Puding Roti Pandan Lembut Dan Sedap


Puding Roti Pandan Bakar dan Kukus

Puding roti adalah salah satu manisan yang mudah dibuat. Rasanya sudah pasti sedap. Sebelum ini, Mai selalu buat yang biasa saja iaitu puding roti sos kastard. Kali ini mencuba resepi baru pula, puding roti pandan bakar. 




Sedapnya puding rasa pandan ini! Rasa dan bau pandan memang ngam. Harum bau pandan tersebar ke setiap pelosok rumah ketika dibakar. Jatuh cinta terus selepas suapan pertama hehe. Teksturnya lembut. Ia sangat sedap dimakan begitu sahaja, tidak perlu sos kastard.
Cara untuk menyediakan puding roti pandan bakar ini mudah sahaja. Jenguk di dapur, melihat bahan-bahannya semua sudah tersedia. Daun pandan pula ada ditanam di tepi rumah. Apa lagi, terus sediakan perkakas untuk membuatnya. Resepi mudah ini Mai rujuk di blog Azie Kitchen dan Mai olah sedikit resepinya. Dalam perkongsian tersebut, kaedah yang digunakan adalah mengukus. Tapi Mai membakarnya di dalam oven.
RESEPI HOT: Puding Rich Chocolate, Lembut dan Penuh Rasa Coklat
Untuk puding roti pandan ini, Mai tidak menggunakan sebarang pewarna atau perisa. Cukup menggunakan warna dan rasa asli daun pandan. Tapi kalau daun pandan agak sukar ditemui, boleh saja menggunakan emulco pandan, pewarna hijau atau perisa pandan yang ada dijual di kedai bakeri atau di mana-mana kedai serta pasar raya berhampiran.
Ok, jom buat puding yang sedap ini!


Resepi Puding Roti Pandan
Bahan-bahan:
Sebuku roti Gardenia Original Classic pendek (tidak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
200 ml santan kotak
2 1/2 cawan air
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau jika mahu (Mai tidak menggunakannya, hanya guna warna asal pandan)


Bahan-bahan untuk membuat puding roti pandan

Cara membuatnya:
1. Bersihkan daun pandan, kemudian dikerat kecil. Kisar dengan air. Setelah siap, tapis untuk mendapatkan jusnya.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan pula ke dalam pengisar dan kisar sehingga gula hancur. Tapi di dalam mangkuk besar tadi.
3. Rendamkan roti sekeping demi sekeping dalam adunan tadi kemudian susun di dalam loyang. Buat sehingga habis. Penyekkan sedikit roti di dalam loyang tersebut supaya rata permukaannya. Tuang lebihan adunan atas roti.
4. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 150 . Kemudian, bakar pada suhu 150 selama 50-60 minit (suhu dna masa sila adjust mengikut oven masing-masing ya).
5. Siap! Boleh dihidangkan panas-panas atau sejuk. Untuk menikmatinya ketika ia sejuk, simpan dalam peti sejuk.
Anda boleh menonton video di bawah ini untuk lebih lanjut tentang cara membuatnya. Jangan lupa subscribe ya hehe


Mudah je kan cara untuk membuatnya? Selain daripada membakar, anda juga boleh mengukus. Kukus dengan api sederhana sehingga masak.
Ummpphhh sedapnya! Mai suka makan puding roti pandan ini ketika ia masih panas, nikmat sangat hehe. Kalau sejuk pun sedap tau. Rasa macam makan kek yang lembut je. nyummmmsss
Rupa selepas dibakar. Yummmmy!
Ada masa nanti, jangan lupa untuk mencuba resepi  puding roti pandan ini ya. Selamat mencuba!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2021/01/puding-roti-pandan-lembut-dan-sedap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Jala Lembut Dan Sedap Makan Dengan Kuah Kari

Roti Jala Lembut Dan Sedap Makan Dengan Kuah Kari

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 918 hits
Roti Jala Lembut Dan Sedap Makan Dengan Kuah Kari Haaaa tajuk biar panjang hingga semua orang terus ingat akan resepi kali ini Resepi untuk sarapan atau minum petang anda Sedap di makan panas panas tetapi jika pandai buat dan kena dengan ba...
Tambah Susu Tepung Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap Gebu

Tambah Susu Tepung Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap Gebu

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 308 hits
Donat Pandan Susu perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni nampak sedap dan gebu Bau pandan yang harum wangi memang menambat selera Warna hijau yang menarik dan lebih rasa lemak dengan tambahan bahan susu tepung Nak cuba buat untuk minum petan...
Resipi Roti Pisang Bakar Untuk Minum Petang Sedap Mudah Sangat Berbaloi

Resipi Roti Pisang Bakar Untuk Minum Petang Sedap Mudah Sangat Berbaloi

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 440 hits
Pernah makan roti banana kaya di Domino s Pizza Begitulah juga rasa roti pisang bakar ini tidak jauh rasa roti bakar ini dengan banana kaya tersebut Crunchy dan manis Yang penting ia mudah untuk dibuat Bahan bahan yang diperlukan juga mudah...
Resipi Muffin Pandan Sedap Gebu Bakar Guna Air Fryer

Resipi Muffin Pandan Sedap Gebu Bakar Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 446 hits
Sedapnya Muffin Pandan ni Nampak lembut dan gebu Bagi anda yang suka makan kek dan muffin resipi perkongsian saudari Nur Filzah Akma ni antara yang boleh dicuba Bakar guna air fryer je Sangat mudah kan Jika tiada air fryer boleh guna ketuha...
Tak Manis Lembut Je Ini Cara Agar Agar Marble Yang Sangat Sedap

Tak Manis Lembut Je Ini Cara Agar Agar Marble Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 402 hits
Cantiknya Agar Agar Marble perkongsian saudari Mut Tam ni Menurut beliau manisan yang diringkan resipinya mengikut cara sendiri ini mempunyai rasa yang tidak manis dan teksturnya juga lembut Memang sangat sedap Ha Apa lagi Peminat Agar Agar...
Koleksi 20 Aneka Resepi Puding Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba

Koleksi 20 Aneka Resepi Puding Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 1215 hits
Koleksi 20 Aneka Resepi Puding Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba Salam semua resepi puding memang ada peminat tersendiri Bahan utama nak buat puding kena lah ada susu Tengok lah mana mana resepi mesti ada susu Puding di buat tak kira musim yang ...
Cara Buat Kuih Lopes Sagu Yang Sedap Lembut Untuk Minum Petang

Cara Buat Kuih Lopes Sagu Yang Sedap Lembut Untuk Minum Petang

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 1185 hits
Bila tiba waktu minum petang pastinya kuih muih tradisi yang menjadi pilihan Salah satu yang mudah adalah Kuih Lopes Sagu Kuih Sagu ni Bahan tak banyak dan cara nak masaknya pun sangat mudah Sesuai dijadikan sajian pada bila bila masa Bagi ...
Cara Buat Kuih Cakoi Kuah Pandan Yang Mudah Sedap Confirm Jadi

Cara Buat Kuih Cakoi Kuah Pandan Yang Mudah Sedap Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 617 hits
Waktu petang begini memang sedap kalau dapat menikmati Kuih Cakoi panas panas Rangup diluar gebu dan lembut di dalam Memang tak puas dimakan Bagi yang suka rasa manis boleh cicah Cakoi tu dengan kuah pandan atau kastard Memang nikmat Ada ya...
Wow Punyalah Sedap Resipi Puding Karamel Tanpa Telur Ni Enaknya Makan Waktu Sejuk

Wow Punyalah Sedap Resipi Puding Karamel Tanpa Telur Ni Enaknya Makan Waktu Sejuk

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 531 hits
Jika puding karamel biasa menggunakan telur sebagai bahan utama namun resipi yang dikongsikan ini begitu unik kerana dihasilkan tanpa telur Pun begitu puding karemel tetap menjadi malah lebih lembut gebu dan cukup sedap Resipi ringkas yang ...
Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto