Puisi Usman Awang




Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah muallaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

- Usman Awan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kutukandewata.blogspot.com/2019/05/puisi-usman-awang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Memang Benci Hadi Awang Semenjak Zaman Abim Lagi

Anwar Ibrahim Memang Benci Hadi Awang Semenjak Zaman Abim Lagi

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 391 hits
Pas mengambil sikap terbuka dan mengalu alukan pendedahan yang ingin dibuat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai parti itu Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata terpulanglah kepada Anwar untuk mendedahkan apa apa sahaja ...
Malaysia Dalam Islam Raja Pun Di Bawah Undang Undang Hadi Awang

Malaysia Dalam Islam Raja Pun Di Bawah Undang Undang Hadi Awang

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 431 hits
Kenyataan Hadi Awang itu muncul semasa berlaku pertelagahan antara Tun Mahathir dan istana Johor Foto Astro AwaniPresiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam meletakkan ketua negaranya sama ada yang bergelar raja khalifah imam ata...
Pegawai Atasan Atm Didakwa Nukil Puisi Syiah

Pegawai Atasan Atm Didakwa Nukil Puisi Syiah

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 494 hits
MALAYSIAKINI Seorang pegawai atasan Angkatan Tentera Malaysia didakwa menukilkan surat yang disertakan bersama puisi yang mengupas isu fahaman Syiah dan negara Iran Malaysiakini difahamkan surat berkenaan yang dipercayai diedarkan untuk seb...
Selepas Gambar Solat Puisi Syiah Nukilan Pegawai Atasan Atm Pula Tersebar

Selepas Gambar Solat Puisi Syiah Nukilan Pegawai Atasan Atm Pula Tersebar

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 576 hits
Tak habis habis berbalah sesama kelompok ummah semua marah terutama Ahli Sunnah Wal Jamaahdisebabkan kitab punya sejarah Jika kita amati realitinya negara Iran yang dikatakan Syiah tak dengar ada huru hara sini sana sebaliknya negara Islam ...
Puisi 26 Ketika Mata Semakin Kabur

Puisi 26 Ketika Mata Semakin Kabur

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 400 hits
PUISI 26 KETIKA MATA SEMAKIN KABUR Segala penulisan puisi dalam blog ini adalah dari hasil ciptaan busyratakiyudin tanpa sebarang copy paste dari mana mana pihak Hanya sekadar suka suka dan menulis berdasarkan pengalaman kehidupan pemerhati...
Projek Poemportraits Ingin Menjadikan Gambar Swafoto Anda Dipenuhi Dengan Kata Kata Puisi

Projek Poemportraits Ingin Menjadikan Gambar Swafoto Anda Dipenuhi Dengan Kata Kata Puisi

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 308 hits
Bermula Mei ini Google Arts Culture telah berkerjasama dengan Es Devlin bagi penghasilan projek puisi yang dinamakan sebagai PoemPortraits Apa yang menarik projek uji kaji ini menggabungkan teknologi kecerdasan buatan dan kreativiti manusia...
Kolaborasi Tiga Musisi Loonaq Angkat Puisi Pendiri Mazhab Syafi I

Kolaborasi Tiga Musisi Loonaq Angkat Puisi Pendiri Mazhab Syafi I

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 279 hits
Sugiri Jafar Hendra Musisi dan Rachman Noer Quang Menuangkan pesan pesan dakwah lewat lagu religi bisa saja dikemas dengan genre musik apapun Hendra Musisi Sugiri Jafar dan Rachman Noer Quang tiga musisi dari label musik Loonaq Record asal ...
Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang

Perak One Of Malaysia S Top Durian Producing States Last Year Says Mb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beruntungnya Jadi Kaki Masjid

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai Paling Sedap Goreng Tumis

Hutang Baru Tambah 5 Billion Pmx Umum Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat

Tentang Blog Ini

Saham As Melonjak S P 500 Catat Rekod Keenam Pengeluar Cip Melonjak

Exco Nafi Dakwaan Pas Kerajaan Pahang Gagal Uruskan Ekonomi Kos Sara Hidup Meningkat Dan Kurang Peluang Pekerjaan