Pulau Batu Puteh Vs Pulau Langkawi


 











Teliti betul betul jawapan Mahathir
Isu Pulau Batu Puteh: Dr Mahathir jawab Sultan JohorDr Mahathir MohamadDiterbitkan:  Oct 20, 2021 6:46 PM⋅Dikemaskini: 6:54 PMULASAN l Tidak wajar kita banding Langkawi dengan Pulau Batu Puteh.
Langkawi adalah pulau yang diiktiraf sebagai pulau milik Malaysia sedangkan Pulau Batu Puteh ialah beting atau dengan izin sandbank yang dituntut oleh dua negara.
Langkawi tidak pernah dituntut oleh Siam dan pegawai kerajaan negeri Kedah tidak pernah menyatakan kepada Siam bahawa Kedah tidak anggap Langkawi bukan milik Kedah.
Sebaliknya kerajaan Johor melalui surat telah menyatakan bahawa Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh sebagai milik kerajaan Johor.
Kemudian Malaysia mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Maka ini dipertikai oleh Singapura. Dan berlakulah kontroversi.
Percubaan secara rundingan untuk Malaysia memiliki semula Pulau Batu Puteh bertahun-tahun tidak berjaya. Singapura masih mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura.


Apa pilihan kita?
Kita boleh berperang untuk rampas Pulau Batu Puteh. Tetapi kos dan korbanan jiwa amat tinggi. Ia tidak dapat diterima oleh kita. Lagi pun belum tentu kita menang.
Kita terus berunding tetapi tidak menghasil apa-apa keputusan.
Kita, dan juga Singapura bersetuju untuk rujuk kepada International Court of Justice (ICJ).
Tetapi untuk ini kedua-dua pihak perlu berjanji secara bertulis akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ICJ. Tidak ada rayuan terhadap keputusan ICJ. Keputusan ICJ adalah muktamad.
Rujukan kepada ICJ hanya akan diterima oleh ICJ jika perjanjian menerima tanpa soal dan keputusannya dihormati.
Negara yang bermaruah mesti hormati janji. Hanya negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji.


Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah.
Sebab itu sebelum berjanji kajian sedalam-dalamnya perlu dibuat. Jika tidak yakin jangan buat janji.
Malaysia mempunyai dasar liberal dalam pemilikan tanah. Siapa sahaja boleh milik tanah. Bukan warganegara pun boleh milik tanah.
Ini mendedahkan negara pada kehilangan tanah yang sudah dimiliki oleh orang asing. Jika sebahagian yang besar tanah dimiliki oleh orang asing maka negara sudah tidak lagi secara fizikal, tanah milik warga negara.
Inilah yang berlaku di Singapura. Walaupun Singapura asalnya milik negeri Melayu, hari ini ia sudah jadi negara asing.
Hari ini walaupun negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu, tetapi orang Melayu sendiri sudah kehilangan tanah mereka. Nasib baik yang memiliki tanah yang bernilai tinggi dan besar dimiliki oleh warga Malaysia.


Satu lagi cara untuk hilang negara ialah dengan menjual tanah yang digali dalam negara atau laut milik negara kepada negara lain.
Secara langsung kita menjual sebahagian dari negara kepada negara lain. Jika tanah yang dijual adalah untuk menambak dan membesar negara lain, dia tidak berbeza dengan menjual bahagian-bahagian tertentu negara kepada negara lain.
Hari ini kita jual air dan tanah berlori-lori dan berkapal-kapal ke negara lain guna untuk membesar negara mereka.
Atau kita jual laut untuk ditambak dan dimiliki serta diduduki oleh orang lain, keadaannya tidak berbeza dari menjual bahagian-bahagian negara kepada negara asing.
Kita jual Singapura. Lazimnya apabila penjajah tidak lagi berminat, tanah yang dijual dikembalikan kepada negara asal. Itulah yang terjadi kepada Hong Kong, Goa, Pondicherry. Tetapi tidak Singapura. Tanah dan air yang kita jual ke Singapura untuk membesar pulau itu menjadi kawasan milik penduduk Singapura, dibangun di bawah kuasa kerajaan Singapura.
Itulah sebabnya kerajaan Malaysia melarang penjualan tanah kita dan mempertikai jualan air kepada negara asing. Malangnya beberapa pentadbiran Kerajaan Malaysia rela untuk dibayar 3 sen untuk 1000 gelen air mentah kepada negara asing kerana malas atau takut menuntut hak.


DR MAHATHIR MOHAMAD ialah bekas perdana menteri dan ahli parlimen Langkawi. Tulisan ini asalahnya dipetik dari blognya dengan tajuk “Langkawi vs Pulau Batu Puteh”.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


cikminahThursday, October 21, 2021 2:44:00 AM
Ya, memang teliti tulisan ini. Tulisannya sangat tepat dan jelas, berpandukan sejarah. Tiada siapa boleh membuat laporan polis, menuduhnya menghina raja. Sah, Tun memang seorang negarawan terulong.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangmanexpress.blogspot.com/2021/10/pulau-batu-puteh-vs-pulau-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Dap Setuju Mungkin Kehilangan Pulau Batu Puteh Kerana Mahathir

Pemimpin Dap Setuju Mungkin Kehilangan Pulau Batu Puteh Kerana Mahathir

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 199 hits
Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir Kenyataan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab atas kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura mungkin ada benarnya kata Timb...
Kehilangan Pulau Batu Puteh Bn Lah Puncanya Amanah Johor

Kehilangan Pulau Batu Puteh Bn Lah Puncanya Amanah Johor

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 204 hits
October 12 2021 Kehilangan pulau Batu Puteh BN lah puncanya Tindakan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menuding jari kepada kerajaan Pakatan Harapan berhubung isu Pulau Batu Puteh didakwa hanyalah bermotifkan politik...
Amanah Dakwa Bn Sebabkan Malaysia Hilang Pulau Batu Puteh

Amanah Dakwa Bn Sebabkan Malaysia Hilang Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 228 hits
Tindakan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menuding jari kepada kerajaan Pakatan Harapan berhubung isu Pulau Batu Puteh didakwa hanyalah bermotifkan politik Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Johor Dzulkefly Ahma...
Why We Let Pulau Batu Puteh Go By Dr M

Why We Let Pulau Batu Puteh Go By Dr M

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 238 hits
Dr Mahathir Mohamad said that both countries had agreed to abide by the ICJ decision when they first referred the Pulau Batu Puteh matter to the international court PETALING JAYA Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has sought to clari...
Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet

Mahathir Arah Batalkan Permohonan Semula Pulau Batu Puteh Tanpa Kebenaran Kabinet

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 257 hits
Oleh Nurul Aisyah KEDAULATAN negara sewenang wenangnya dicagar oleh Mahathir Episod sedih ini tidak mungkin dapat kita terima Bukti bukti salahlaku dan salah guna kuasa yang Mahathir buat ketika proses pembatalan permohonan semula Pulau Bat...
Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 232 hits
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan kes Pulau Batu Puteh pada 2018 atas alasan ia tidak boleh dimenangi PETALING JAYA Kenyataan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungj...
Q A Isu Pulau Batu Puteh

Q A Isu Pulau Batu Puteh

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 299 hits
Q A ISU PULAU BATU PUTEH Perdana Menteri Ismail Sabri umum tubuh pasukan khas untuk kaji dan ambil tindakan undang undang ke atas pihak yang di dapati melakukan kecuaian dan kekhilafan kerana tidak meneruskan permohonan semakan penghakiman ...
Pulau Batu Puteh Sultan Johor Mahu Penjelasan Tindakan Kerajaan Tun M Dulu

Pulau Batu Puteh Sultan Johor Mahu Penjelasan Tindakan Kerajaan Tun M Dulu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 348 hits
Mengapa soal kedaulatan Johor seperti tak penting pada waktu itu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu tindakan diambil ke atas pihak ...
Johor Sultan Demands Clear Explanation Why Pulau Batu Puteh Case Dropped

Johor Sultan Demands Clear Explanation Why Pulau Batu Puteh Case Dropped

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 253 hits
JOHOR BARU Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar demands a clear explanation why the Federal Government under Tun Dr Mahathir Mohamad in 2018 dropped the review application for the Pulau Batu Puteh case in the Internation...
Umno S Ethno Religious Agenda Caused Mca Mic Decline Urimai

Cream O Pop Stick Buat Sendiri Goodies Comel Untuk Majlis Hari Jadi Anak

Rumah Idaman Lokasi Hebat Harga Tak Masuk Akal Hanya Di Laman Sendayan 2

Virus Hfmd Serang Sekolah Panik Attack Mode On

To Avoid A Stress Life Take A Holiday Or A Break From Work Or Normal Routine

Pinjaman Dalam Talian Di Malaysia Cepat Mudah Dan Aksesible Untuk Setiap Orang

Rebut Peluang Hebat Di Laman Sendayan 2 Sebelum Terlambat

Kenangan Dari Perak Ke Johor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Syok Juga Tanam Nenas Belakang Rumah

Rafeah Buang 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

Lunch Daging Salai Lemak Cili Api

Jessc Feat Fauziah Latiff Tak Terpisah Chord

The New 2026 Corvette Facelift Has An Upgraded Interior

Work In Progress A Flawless Harley Sportster 883 By Mule