Puding Sagu Gula Melaka



Begitu cepat masa berlalu, dah hampir separuh kita berada dalam bulan Ramadhan. Bila melihat perkembangan Medina, cucunda saya yang dah boleh berjalan sendiri pun, saya terasa betapa pantas masa berlalu. Masa akan sentiasa bergerak. Ramadhan juga akan terus meninggalkan kita jika tidak mengisi masa sebaik baiknya. Jika waktu saya masih bekerja, masa masa di dalam bulan Ramadhan lagi sangat pantas. 

Ada hikmah nya Perintah Kawalan Pergerakan dalam Ramadhan kali ini. Sekurangnya mereka yang masih bekerja dapat mengisi bulan ini di rumah sambil work from home. Ramadhan sebelum ini terutama di 10 malam akhir, saya mengambil cuti separuh hari sebelah pagi untuk malam malam ganjil. Ianya bagi membolehkan saya mengganti waktu tidur sebelum ke pejabat. 

Bulan Ramadhan tahun ini, semua yang masih bekerja boleh melakukan lebih amal ibadah di 10 malam akhir tanpa perlu mengambil cuti pun. Tanpa perlu bersara seperti saya pun. Ini juga adalah satu bonus yang Allah berikan untuk anda semua. Ini bonus yang Allah bagi. Jangan ingat duit yang dapat hujung tahun sahaja sebagai bonus. OK cukup setakat ini dahulu. 

Jika kuih sagu dengan kelapa adalah kuih kegemaran Nellisa, puding sagu gula Melaka pula adalah kegemaran Juita. Juita dah pandai menyediakannya sendiri kuih kegemaran dia ini. Telah beberapa kali dia menyediakan sendiri. 

Menyediakan kuih ini sangat mudah. Tak perlu sukatan air pun kerana akhirnya kita akan tapis dan buang lebihan air. Letak lebih pun tak apa kerana kita akan memasak sehingga sagu jernih. Ada sikit sikit masih putih pun tak apa. 


Ada beberapa versi kita boleh menyediakan puding sagu gula Melaka. Satu seperti yang saya sediakan hari ini di mana sagu yang siap dimasukkan dalam bekas. Bila masa untuk dimakan, tuang santan atau susu cair dan air gula Melaka. 

Satu lagi pula, selepas sagu siap ditos, masukkan terus sagu ke dalam air gula Melaka. Kacau rata supaya sagu dan air gula Melaka sebati. Bila masa untuk dimakan, tinggal dituang sahaja susu cair atau santan. Cara ini sagu lebih terasa sebati dengan air gula Melaka. 

Cara pertama, sagu masih kekal sagu ketika disudukan ke dalam mulut. Cara ini juga, lebih presentable jika mahu dihidangkan. Dan boleh simpan lebih lama, boleh ditutup dengan plastik wrap. 

Buatlah mana mana cara pun, asal sesuai dengan selera. Atau cuba kedua dua cara supaya dapat dipelbagaikan hidangan pada famili kita. Barulah ada kelainan rasa untuk puding sagu gula Melaka. 

Jom layan resepi yang saya salin di bawah ini. Boleh klik di SINI untuk video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel. Selamat mencuba...



Puding Sagu Gula Melaka Oleh: Azie Kitchen

Sagu:1 cawan biji sagu 1 liter air atau lebihPewarna kegemaran

Cara-cara:Rendam biji sagu seketika dan tos. 

Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. 

Sentiasa dikacau supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambah air jika tidak cukup air. Tutup api dan masukkan air ke dalam periuk sagu dan kacau rata.

Toskan sagu dalam bekas penapis untuk buang lebihan air. Lalukan dibawah air paip yang mengalir sambil dikacau untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau rata menggunakan garfu.


Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.  

Nota: boleh juga terus dimasukkan sagu ke dalam air gula Melaka dan kacau rata. Masukkan dalam bekas sesuai dan sejukkan. Bila hendak makan, tuang susu cair atau santan yang telah dimasak. 


Untuk Manisan:1 keping gula melaka - 100 gram1 sudu besar gula pasir½ cawan air1 helai daun pandan - simpul½ sudu besar tepung jagung - bancuh dengan air
Cara-cara:Satukan semua bahan kecuali tepung jagung, masak hingga gula larut dan mendidih. 


Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Bolehlah tutup api.



Santan:1 cawan santan¼ sudu kecil garam

atau:Susu cair

Santan dimasak dengan sedikit garam. Sedia untuk digunakan. 

Cara Menghidang:Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan susu cair. Letak 1 sudu jagung manis. Sedia untuk dinikmati.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/05/puding-sagu-gula-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sagu Gula Melaka Dan Tips Sagu Tak Melekat

Resepi Sagu Gula Melaka Dan Tips Sagu Tak Melekat

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 829 hits
Resepi Sagu Gula Melaka Dan Tips Sagu Tak MelekatAssalamualaikum dan salam sejahtera Salam Ramadhan ke 10 hari ini Apa juadah korang masa berbuka tadi Mesti meriahkan KG hari ini masak Buntut Ayam masak kicap Ikan Goreng Bihun goreng dan Ro...
Nasi Jagung Berlaukkan Ayam Masak Merah Aca Timun Sagu Gula Melaka Pembuka Ramadhan

Nasi Jagung Berlaukkan Ayam Masak Merah Aca Timun Sagu Gula Melaka Pembuka Ramadhan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 662 hits
Salam to all readers Dikesempatan ini aku nak mengucapkan salam ramadhan al mubarak buat kaum Islam Alhamdulillah selesai sudah hari pertama macam mana hari ini Okay Pagi tadi aku nyaris nyaris terlajak sahur terjaga pukul 5 20am sempatlah ...
Video Dan Resepi Air Sagu Gula Melaka Ala Khairul Aming

Video Dan Resepi Air Sagu Gula Melaka Ala Khairul Aming

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 824 hits
Video Dan Resepi Air Sagu Gula Melaka Ala Khairul Aming Siapalah tak jatuh cinta dengan masakan masakan simple oleh chef insta kita yang sorang ni iaitu Chef Khairul Aming Alahaii cara dia ajar masak tu kelakar dan sempoi Kemudian adakala t...
Air Minuman Sagu Gula Melaka Instafamous Khairul Aming Yang Sangat Sedap Dan Mudah Disediakan

Air Minuman Sagu Gula Melaka Instafamous Khairul Aming Yang Sangat Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 567 hits
As Salam Air Minuman Sagu Gula Melaka Instafamous Khairul Aming Yang Sangat Sedap Dan Mudah Disediakan Alhamdulillah Selamat meneruskan ibadah puasa hari ke 2 kita pada hari ini Semoga terus kuat sabar bermotivasi dan ikhlas dalam menjalani...
Melaka Peruntuk Insentif Rm399 750 Kepada 533 Nelayan

Melaka Peruntuk Insentif Rm399 750 Kepada 533 Nelayan

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 161 hits
MELAKA 17 Ramadan 1441H Ahad Kerajaan negeri Melaka memperuntukkan insentif berjumlah RM399 750 kepada 533 nelayan di daerah Melaka Tengah yang terjejas ekoran aktiviti penambakan laut dengan peruntukan RM750 setiap seorang Pengerusi Jawata...
Melaka Speaker Ready To Face Down Any Attempt To Oust Him

Melaka Speaker Ready To Face Down Any Attempt To Oust Him

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 380 hits
MELAKA State Legislative Assembly Speaker Datuk Wira Omar Jaafar is prepared to face down any attempts to unceremoniously remove him from his position during the brief proceedings scheduled for Monday He said he expected there would be an u...
Pantai Klebang Melaka Semasa Mco

Pantai Klebang Melaka Semasa Mco

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 574 hits
Assalammualaikum Dunia Hari tue sempat lah jugak keluar tengok kawasan Pantai yang bersih Awas jangan cuba nak datang time nie Seoamjang jalan So semua rakyat Melaka dok umah jew Kalao korang nak tahu Pantai Klebang yang terkenal kat Melaka...
Ketua Umno Melaka Dilantik Pn Jadi Speaker Dun

Ketua Umno Melaka Dilantik Pn Jadi Speaker Dun

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 287 hits
Adun Perikatan Nasional hari ini berkumpul semula dan meneruskan sidang dewan undangan negeri tanpa kehadiran wakil pembangkang Mereka kemudian mengundi untuk menyokong Pengerusi Umno Melaka yang juga bekas setiausaha kerja Umno Malaysia Ab...
Shah Rukh Khan Dianugerahkan Gelaran Datuk Dari Kerajaan Negeri Melaka

Shah Rukh Khan Dianugerahkan Gelaran Datuk Dari Kerajaan Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 636 hits
Pada 7 Disember 2008 pelakon Bollywood Shah Rukh Khan mendapat gelaran Datuk selepas dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka pada sesi khas Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Pelakon itu pada awalnya ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti