Pulau Perhentian Antara Pulau Wajib Dikunjungi


Pulau Perhentian antara destinasi pelancongan yang popular kat Malaysia. Dikenali sebagai syurga marin dan menjadi sebahagian daripada Taman Laut Negara Malaysia. Pulau Perhentian juga terkenal dengan kecantikan alam semula jadi seperti pantai yang putih bersih, air laut jernih membiru yang kaya dengan coral menarik, pelbagai jenis ikan serta hidupan laut

Baru-baru ini aku berpeluang bercuti 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian Kecil. Aku decide nak ambil pakej terus sebab pergi time hujung minggu dan confirm la ramai orang. Kalau walk in dibuatnya chalet atau resort dah full, tak ke haru. Lagipun ini kali pertama datang sini. Jadi survey punya survey dapat la pakej yang sesuai di hati, RM 269 seorang untuk tiket bot pergi balik, penginapan dan snorkeling

Tiba hari kejadian, aku bertolak dari Kota Bharu jam 7 pagi dengan menaiki kenderaan sendiri. Sampai di Jeti Kuala Besut lebih kurang sejam kemudian. Kalau naik flight, korang perlu turun dekat Airport Kota Bharu kerana lebih dekat dengan Jeti Kuala Besut berbanding Airport Kuala Terengganu. Kalau korang naik kereta sendiri, boleh parking kereta kat belakang Hotel Ain dengan bayaran RM 10 sehari. Tempat parking lain aku kurang pasti ada ke tidak
Ain Hotel
Dah selesai parking dan briefing semua, boleh tunggu bot kat Terminal Pelancongan, berhadapan dengan Hotel Ain. Dalam Terminal Pelancongan ni ada kedai makan dan kedai cenderahati. Nanti boleh beli ole-ole kat sini 😊 Sebelum nak masuk area tempat menuggu bot, korang perlu membayar cukai laut sebanyak RM 5 seorang dewasa
Jeti Kuala Besut
Perjalanan menaiki bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil memakan masa lebih kurang 40-45 minit. Yang mabuk laut kena makan ubat siap-siap sebab botnya memang laju dan rasa terhentak-hentak bila dilambung ombak kuat. Rasa bergegar perut 😵 Nasib aku bukan jenis mabuk laut. Haha

Penginapan di Pulau Perhentian KecilLepas sampai di Jeti Coral Bay, terus cari resort untuk check in. Aku menginap di Tivolli Inn. Resort ni agak ke dalam hutan sikit. Lepas turun dari jeti, korang perlu cari pintu gerbang Ombak Dive Resort. Korang masuk dalam tu, nanti akan ada signboard Long Beach. Korang ikut arah situ dan perlu mendaki bukit untuk sampai ke sana. Nak kata bukit tinggi sangat tu takde la, tapi disebabkan dah jalan jauh, bawa beg berat....memang menguji fizikal juga. Haha. Resort ni takde la mewah sangat, tapi cukup la setakat buat tidur dan rehatTivolli InnKincir Angin Pulau PerhentianLepas check in, rehat kejap dan decide nak ke Windmill lepas Zohor tapi disebabkan hujan terpaksa drag sikit. Lebih kurang jam 2 lebih aku start keluar bilik. Dari Tivolli In nak ke Windmill, korang perlu cari Long Beach yang cuma 8 minit berjalan kaki. Kat Long Beach, korang kena cari Awatif Campsite. Haa, laluan hiking nak ke Windmill area situ la. Kalau tak jumpa sila la tanya orang-orang dekat situ. Hihi
Trek ke Windmill
Ok, sekali lagi fizikal dan mental diuji. Nak sampai ke puncak Windmill lebih kurang 30 minit tapi dia punya track tak susah sangat pun. Dalam penat tu rasa berbaloi basah tiak sebab korang dapat lihat view laut yang cantik dari puncak 😂 Kat sini la nak bergambar banyak-banyak
Puncak Windmill
Windmill
Kat sini takde aktiviti lain boleh buat selain bergambar dan menikmati panorama. Dah puas hati bergambar, kena berjalan lagi turun puncak. Semasa turun takde la penat macam hiking tadi. Lepas turun dari Windmill, hari pun masih cerah, aku lepak kat Long Beach kejap pekena ABJ. Kat sini la kena jaga mata sikit sebab ramai minah saleh berbikini. 😂Air Batu Jagung berharga RM5Aktiviti di Long BeachPada waktu malam takde aktiviti nak buat, cuma keluar cari makan kat Long Beach. Korang jangan risau, sepanjang Long Beach memang banyak kedai makan cuma kena expect makanan kat sini agak mahal berbanding di darat. Tapi takpela, sekali-sekala je kan. Huhu. Sambil makan boleh menikmat angin pantai dan menonton pertunjukan api.
Kedai Makan di Long BeachNasi Goreng RM 8FireshowSnorkeling Pulau PerhentianJam 11 pagi keesokannya, aktiviti yang wajib dilakukan kalau datang ke pulau. Snorkeling time! Ini merupakan kali pertama aku snorkeling. Memang la ada rasa takut sikit tapi kita cuba 😆 Kalau ikut dalam pakej yang aku ambil ada 5 point.

1. Fish point2. Shark point3. Fishermen Village4. Turtle point5. Lata Air Berani

First point, aku dibawa ke pantai, tapi aku tak tau nama pantai tu. Huhu. Kat sini macam tempat korang nak practice snorkeling la bagi beginner macam aku ni

Practice kat situ dalam 20 minit, selepas itu, bergerak ke point yang ke-2, Fish Point. Kat sini korang boleh nampak Terumbu Karang dan pelbagai jenis ikan yang comel-comel. Seterusnya, aku dibawa ke Shark Point. Kat sini korang takde la nampak banyak shark macam korang nampak ikan kat point sebelum ni. Hari tu terjumpa seekor sahaja. Tu pun hanya sekilas. Haha. So, sebab shark takde, kejap jela berendam kat sini
Kg Nelayan
Kemudian, Boatman membawa kami ke Fishermen Village atau Kg Nelayan untuk mengisi perut. Di Kg Nelayan ini merupakan satu-satunya penempatan yang ada kemudahan seperti klinik, masjid dan sekolah. Aku tak sempat nak pusing-pusing dikawasan ini memandangkan Boatman memberi masa selama 1 jam sahaja disini untuk makan

Lepas kenyang, kami ke Turtle Point. Time ni nasib baik jumpa la juga walau seekor penyu. Haha. Kat sini pun tak singgah lama sebab semua orang tak nak turun ke dalam air. Mungkin sebab penyu tak meriah dan masing-masing pun dah penat
Lata Air Berani
Ok, last point. Aku fikir point terakhir ni pergi ke Lata Air Berani tapi tak pergi pun.😒 Memang kecewa sebab realiti tak sama dengan iklan. Huhu. Dalam pakej Lata Air Berani termasuk dalam aktiviti. Untuk pengetahuan korang, yang unik di Lata Air Berani adalah terdapat sebuah kolam yang airnya tidak pernah kering sama sekali. Air tawar misteri ini menjadi tumpuan ramai orang untuk bermandi-manda kerana kesegaran yang dirasakan bila air yang sejuk bak ais ini terkena pada badan! Tak dapat aku merasa mandi kat sini. Tapi kat last point tu Boatman singgah kat pantai yang aku tak tahu nama. Jadi mandi kat situ jela

Hari terakhir dah tiada aktiviti nak buat. Tiba masa untuk check out resort dan pulang ke darat. Ok, dah berakhir percutian 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian Kecil. Jikalau korang pergi 2 hari 1 malam pun dah ok sebenarnya. Tapi disebabkan aku rasa tak nak rushing sangat, jadi aku pergi selama 3 hari. Pulau Perhentian sesuai menjadi lokasi percutian idaman bagi sesiapa sahaja samada keluarga, kumpulan atau individu. Kalau korang dah biasa, boleh merancang percutian sendiri tanpa memerlukan pakej. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hajarshikin.com/2019/12/pulau-perhentian-antara-pulau-wajib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Wisata Alam Solo Raya Yang Memukau Mata Wajib Dikunjungi

7 Wisata Alam Solo Raya Yang Memukau Mata Wajib Dikunjungi

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 207 hits
Wisata alam Solo raya yang sebenarnya dapat memanjakan mata selama ini memang belum diketahui
Pulau Belitung Indonesia 6 Tempat Wajib Pergi Dan Tips Travel Di Belitung

Pulau Belitung Indonesia 6 Tempat Wajib Pergi Dan Tips Travel Di Belitung

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 737 hits
Bagi peminat percutian pulau Pulau Belitung yang terletak di Timur Sumatra merupakan salah satu pulau yang wajib korang pergi Dengan keindahan pulau yang boleh dikatakaan sebagai syurga dunia ini pastinya membuatkan percutian korang bertamb...
Majikan Wajib Daftar Pekerja Asing Dengan Perkeso Mulai 1 Jan Kata Mahfuz

Majikan Wajib Daftar Pekerja Asing Dengan Perkeso Mulai 1 Jan Kata Mahfuz

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 285 hits
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mahfuz Omar KOTA KINABALU Bermula 1 Jan depan majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial ...
Umrah Wajib Sekali Seumur Hidup Part 3

Umrah Wajib Sekali Seumur Hidup Part 3

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 378 hits
Umrah Wajib Sekali Seumur Hidup Part 3 Asalamualaikum Salam Sejahtera Semua Mengenang kembali bagaimana tercetusnya Kembara Umrah pertama Etuza dan isteri Etuza teringat ketika sedang membaca mesej yang bertubi tubi dalam Instagram mahupun ...
Setiap Kali Prk Mesti Wajib Fitnah Najib

Setiap Kali Prk Mesti Wajib Fitnah Najib

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 443 hits
Akuan bersumpah oleh banduan yang menunggu ke tali gantung Azilah Hadri yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu bukan sesuatu yang mengejutkan Menurut Presiden Parti Cinta Malaysia Dat...
5 Tips Penting Yang Wajib Kita Buat Untuk Dapatkan 1000 Follower Pertama Yang Aktif Di Instagram

5 Tips Penting Yang Wajib Kita Buat Untuk Dapatkan 1000 Follower Pertama Yang Aktif Di Instagram

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 395 hits
Hai kalian Sedar tak sedar kita sudah menghampiri ke penghujung tahun 2019 Masuk ke suku tahun keempat tahun ini Ok lah Sekarang ini Instagram sudah semakin kehadapan dengan pelbagai fungsi terkini Pantang larang dalam bersosial di paltform...
4 Blind Spot Pada Truk Dan Kendaraan Besar Yang Wajib Kamu Ketahui Salah Strategi Bisa Habis

4 Blind Spot Pada Truk Dan Kendaraan Besar Yang Wajib Kamu Ketahui Salah Strategi Bisa Habis

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 245 hits
Banyak pengendara yang nggak tahu di mana letak blind spot truk alhasil nasibnya pun berakhir tragis
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui