Biodata Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang Exco
Biodata Ketua Menteri Pulau Pinang & Senarai Barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal baharu pada 13 Ogos 2023.
Istiadat mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dekat Seri Mutiara.
Pada majlis istiadat tersebut, Kon Yeow, 65, menerima watikah pelantikan dan disusuli dengan istiadat lafaz sumpah memegang jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Ketua Menteri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15.
Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota kemudiannya menandatangani surat cara pelantikan dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Sayuthi Bakar.
Berikut dikongsikan serba sedikit profil dan biodata tokoh Ketua Menteri Pulau Pinang ini.
Biodata Ketua Menteri Pulau Pinang
NAMA : CHOW KON YEOW
Umur : 65 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan tinggi : Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia
JAWATAN DALAM KERAJAAN
Mac 2008 – Mei 2013:
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik & Alam Sekitar
9 Mei 2013 :
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik & Tebatan Banjir
14 Mei 2018 :
Angkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang
13 Ogos 2023 :
Angkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang penggal kedua
WAKIL RAKYAT
Oktober 1990
ADUN DAP Pengkalan Kota
November 1999 – 2008
Ahli Parlimen DAP Tanjong
Mei 2018
Ahli Parlimen DAP Tanjong
Nov 2022 hingga kini
Ahli Parlimen DAP Batu Kawan
POLITIK
1986 – 1990
Setiausaha Politik kepada Tan Sri Lim Kit Siang
1989
Penolong Setiausaha DAP Pulau Pinang
1991
Setiausaha DAP Pulau Pinang
5 Disember 1999
Pengerusi DAP Pulau Pinang
19 Ogos 2001
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP
9 September 2004
Naib Pengerusi DAP
23 Ogos 20228
Naib Pengerusi DAP
16 Disember 2012
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP
1 Disember 2013
Pengerusi DAP Pulau Pinang
2021 hingga kini
Pengerusi DAP Pulau Pinang
BARISAN EXCO KERAJAAN PULAU PINANG 2023
Ketua Menteri Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi
Chow Kon Yeow (ADUN Padang Kota)
Timbalan Ketua Menteri 1, Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat
Prof Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid (ADUN Batu Maung)
Timbalan Ketua Menteri 2, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi
Jagdeep Singh Deo (ADUN Datok Keramat)
Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar
Rashidi Zinol (ADUN Sg Acheh)
Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital
Zairil Khir Johari (ADUN Tanjong Bunga)
Pelancongan dan Ekonomi Kreatif
Wong Hon Wai (ADUN Paya Terubong)
Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam
Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang)
Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa
H’ng Mooi Lye (ADUN Jawi)
Belia, Sukan dan Kesihatan
Gooi Zi Sen (ADUN Padang Lalang)
Perumahan dan Alam Sekitar
Datuk Seri S. Sundarajoo (ADUN Perai)
Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi
Fahmi Zainol (ADUN Pantai Jerejak)
Sumber infografik : Facebook
Baca juga:
DS Muhammad Sanusi Md Nor – Menteri Besar Kedah
Dato’ Hj Mohd Nassuruddin bin Daud – Menteri Besar Kelantan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/ketua-menteri-pulau-pinang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ketua-menteri-pulau-pinang