Pulau Pinang Perkenal Warden Trafik Dengan Kuasa Ke Atas 44 Kesalahan


Predeep NambiarWarden trafik MBPP mengadakan perbarisan kehormat di hadapan ketua menteri dan datuk bandar MBPP di hadapan Dewan Bandaraya di George Town hari ini.
GEORGE TOWN: Pemandu di Pulau Pinang kini harus lebih berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya berikutan kehadiran warden trafik di samping polis trafik untuk memantau pesalah jalan raya.

Warden trafik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang mula bertugas hari ini diberi kuasa untuk mengeluarkan saman bagi 44 jenis kesalahan dengan denda dari RM70 hingga RM300.

Kuasa dimiliki warden trafik tersebut hampir menyamai polis trafik walaupun mereka hanya boleh mengambil tindakan ke atas bilangan kesalahan yang lebih terhad.

Denda paling tinggi antara lain akan dikenakan ke atas pemandu yang melanggar lampu merah, memotong garisan berkembar, memandu berlawanan dengan aliran lalu lintas di jalan sehala dan gagal mematuhi arahan warden trafik.

Denda RM300 adalah muktamad dan tidak boleh dikurangkan, sementara denda lebih rendah boleh dikurangkan hingga separuh atau dikurangkan jika dibayar dalam tempoh 15 hari.

Warden trafik MBPP mengenakan uniform berwarna biru muda dengan selepang tali pinggang berwarna putih. Mereka juga memakai topi keledar yang dipasangkan dengan kamera video untuk merakam kesalahan sebagai bukti.

Warden juga boleh mengeluarkan saman ketika berpakaian preman, tetapi mereka dikehendaki memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa masing-masing.

Kuasa penguatkuasaan mereka diperuntukkan di bawah Seksyen 3(48) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memberi kuasa kepada datuk bandar sebuah majlis bandar raya melantik warden trafik selepas berbincang dengan ketua polis negara.

Datuk bandar MBPP Yew Tung Seang berkata, seramai 70 warden trafik telah ditauliahkan sejak 9 Mei 2019, tetapi mereka hanya bertugas secara rasmi bermula hari ini, 16 Jan.

Beliau berkata, MBPP adalah majlis bandar raya pertama mempunyai warden trafik, sementara Kuala Lumpur merupakan dewan bandar raya pertama mempunyainya.

Katanya, selain penguatkuasaan undang-undang lalu lintas, warden terbabit juga berperanan membantu menyuraikan kesesakan lalu lintas di persimpangan sibuk pada masa puncak serta mengurus peningkatan lalu lintas yang tidak dijangka.

“Majlis bandar raya sedar bahawa masalah lalu lintas merupakan isu besar, dengan kepadatan serta bilangan kenderaan lebih banyak memasuki pulau tersebut pada masa cuti.

“Kami berharap warden yang dilantik akan dapat membantu menguatkuasakan undang-undang jalan raya bersama-sama pihak polis dan melancarkan aliran lalu lintas di pulau,” katanya.

Ketua menteri Chow Kon Yeow berkata, kewujudan warden trafik itu merupakan langkah yang baik dengan menambah bahawa kerajaan negeri memohon untuk mewujudkan pasukan itu sejak 8 tahun lepas, tetapi tidak dibenarkan kerana kekurangan dana.

“Saya berharap para warden akan mengambil kira aspek keselamatan dalam menjalankan tugas mereka dan pada masa sama memenuhi harapan dan jangkaan orang ramai.

“Ada masanya anda (warden) akan dikritik dan difitnah, tetapi jangan bimbang, teruskan tugas anda mengikut garis panduan yang diberikan,” katanya ketika berucap kepada warden terbabit.

Terdahulu Chow dan datuk bandar MBPP memeriksa perbarisan kehormat warden yang disaksikan oleh timbalan ketua polis Pulau Pinang Roslee Chik dan pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketika dihubungi, Roslee berkata, terdapat 118 polis trafik pangkat rendah di pulau dan 138 di Seberang Perai.

MBPP mengeluarkan 299,322 notis kompaun kesalahan jalan raya, kunci tayar kenderaan sebanyak 22,346 dan tarik kenderaan 4,175 tahun lepas.

Pada 2018, ia mengeluarkan 195,670 kompaun kesalahan lalu lintas, 22,346 kunci tayar dan 4,020 kenderaan ditarik.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/pulau-pinang-perkenal-warden-trafik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peniaga Pulau Pinang Jual Ketum Celup Tepung Seriously

Peniaga Pulau Pinang Jual Ketum Celup Tepung Seriously

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 370 hits
Korang nak tahu sebenarnya dekat dalam Malaysia ni ada peniaga menjual ketum celup tepung sebagai snek Pergh lain macam weh Kalau korang tengok gambar dekat bawah ni dah macam rempeyek daun bayam gais Walau bagaimanapun Agensi Anti Dadah Ke...
Gempa Kuat 6 3 Skala Richter Guncang Aceh Gegaran Dirasai Sekitar Pulau Pinang

Gempa Kuat 6 3 Skala Richter Guncang Aceh Gegaran Dirasai Sekitar Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 274 hits
Gempa bumi kuat berukuran 6 3 pada skala Richter telah dilaporkan berlaku di Utara Sumatera Indonesia sebentar tadi Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi pada pukul 2 05 petang waktu tempatan itu berlaku dengan jarak 67 ...
Pulau Pinang Menyasarkan Untuk Menjadi Negeri Nirtunai Menjelang Mac 2020

Pulau Pinang Menyasarkan Untuk Menjadi Negeri Nirtunai Menjelang Mac 2020

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 312 hits
https ift tt eA8V8J Arena nirtunai kini semakin hangat menjadi nbualan ramai apatah lagi dengan penawaran program eTunai oleh kerajaan yang memberikan kredit sebanyak RM30 untuk rakyat Malaysia Selari dengannya kini kerajaan negeri Pulau Pi...
Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 470 hits
Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Portal kerja kosong kerajaan anda membawakan peluang pekerjaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang ber...
Harga Bawang Di Pulau Pinang Catat Rm 24 Sekilo

Harga Bawang Di Pulau Pinang Catat Rm 24 Sekilo

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 373 hits
Harga bawang India paling tinggi direkodkan di Pulau Pinang dengan RM24 sekilogram berbanding di negeri lain di seluruh negara Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata berdasarkan ...
Georgetown Maritim Pulau Pinang Tahan Kapal Tangki Berlabuh Tanpa Kebenaran

Georgetown Maritim Pulau Pinang Tahan Kapal Tangki Berlabuh Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 360 hits
GEORGETOWN 6 Januari Maritim Negeri Pulau Pinang berjaya menahan sebuah kapal tangki di kedudukan 26 batu nautika Barat Muka Head Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata pemeriksaan telah dilakukan ke atas kapal tersebut dengan nama pendaf...
Touch N Go Ewallet Tiba Di Bandar Warisan Pulau Pinang

Touch N Go Ewallet Tiba Di Bandar Warisan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 440 hits
Touch n Go eWallet membawa kemudahan transaksi tanpa tunai kepada para penduduk Pulau Pinang termasuk di jalan jalan warisan George Town Pulau Pinang 3 Januari 2020 Touch n Go eWallet membawa dunia tanpa wang ke Pulau Pinang melalui rakan n...
Muhammad Umar Syazuli Dan Awatif Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang 2020

Muhammad Umar Syazuli Dan Awatif Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang 2020

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 512 hits
Muhammad Umar Syazuli Mohd Tahir dan Awatif Abd Majid masing masing dinobatkan johan Tilawah Al Quran Ke 63 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung dekat Dewan Millenium Kepala Batas di sini malam tadi Kemenangan tersebut melayakkan ...
Guna Template Ini Untuk Buat Laporan Jpj Atas Kesalahan Salah Guna Lorong Kecemasan

Guna Template Ini Untuk Buat Laporan Jpj Atas Kesalahan Salah Guna Lorong Kecemasan

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 864 hits
Kita biasa lihat terutamanya jika keadaan trafik sesak ketika balik kerja pergi kerja atau perayaan iaitu penggunaan lorong kecemasan Apa keperluan mereka orang ramai tengah hadap jammed mereka senang je guna lorong kecemasan Ada juga kita ...
Kompang Warisan Johor

Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

Sue Tuya Seafood And Shell Laut

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

10 Aktiviti Outdoor Di Gopeng Perak

Seeing Green A Hi Vis 74 Rickman Cr900 Selling At Mecum

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Welcome 2025 Nak Tenang

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup

17 Cedera Diamuk Gajah

Top Commentators Of December 2024 Tahniah Blogger Suria Amanda