Pulautikus Mayat Pembantu Kedai Ditemui Dalam Sungai


Mayat seorang lelaki ditemui dalam parit di kawasan Waterfall Jalan Kebun Bunga di sini dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian, hari ini.

Mangsa S. Govindaraju, 51, sebelum ini dilaporkan dua hari tidak pulang ke rumah dan keluarganya telah membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal Wan Chik Ariffin Mohd Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan telah menemui mayat lelaki yang masih berpakaian dalam kawasan parit pada 6.10 petang.

“Pihak bomba terus ke lokasi kejadian dan menjalankan kerja mengangkat mayat sebelum menyerahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, berdasarkan maklumat awal, lelaki itu bekerja sebagai pembantu kedai dan dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayat.


Beliau berkata, menurut keluarga mangsa, dalam beberapa hari kebelakangan ini lelaki itu berperwatakan agak pelik seperti orang dirasuk dan sering bercakap seorang diri seakan meracau malah mangsa juga dimaklumkan sering mendapat sawan dan tarik dalam tempoh seminggu lepas.

“Kali terakhir keluarga berjumpa dengan lelaki itu pada hari Jumaat, semasa membawa dia untuk berubat tradisional dan selepas menerima rawatan nampak keadaannya kembali pulih sedikit sebelum keluar seorang diri pada 10.30 malam,” katanya.

Soffian berkata, berikutan mangsa tidak pulang ke rumah, keluarganya telah membuat laporan polis berhubung kehilangannya sebelum mayat lelaki itu ditemui orang awam dalam parit.

Polis yang membuat pemeriksaan pada tubuh badan mangsa, mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau elemen jenayah malah siasatan di tempat kejadian juga tidak menjumpai sebarang objek di tempat kejadian.

“Polis siasat kes itu sebagai kematian mengejut setakat ini dan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa akan dijalankan esok,” katanya.

— BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/pulautikus-mayat-pembantu-kedai-ditemui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Kanak Kanak Lemas Di Sungai Bakau Ditemui Selepas 2 Hari Sar

Mayat Kanak Kanak Lemas Di Sungai Bakau Ditemui Selepas 2 Hari Sar

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 408 hits
RAWANG Mayat kanak kanak lelaki 10 tahun yang dihanyutkan arus deras anak Sungai Bakau Rawang Selangor dua hari lepas ditemui pagi tadi Ketua Balai Bomba Daerah Gombak Samsol Maarif Saibani berkata mayat ditemui kira kira 5 kilometer dari m...
Sumaterautara Mayat Lelaki Dalam Keadaan Terikat Dan Kepala Ditutup Dengan Karung Ditemui Di Sungai

Sumaterautara Mayat Lelaki Dalam Keadaan Terikat Dan Kepala Ditutup Dengan Karung Ditemui Di Sungai

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 420 hits
Mayat lelaki dalam keadaan terikat ditemukan di sebuah sungai di bawah Jambatan Sei Mau Buangan Kabupaten Gunung Meriah Kabupaten Deliserdang Sumatera Utara pada Selasa Mayat tanpa identiti itu ditemui oleh seorang penduduk kampung kira kir...
Kanak Kanak Jatuh Ke Sungai Ditemui Mati

Kanak Kanak Jatuh Ke Sungai Ditemui Mati

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 347 hits
KUALA LUMPUR 14 Jun Seorang kanak kanak lelaki berumur 11 tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Bakau Rawang Jumaat lepas ditemukan maut pagi ini Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe berkata mayat Muhamad Shuail Fazli ditemu...
Bayi Malang Malang Cukup Sifat Dipercayai Dibuang Ditemui Di Sungai Di Indonesia

Bayi Malang Malang Cukup Sifat Dipercayai Dibuang Ditemui Di Sungai Di Indonesia

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 414 hits
Seorang mayat bayi malang berusia tujuh bulan ditemui hanyut di sebuah sungai di Malang Indonesia baru baru ini Ketua Polis Bahagian AKP Triwik Winarni turut mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut yang dilaporkan ditemui di Sungai Metro D...
Dua Mayat Ditemukan Dalam Kereta Dipercayai Terbabas Dalam Sungai

Dua Mayat Ditemukan Dalam Kereta Dipercayai Terbabas Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 349 hits
Alor Setar Dua mayat ditemukan dalam sebuah kereta yang dipercayai terjunam ke dalam sungai di Kampung Lana Bulu Megat Dewa dekat Jitra malam tadi Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata pihaknya menerima maklumat da...
Fosil Spesies Katak Langka Berusia Dua Juta Tahun Ditemui

Fosil Spesies Katak Langka Berusia Dua Juta Tahun Ditemui

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 377 hits
Gambar hiasanBUENOS AIRES Ahli paleontologi Argentina telah menemui fosil spesies katak langka yang hidup dua juta tahun lalu Semalam Agensi Sains dan Teknologi di La Matanza National University memaklumkan penemuan fosil itu dibuat pada ke...
Tragedi Memancing Pemuda Ditemui Lemas Selepas Tercampak Dari Bot Yang Berpusing

Tragedi Memancing Pemuda Ditemui Lemas Selepas Tercampak Dari Bot Yang Berpusing

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 315 hits
KUANTAN 11 Jun Pemancing yang didakwa tercampak keluar dari sebuah bot fiber di perairan Pulau Layak di Rompin sejak malam Selasa lalu ditemukan lemas petang tadi Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang Laksamana Pertama Mari...
Hasrat Hantar Wang Kepada Keluarga Tak Kesampaian Lelaki Bangladesh Ditemui Maut Dipercayai Dibunuh Dengan Duit Di Sisi

Hasrat Hantar Wang Kepada Keluarga Tak Kesampaian Lelaki Bangladesh Ditemui Maut Dipercayai Dibunuh Dengan Duit Di Sisi

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 634 hits
TASEK GELUGOR 10 Jun Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan mati dengan kesan kecederaan di dahi dan kepala serta lebam dan cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dibunuh di kawasan kebun sayur Jalan Ara Kuda di sini hari ini Ketua...
Mkl Crimedesk Pengawal Keselamatan Oku Ditemui Mati Depan Pondok Pengawal

Mkl Crimedesk Pengawal Keselamatan Oku Ditemui Mati Depan Pondok Pengawal

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 419 hits
KUALA LUMPUR Seorang pengawal keselamatan yang juga orang kurang upaya OKU ditemui mati dihadapan bilik pengawal keselamatan petang tadi Mangsa berusia 39 tahun ditemui terbaring di dalam bilik pengawal di pintu masuk sebuah sekolah agama d...
Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet