Migingo merupakan sebuah pulau kecil yang bersaiz separuh padang bola sepak terletak di tasik Victoria. Tasik ini menjadi rebutan antara negara Uganda dan Kenya, mempunyai 500 orang penduduk.

Pulau yang keadaan persekitarannya kotor dan padat ini mempunyai beberapa fasiliti seperti bar, kedai ubat, ruang bermain snooker, kedai kedai yang menjual pelbagai barang seperti sayur dan pakaian,
Penduduk di sini kebanyakannya adalah nelayan dan peniaga sejenis ikan yang dikenali Nile Perch atau nama saintifiknya Lates niloticus. Ikan ini menjadi rebutan disebabkan oleh harganya yang mahal dan di eksport ke luar negara.
Perairan di Tasik Victoria adalah kaya akan hasil lautnya. Kebijakan Uganda untuk memberikan kebenaran kepada para nelayan dipandang negatif oleh Kenya dengan mengklaim seluruh pulau itu adalah milik negara Kenya. Uganda yang tidak merima langsung tuntutan Kenya itu, lalu menghantar angkatan lautnya ke Pulau Migingo.
Apa yang menariknya adalah tidak jauh dari Pulau Migingo, terdapat sebuah pulau yang lebih luas yang bernama Pulau Usingo kira-kira 200 meter dari Pulau Migingo. Namun para penduduk Pulau Migingo tidak ada yang mahu berpindah ke pulau Isingo kerana ada legenda setan yang menghantui Pulau itu, sehingga nelayan lebih senang tinggal di tempat sesak di Pulau Migingo. [Sumber John Mohamed/tribuntravelcom/liputan6com]|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |