai untuk pokok mangga Miyazaki.
Miyazaki adalah sejenis mangga "irwin" yang berbeza dengan "mangga pelikan" kuning yang banyak ditanam di Asia Tenggara. Buah yang telah matang dibiarkan gugur sendiri ketika telah cukup masak, berbanding dengan memetiknya secara manual, memastikan kematangan yang optimum. Mangga yang dihasilkan benar-benar sedap. Mangga Miyazaki mempunyai serabut yang sangat sedikit, isinya sangat halus dan lembut, sangat berjus, dan mencair di mulut. Rasanya sangat manis dan bertart, seperti gula-gula mangga dengan sedikit nanas dan kelapa.
Mangga Miyazaki menjalani pemeriksaan dan pengujian dengan kawalan kualiti yang ketat sebelum dieksport. Buah yang memenuhi standard kualiti tertinggi disebut "Telur Matahari". Kawalan kualiti ketat dilakukan untuk memastikan setiap biji mangga Miyazaki seharusnya memiliki kriteria kandungan gula 15% dan berat minimum 350 gram, manakala kulit buah berwarna merah tua yang mencolok dan bentuknya seperti telur dinosaur. Pokok-pokok yang ditanam mempunyai syarat pertumbuhan yang sangat ketat untuk memenuhi kriteria ini.
Setiap biji mangga dimasukkan ke dalam jaring bermula sejak buah-buahan masih kecil, digantung dengan kawat yang melekatkannya ke bahagian atas rumah hijau. Setiap buah yang dikeluarkan dari pokok mendapat nutrien yang paling banyak
Mangga ini kaya dengan antioksidan dan mengandungi beta-karoten dan asid folik, yang bagus untuk orang yang memerlukan bantuan dengan mata yang letih, kata pusat promosi rade. Mereka juga membantu mencegah penglihatan yang berkurang.
harga untuk dua biji RM20 000
Manfaat kesihatan mangga Miyazaki:
Baik untuk mata
Menurunkan risiko barah
Bermanfaat untuk kulit
Menurunkan kolesterol
‘Taiyo no Tamago’ adalah buah yang luar biasa, dengan keadaan tumbesaran dari awal yang sangat ketat, mempunyai tahap penjagaan yang tinggi sehingga hampir menjamin harga yang tinggi, tambahan pula rasanya sangat manis dan sedap! Suatu hari nanti apabila anda berada di Jepun, cari dan belilah mangga luar biasa ini di kedai buah atau kedai hadiah! [stickymangorice.com, hindustantimes.com/india-news]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2021/06/mangga-miyazaki-buah-mangga-termahal-di.html