Punca Badan Kerap Letih Cadangan Supplemen


Pernah tak anda tertanya-tanya, kenapa badan kerap letih walaupun dah tidur cukup atau berehat lama? 
Rasa letih berpanjangan sering menghantui ramai orang, tak kira usia atau kerjaya hingga mengganggu prestasi kerja, urusan rumah tangga malah mood harian. 
Jom kenali punca utama badan kerap letih, tips atasi serta contoh suplemen yang selamat untuk anda cuba. 
BACA JUGA: Mata Letih & Penat Tengok Skrin? Ini Tanda, Gejala, Cara Atasi
Kenapa Badan Kerap Letih Walaupun Dah Cukup Rehat? Ramai menyangka, tidur 6-8 jam sehari itu sudah memadai untuk elak badan lesu. Namun realitinya, kerap letih atau penat berpanjangan tetap boleh berlaku walaupun rehat mencukupi.
Antara faktor yang menjadi penyebab perkara ini berlaku, ialah: 
1. Gaya Hidup Tidak Sihat
Gaya hidup yang tidak sihat adalah salah satu faktor utama badan cepat penat dan lesu. Pengambilan makanan yang terlalu banyak mengandungi gula dan garam, kurang aktiviti fizikal dan tidak menjaga waktu makan menyebabkan tubuh kekurangan nutrisi penting untuk tenaga. 
2. Dehidrasi
Kekurangan air dalam badan juga antara punca anda berasa cepat penat walaupun tidur cukup. Air adalah medium penting untuk proses metabolisme dan pengangkutan nutrien dalam badan. Sekaligus, membantu agar tubuh kekal cergas dan bertenaga. 
3. Stres dan Tekanan Mental
Tekanan kerja, masalah peribadi atau beban emosi dapat memberi kesan kepada tubuh anda. Pengurusan stress yang kurang baik boleh mengganggu banyak perkara termasuklah kualiti tidur anda. 
Tidur yang kurang berkualiti walaupun walaupun waktunya cukup, boleh menyebabkan tubuh anda lesu dan kurang bermaya. 
4. Kekurangan Nutrien Penting
Kekurangan zat besi, vitamin B12, magnesium, dan vitamin D juga antara faktor yang boleh menyebabkan badan lesu walaupun tidur cukup.
5. Masalah Kesihatan Tersembunyi
Keletihan berpanjangan boleh jadi petanda penyakit seperti anemia (kurang darah), gangguan tiroid, diabetes, sindrom kelelahan kronik atau masalah mental seperti kemurungan. 
Jika letih berpanjangan disertai gejala lain seperti pening, palpitasi atau sesak nafas, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Cara Atasi Badan Yang Kerap Letih  Kalau anda mengalami gejala cepat penat tanpa sebab yang jelas, berikut beberapa cara yang boleh diamalkan untuk membantu mengatasi masalah ini. 
Tak perlu ubah semua sekaligus, cukup mula satu persatu secara konsisten.
1. Perbaiki Kualiti Tidur, Bukan Kuantiti Sahaja
Anda boleh mula dengan memperbaiki kualiti tidur anda. Pastikan tidur anda benar-benar nyenyak dan tidak terganggu. 
Elakkan menghadap skrin sejam sebelum tidur, kurangkan minuman berkafein lepas 5 petang dan jadikan bilik tidur sebagai zon tenang. Tidur yang berkualiti dapa membantu sistem badan pulih sepenuhnya.
2. Pastikan Badan Terhidrat Sepanjang Hari
Ramai tak sedar bahawa dehidrasi ringan pun boleh buat badan cepat penat dan lesu. Jadi,  pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.
3. Amalkan Pemakanan Seimbang dan Kaya Nutrien
Fokus pada makanan yang rendah indeks glisemik seperti beras perang, sayuran hijau, protein tanpa lemak dan buah-buahan. Kurangkan makanan proses dan tinggi gula kerana ia boleh membuat tenaga kita naik dan turun secara mendadak.
4. Senaman Ringan Setiap Hari
Amalkan berjalan kaki 20-30 minit sehari, buat regangan ringan atau senaman yoga di rumah. Aktiviti fizikal boleh membantu melancarkan aliran darah, menyalurkan oksigen ke otak dan otot dengan lebih baik sekaligus mengurangkan rasa lesu.
5. Kurangkan Stres/Tekanan
Sekiranya anda menghadapi tekanan atau stress melampau, cari cara yang sesuai untuk menenangkan diri anda. 
Antara cara yang boleh dilakukan ialah meditasi, berzikir, berdoa atau mengamalkan teknik pernafasan dalam (deep breathing). 
Anda juga boleh cuba luahkan masalah dengan orang yang dipercayai, berjalan-jalan di pusat beli-belah atau lakukan hobi kesukaan anda. 
Bila minda tenang, badan pun lebih bertenaga!
BACA JUGA: 10 Suplemen Magnesium Terbaik yang Boleh Didapati di Farmasi Malaysia
Contoh Suplemen untuk Badan Kerap Letih Berikut adalah beberapa contoh suplemen yang sesuai dan selamat untuk membantu mengatasi badan kerap letih:
1. Multivitamin
Multivitamin yang mengandungi vitamin dan mineral penting seperti vitamin B, C, D, dan E boleh membantu meningkatkan tenaga dan sistem imun.
✅ Jenama popular: Centrum, Blackmores Multivitamin
2. Co-enzyme Q10
Co-enzyme Q10 membantu fungsi otot, saraf dan penghasilan tenaga, di samping bersifat antioksidan untuk melindungi sel badan. Ia juga menyokong kesihatan jantung, kulit, minda, serta mampu mengurangkan keletihan dan migrain.
✅Jenama popular: VitaHealth CoQ10, Blackmores CoQ10
3. Omega-3
Asid lemak omega-3 dari minyak ikan boleh membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan jantung.
✅ Jenama popular:  Blackmores Omega-3 Fish Oil, Pristin Fish Oil, Nutrilite Salmon Omega, Scott’s Emulsion Fish Oil
4. Vitamin D3
Vitamin D penting untuk kesihatan tulang dan boleh membantu mengurangkan keletihan. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu penyerapan kalsium. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan kelesuan kronik.
✅ Jenama popular: Scott’s Vitamin D3, Blackmores D3
5. Probiotik
Probiotik boleh membantu meningkatkan kesihatan usus, yang penting untuk penyerapan nutrien dan kesihatan keseluruhan.
✅ Jenama popular:  Blackmores Probiotics, Lacto-5, VitaHealth Probiotic 6, GKB Probio+, 21st Century Probiotics
6. Vitamin C
Membantu meningkatkan penyerapan zat besi, menguatkan sistem imun, dan menyokong proses pemulihan badan. 
✅ Jenama popular:  Blackmores Bio C, Flavettes Effervescent Vitamin C, Redoxon, VitaHealth Time Release Vitamin C
7. Magnesium
Membantu melegakan keletihan otot, menggalakkan tidur berkualiti, dan menyeimbangkan sistem saraf. Anda juga boleh mendapatkan magnesium daripada makanan seperti bijirin penuh, badam, dan coklat gelap.
✅ Jenama popular: Blackmores Magnesium, Powerlife Magnesium Bisglycinate, Vitpro Magnesium Glycinate,
NOTA: Pastikan pilih produk yang berdaftar dengan KKM serta ikut saranan pengambilan yang betul. Rujuk doktor sekiranya perlu. 

Rujukan: Dr Zubaidi Hj Ahmad


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kerap-letih/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kerap-letih

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daniel Fong Dah Pakai Deodoran Bukan Pelakon Lelaki Badan Berbau Suria Fm

Daniel Fong Dah Pakai Deodoran Bukan Pelakon Lelaki Badan Berbau Suria Fm

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 129 hits
DIGANDINGKAN bersama dalam drama Kerana Seorang Lelaki pelakon Daniel Fong tidak terlepas menjadi sasaran netizen berhubung pendedahan aktres Harrisa Adlynn tentang isu rakan artis mempunyai masalah bau badan Selepas ramai mula berteka teki...
Diusung 8 Anggota Apm Kerana Cedera Netizen Risau Amp Nasihat Cik B Turunkan Berat Badan Seksanya Tengok

Diusung 8 Anggota Apm Kerana Cedera Netizen Risau Amp Nasihat Cik B Turunkan Berat Badan Seksanya Tengok

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 159 hits
Tular video dimuat naik di laman sosial Threads memaparkan pempengaruh media sosial dan usahawan Cik B diusung masuk ke dalam van oleh beberapa anggota Anggota Pertahanan Malaysia kerana kecederaan dialaminya Difahamkan Cik B dipercayai ced...
Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 377 hits
Seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 menjadi mangsa buli kejam oleh dua rakan sebaya dalam kejadian yang mengejutkan di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani Kedah bbaru baru ini Menurut laporan Harian Metro pelajar berusia 13 tahun itu...
Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 185 hits
Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema Ramai orang alami bengkak di lengan atau kaki selepas pembedahan atau rawatan kanser tapi tak tahu itu mungkin tanda lym...
Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 197 hits
Daunnya pula mengandungi serat karbohidrat alkoloid vitamin dan mineral Petua laman ada menyatakan bahawa memakan daun bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi merawat kencing manis berat badan berlebihan tidak selera maka...
Susu Badan Atau Formula Tak Kisah Nina Ismail Sabri Minta Ibu Jangan Tertekan

Susu Badan Atau Formula Tak Kisah Nina Ismail Sabri Minta Ibu Jangan Tertekan

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 109 hits
Jaga diri sendiri dulu baru boleh jaga bayi dengan baik Itulah nasihat jujur dan penuh kasih sayang yang dikongsikan oleh selebriti dan ibu kepada dua cahaya mata Nina Ismail Sabri buat semua mama yang sedang melalui fasa berpantang dan men...
Sakit Badan Bila Tubuh Minta Berehat

Sakit Badan Bila Tubuh Minta Berehat

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 125 hits
Sakit Badan Bila Tubuh Minta Berehat Kadang bukan sebab kita tak kuat tapi tubuh dah terlalu lama bertahan Sakit urat Lenguh sendi Badan rasa berat Itu bukan tanda lemah itu tanda badan minta difahami Panadol boleh bantu melegakan rasa saki...
Petua Menghilangkan Bekas Kurap Di Badan

Petua Menghilangkan Bekas Kurap Di Badan

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 136 hits
DYXY VIRAL Kulit Kerang Hilangkan Bekas Kurap cari 12 biji kulit kerang bakar selama 20minit bila kulit kerang itu sudah terbakar jiruskanpula dengan air yang panas mendidih tumbuk kulit kerang itu sehingga lumatme jadi debu campurkan denga...
Serba Pink Hari Ini Dan Berat Badan Terbaru

Serba Pink Hari Ini Dan Berat Badan Terbaru

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum In a world full of colors be the vibrant shade of pink Masih SA yang sebelum ni walau berat hanya turun 2 3kg aje dari 71 45kg seminggu yang lepas double chin tu melampau plak padahal cara pose SA tu macam salah hahhaha bera...
Telefilem Wasiat Ayah

Lirik Doa Mudah Urusan Ustaz Bazli Unic

Better Late Than Never A Charming Custom Yamaha Xj650 From A First Timer

Umno Veterans Defend Dr Akmal Accuse Dap Of Politicising Upside Down Flag Issue

Ini Rupanya Mee Siput Muar

Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion

Tragedi Kelahiran Menyayat Hati Kepala Bayi Tertinggal Dalam Perut Ibu

Irresistible Korean Beef Recipe Bbc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Bisnes Anda Perlu Pilih Syarikat Design Printing Profesional Jimat Masa Kos Hasil Lebih Berkualiti

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro

Indonesia Siasat Kemungkinan Terdapat Kesan Radioaktif Dalam Udang Eksport Harian Metro

Zii Jia Kembali Mahu Akhiri Kempen Di Paris Tanpa Kecederaan

Kelantan Cuba Rempuh Polis Lepas Tembakan

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara