Beruntungnya Jadi Kaki Masjid
Kaki Masjid, beruntungnya kamu! Dan bertuahnya kamu yang jadi lelaki kaki masjid, ganjaran pahala kmau berganda-ganda. Tak suka ke? Manakala, kaum wanita digalakkan beribadah di rumah sahaja. Kaki masjid walau pada mulanya langkah dipaksa, lama kelamaan jadilah sukarela dan cintakan masjid. Alhamdulillah.. semoga kalian istiqamah ya duhai kaki masjid.

11 BERITA GEMBIRA UNTUK KAKI MASJID, UNTUNGNYA KAMU!
"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!"
1. "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid² Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9 : 18)." - (Riwayat Ibn Majah)
2. "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." - (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)
3. "Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid² untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." - (Riwayat Ibn Majah)
4. "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga :i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)
5. "Tidak berkumpul suatu kaum di mana² rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut² mereka di depan malaikat²."(Riwayat Muslim)
6. "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya ... seseorang yang hatinya terpaut pada masjid²." - (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula."
7. "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)
8. "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." - (Riwayat al-Tirmizi)
9. "Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." - (Riwayat al-Baihaqi)
10. "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." - (Riwayat Ahmad)
11. "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar² Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." - (Al-Hajj 22 : 32)
"Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."(Al-Hujurat 49 : 13)
"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu." - (Riwayat Abu Dawud) Bersyukurnya kita jika jadi insan terpilih digerakkan hati dan langkah kaki ke masjid. Tidak 5 waktu solat fardhu, setidaknya Subuh, Maghrib dan Isyak tempatmu bersedia di masjid untuk solat fardhu berjemaah
Semoga iman dan amal kita seiringan hendaknya. Insha Allah.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2025/07/beruntungnya-jadi-kaki-masjid.html