Punca Dan Cara Merawat Keguguran Rambut


hi , kita wanita memang risau kalau rambut asyik gugur dalam jumlah yang banyak. Entry kali ini berkaitan dengan maslaah keguguran rambut, dan panduan cara mengatasi keguguran rambut, petua mengatasi keguguran rambut, punca-punca keguguran rambut, jenis-jenis keguguran rambut, dan fasa pertumbuhan rambut. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai isu berkaitan keguguran rambut. 
Rambut terhasil dalam folikel rambut di lapisan luar kulit dan terdiri daripada protein yang dikenali sebagai keratin. Apabila folikel menghasilkan sel rambut baru, sel-sel lama ditarik keluar ke permukaan kulit, dan pada kadar setahun, kira-kira 6 inci panjang folikel akan ditarik keluar

Punca dan cara merawat keguguran rambut
Rambut kita sebenarnya merupakan rantaian sel keratin yang mati. Menurut apa yang Mrs Pip baca, kepala dewasa purata mempunyai kira-kira 100,000 hingga 150,000 rambut dan rambut boleh gugur sehingga 100 helai sehari dari permukaan kulit

Fasa pertumbuhan rambut
Daya kitaran hidup folikel berbeza-beza dan dipengaruhi oleh umur, penyakit, genetik, dan faktor-faktor lain. Kitaran hidup folikel terbagi kepada tiga fasa yang dikenali sebagai:-
✔ Fasa Anagen - pertumbuhan rambut pada fasa anagen sangat aktif, ianya berlangsung di antara dua sehingga enam tahun

✔ Fasa Catagen - ini merupakan fasa pertumbuhan rambut peralihan berlangsung dua sehingga tiga minggu

✔ Fasa Telogen - Ini adalah fasa rehat bagi rambut, fasa Telogen berlangsung selama dua sehingga tiga bulan. Pada akhir fasa Telogen, rambut digugurkan dan rambut baru diganti dan kitaran yang lain bermula

Sekarang, mari kita ketahui pula mengenai keguguran rambut. Keguguran rambut akan menyebabkan penipisan rambut pada kulit kepala. 
Dan untuk pengetahuan semua, dalam definisi perubatan, penipisan rambut disebut sebagai Alopecia, dan alopecia ini boleh menjadi sementara (rambut gugur lebat dan kembali tumbuh semula) atau kekal selamanya.(rambut tidak lagi tumbuh buat selamanya)

Masalah alopecia berlaku tanpa mengenal jantina, tetapi orang lelaki lebih cenderung berdepan dengan masalah alopecia.
Jenis-jenis keguguram rambut
👉 1. Alopecia Involutional - Keadaan rambut yang secara beransur-ansur menipis dengan usia, dan ianya merupakan keadaan semulajadi. Pada waktu ini, lebih banyak folikel rambut memasuki fasa rehat, dan rambut yang tinggal semakin pendek dan lebih sedikit

👉 2. Alopecia Androgenik - Merupakan kebotakan yang biasanya berlaku secara beransur-ansur. Untuk lelaki, alopecia androgenik bermula seawal remaja atau sekitar umur awal 20-an. Manakala untuk wanita, penipisan yang ketara terlihat saat usia menjangkau umur 40-an. Alopecia androgenik adalah disebabkan oleh genetik

👉 3. Alopecia Areata - Ini.adalah jenis keguguran rambut yang terjadi secara tiba-tiba, boleh berlaku dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa muda. Keguguran rambut jenia alopecia areata in mengakibatkan kebotakan lengkap Namun peratusan besar, 90% orang yang mengalami keguguran rambut jenis ini dikatakan mempunyai peluang untuk rambut tumbuh semula selepas beberapa tahun

👉 4. Alopecia universalis - Ini adalah jenis keguguran rambut yang gugur pada semua tempat du tubuh termasuk kening, bulu mata, dan rambut pada kawasan sulit

👉 5. Trichotillomania - Ini adalah berkaitan dengan masalah gangguan psikologi di mana pesakit menarik rambut sendiri. Jadi sekiranya sesiapa yang mempunyai tabiat menarik rambut sendiri, silalah bawa berjumpa doktor untuk memastikan seseorang itu boleh dirawat dengan cara yang betul

👉 6. Telogen Effluvium - Ini ialah masalah penipisan rambut sementara pada kulit kepala yang berlaku disebabkan perubahan pada kitaran pertumbuhan rambut. Untuk kes ini, sebilangan rambut sedang memasuki fasa rehat pada masa yang sama, lalu menyebabkan rambut gugur dan menipis

👉 7. Alopecia Parut - Rambut akan hilang secara kekal kerana kulit mengalami keradangan seperti selulitis, folikulitis, jerawat , dan gangguan kulit yang lain menyebabkan keupayaan rambut untuk tumbuh semula terbantut

Ada banyak faktor yang menyebabkan keguguran rambut terjadi , dan di sini Mrs Pip senaraikan sebahagian punca keguguran rambut yang biasa berlaku di kalangan kitaPunca-punca Keguguran Rambut
📌 1. Tekanan fizikal - Antara penyumbang rambut gugur yang disebabkan oleh tekanan fizikal ialah bila anda STRESS. Stress menganggu kitaran rambut menyebabkan rambut gugur dengan lebat. Kerosakn pada rambut biasanya kelihatan agak ketara tiga hingga enam bulan selepas trauma

Selain itu, trauma fizikal seperti pembedahan, kemalangan jalan raya, penyakit yang teruk, malah selesema juga boleh menyebabkan keguguran rambut sementara yang dipanggil telogen effluvium

📌 2. Kehamilan - Kehamilan merupakan salah satu jenis tekanan fizikal, dan biasanya keguguran rambut terjadi selepas beberapa bulan bersalin, namun ada juga yang mengalami keguguran rambut ketika mengandung

📌 3. Terlalu banyak vitamin A - Pengambilan vitamin yang berlebihan juga boleh memberikan kesan kesihatan kepada tubuh badan. Nilai harian vitamin A adalajlh 5,000 IU sehari bagi dewasa dan kanak-kanak berumur 4 tahun. Jadi adalah penting untuk memastikan pengambilan vitamin mengikut apa yang disyorkan oleh pengamal perubatan bertauliah

📌 4. Kekurangan protein - Kekurangan protein pada diet yang di ambil akan menyebabkan tubuh mengambil protein dengan cara mematikan pertumbuhan rambut. Perkara ini boleh berlaku dua hingga tiga bulan selepas penurunan dalam pengambilan protein

📌 5. Kemoterapi - Ubat yang digunakan dalam rawatan kanser iaitu secara kemoterapi bokeh menyebabkan keguguran rambut

📌 6. Sindrom ovarium polikistik (PCOS) - PCOS merupakan ketidakseimbangan hormin wanita. Masalah lebihan androgen (hormon lelaki) menyebabkan siata ovarium, peningkatan berat badan, tinggi risiko kencing manis, perubahan dalam kitar haid, ketidasuburan, penipisan rambut. 
Dan kerana hormon lelaki berlebihan dalam tubuh wanita yang mengalam PCOS, kemungkinan wanita tersebut boleh mengalami lebih rambut di muka dan badan

📌 7. Ubat-ubatan - Terdapat sesetengah kelas ubat-ubatan boleh memberi kesan kepada keguguran rambut. Di antara ubat-ubatan yang mungkin memberi kesan terhadap keguguran rambut ialah ubat cair darah tertentu, ubat tekanan darah yang dikenali sebagai beta-blockers, ubat merawat masalah reumatik dan kulit seperti methotrexate, litium untuk merawat masalah gangguan bipolar, NSAIDs, ibuprofen dan antidepresan

📌 8. Penuaan - Keguguran rambut atau penipisan rambut pada wanita berumur yang memasuki usia 50-an atau 60-an. Walaupun punca utama mungkin tidak diketahui, namun ianya biasa terjadi pada wanita yang berada pada lingkungan umur tersebut

📌 9. Tekanan emosi - Apabila seseorang yang sudahpun mengalami masalah keguguran rambut dan kebetulan terpaksa berdepan atau melalui masalah yang menyebabkan tekanan emosi seperti perceraian atau kematian, mungkin hal ini akan memburukkan lagi masalah keguguran rambut yanh sedia ada

📌 10. Anemia - Anemia disebabkan kekurangan zat besi di dalam tubuh dan hampir 1 kepada 10 wanita berumur 20 hingga 49 tahun mengalami masalah anemia. Kekurangan zat besi di dalam badan menyumbang kepada keguguran rambut kerana tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, yang memberikan oksigen dan nutrien untuk memperbaiki sel-sel yang lain, termasuk yang menjaga rambut dan membantunya tumbuh dengan sihat

📌 11. Kehilangan berat badan dramatik - Kehilangan berat badan secara tiba-tiba adalah satu bentuk trauma fizikal yang boleh menyebabkan rambut menipis

📌 12. Penggayaan rambut yang berlebihan (Overstyling) - Gaya rambut dan rawatan rambut yang keterlaluan dan dilakukan selama bertahun-tahun menyebabkan anda berisiko mengalami keguguran rambut akibat penggunaan bahan kimia yang berpanjangan. Antara contoh gaya rambut yang yang boleh menyebabkan keguguran rambut seperti braids yang terlalu ketat, hair rebonding, weaves rambut, etc
📌 13. Hormon - Kekurangam hormon testosteron bagi lelaki boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Jadi lelaki juga harus memastikan hormon testosteron berada pada tahap yang baik

📌 14. Kulit kepala tidak sihat - Kulit kepala yang kotor, tidak dijaga elok, tidak sihat akan menyebabkan kulit kepala boleh dijangkiti kuman dan bakteria. Jadi, pastikan kulit kepala dibersihkan. Contohnya sekiranya anda memakai topi atau tudung terlalu lama, jangan lupa mencuci rambut dan dikeringkan sepenuhnya. 
Jangan malas mencuci rambut, kerana selain menyebabkan rambut berbau, ianya juga boleh menyebabkan rambut gugur akibat rambut menjadi lembap dan berminyak. 
Peluh pada kulit kepala akan diserap oleh folikel rambut yang menyebabkan rambut lembap dan akhirnya menyebabkan keguguran rambut

Selain itu, sekiranya anda mempunyai masalah alergik kulit kepala, rawat dengan syampu dan ubat khas mengikut saranan doktor atau pharmacist anda

Rambut adalah mahkota baik bagi perempuan mahupun lelaki. Kita idamkan rambut yang sihat, bersinar, dan bermaya, bukan rambut yang bermasalah rambut gugur, rambut semakin nipis, rambut berkelemumur, dan rambut berbau. 
Ramai yang berkongsi petua dan cara mengatasi rambut gugur, rambut nipis, rambut berkelemumur, rambut berbau dan juga petua mengatasi masalah-masalah rambut lain selain yang dinyatakan di atas seperti rambut bercabang, rambut kering, rambut kusam, dan lain-lain

Petua atasi keguguran rambut
Berikut antara petua dan cara mengatasi masalah rambut :-
👯1. Pastikan anda mengambil pemakanan yang seimbang, dan kaya zat besi
👯 2. Jangan terlalu kerap menggayakan rambut secara berlebihan (overstyling) seperti mengikat dengan ketat, seperti braids atau ekor kuda

👯3. Janganlah terlalu suka memusing-musingkan rambut, menggosok atau menarik rambut secara paksa

👯 4. Biasakan diri menggunakan topi / pelindung rambut seperti tudung atau pelindung matahari baik lelaki mahupun wanita untuk mengelakkan risiko selaran matahari (sun rays) , kanser kulit pada kulit kepala, dan kerosakan rambut

👯5. Ketika mencuci rambut, urut lembut kulit kepala dan rambut anda. Keringkan rambut dan sikat menggunakan sikat yang bergigi jarang

👯 6. Jangan kerap menggunakan hair hot roll, hair straightener, atau minyak panas yang mungkin boleh mengakibatkan rambut rosak dan rambut gugur

Selain petua dan cara mengatasi rambut gugur, rambut juga perlu dirawat seiring dengan permasalahannya. Cara merawat keguguran rambut
Antara pilihan cara merawat rambut gugur (bukan diakibatkan oleh masalah hormon, genetik, perubatan) ialah:-
✔ 1. Garam - letak sedikit garam bersama syampu yang biasa anda gunakan, gaul rata syampu berkenaan, dan cucilah rambut seperti biasa

✔ 2. Aloe vera - tambah sedikit aloe vera ke dalam syampu, campurkan sebati dan bersyampulah seperti biasa. 
👉 Aloe vera mempunyai banyak manfaat lain, boleh baca entry terdahulu 
>>> Review Aloe Vera Gel <<< >>> Merawat kesan melecur menggunakan Aloe Vera Gel <<<
✔ 3. Menggunakan syampu anti-hairfall yang mampu merawat rambut gugur, rambut nipis, rambut berkelemumur dan rambut atau kulit kepala berbau
👉 Semakin hari rambut semakin nipis
👉 Rambut banyak yang gugur
👉Makin shampoo makin banyak kelemumur
👉 Kulit kepala gatal2
👉 Rambut berbau busuk/hapak

Ada banyak pilihan syampu di pasaran yang boleh anda pilih, antaranya SYAMPU AURA HIJAB 4-dalam-1 merawat rambut gugur, rambut nipis rambut berkelemumur dan rambut atau kulit kepala berbau

Fungsi Syampu Aura Hijab 
Syampu AURA HIJAB mengandungi bahan utama iaitu⤵⤵⤵🍀 Habbatus Sauda, 🍀 Buah Keras, 🍀 Daun Bidara & 🍀 Minyak Zaitun
di entry yang akan datang, Mrs Pip akan kongsikan kebaikan bahan - bahan yang terdapat di dalam syampu AURA HIJAB dan juga hair booster AURA HIJAB. stay tune

Fungsi Syampu Aura Hijab
Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan syampu AURA HIJAB , boleh menghubungi Mrs Pip melalui wasap seperti yang tertera di dalam gambar
✔ 4. Penggunaan kombinasi phototherapy laser dengan menggunakan tahap cahaya yang rendah untuk meningkatkan pertumbuhan rambut pada kulit kepala

✔ 5. Merawat rambut menggunakan khidmat professsional apabila masalah rambut tidak mampu diatasi melalui penggunaan syampu anti-hairfall atau syampu berubat yang lain

Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak memberikan anda maklumat tentang permasalaham rambut, petua menjaga rambut, dan cara merawat rambut gugur

Pastikan anda memberi perhatian bagi masalah seperti rambut gugur, rambut nipis rambut berkelemumur dan rambut atau kulit kepala berbau. 
Ingat, rambut adalah mahkota anda, baik lelaki dan wanita, jadi jaga rambut anda sebaik-baiknya

cheers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mrspip.com/2019/10/cara-merawat-keguguran-rambut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Merawat Rambut Gondrong Tipe Ikal Untuk Pria Cara Merawat Rambut

5 Cara Merawat Rambut Gondrong Tipe Ikal Untuk Pria Cara Merawat Rambut

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 570 hits
Hallo bertemu kembali artikel ini akan membawa pembahasan tentang cara merawat rambut 5 Cara Merawat Rambut Gondrong Tipe Ikal untuk Pria simak selengkapnya Rayi Dwitiya Larasati 12 Desember 2018 Men s Grooming 0 comments Sekian detil perih...
6 Langkah Mudah Menjaga Kesehatan Ginjal Cara Merawat Ginjal

6 Langkah Mudah Menjaga Kesehatan Ginjal Cara Merawat Ginjal

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 325 hits
Hallo berjumpa kembali artikel ini akan dibahas mengenai cara merawat ginjal 6 Langkah Mudah Menjaga Kesehatan Ginjal simak selengkapnya 26 Februari 2019 LiveWell
Isteri Mengadu Tak Puas Bila Suami Cepat Pancut Ini Sebab Amp Cara Merawat Ejakulasi Pramatang

Isteri Mengadu Tak Puas Bila Suami Cepat Pancut Ini Sebab Amp Cara Merawat Ejakulasi Pramatang

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 508 hits
Qamelia dan Kamal merupakan sepasang suami isteri yang baru menjalani kehidupan dalam perkahwinan Namun selepas melakukan hubungan intim Kamal mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya kerana sering mengalami ejakulasi pramatang ...
Cara Merawat Anjing Dan Kucing Senior Cara Merawat Anjing

Cara Merawat Anjing Dan Kucing Senior Cara Merawat Anjing

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 342 hits
Hallo selamat pagi di kesempatan akan membahas mengenai cara merawat anjing Cara merawat anjing dan kucing senior simak selengkapnya PetLovers berapa umur anjing dengan meong kesayanganmu sekarang Jika Anjing Kucingmu telah memasuki usia 7 ...
7 Cara Merawat Wajah Secara Alami Agar Awet Muda Cara Merawat Wajah

7 Cara Merawat Wajah Secara Alami Agar Awet Muda Cara Merawat Wajah

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 318 hits
Allow selamat malam sesi kali ini akan membahas mengenai cara merawat wajah 7 Cara Merawat Wajah Secara Alami agar Awet Muda simak selengkapnya Semakin bertambahnya usia tak memungkiri terjadinya gejala penuaan pada indra peraba wajah ditam...
10 Cara Untuk Dapatkan Kulit Dan Rambut Cantik Dengan Susu

10 Cara Untuk Dapatkan Kulit Dan Rambut Cantik Dengan Susu

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 249 hits
Susu punya manfaat yang luar biasa untuk kulit Anda Berikut ini resepnya
9 Cara Merawat Kucing Anggora Yang Benar Bulunya Makin Menawan Cara Merawat Kucing

9 Cara Merawat Kucing Anggora Yang Benar Bulunya Makin Menawan Cara Merawat Kucing

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 343 hits
Hallo bertemu kembali artikel ini akan dibahas tentang cara merawat kucing 9 Cara Merawat Kucing Anggora yang Benar Bulunya Makin Menawan simak selengkapnya Liputan6 com Jakarta yang berbulu sangat kecil ini Kucing kucing senggoro kucing in...
Cara Menanam Manfaat Kegunaan Bahaya Cara Merawat Daun Bidara

Cara Menanam Manfaat Kegunaan Bahaya Cara Merawat Daun Bidara

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 766 hits
Hi selamat siang sesi kali ini akan membawa pembahasan mengenai cara merawat daun bidara Cara Menanam Manfaat Kegunaan Bahaya simak selengkapnya Pohon Bidara Arab Cara Menanam Manfaat Kegunaan Bahaya Nama latin dari Pohon bidara Arab merupa...
Jodoh Jika Kita Membawakan Cinta Kita Dengan Cara Betul Insha Allah Dipermudahkan

Jodoh Jika Kita Membawakan Cinta Kita Dengan Cara Betul Insha Allah Dipermudahkan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 734 hits
AssalamualaikumAwan berarak seolah mengikuti kita hati selalu sepi Otak ligat memikirkan soal kehidupan Hati ini penat untuk mengawal semua perasaan yang ada Nak cari jodoh jom daftar di sini Kita sering memilih mengikut emosi kita apa yang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba