Puding Roti Karamel



Hari ini adalah hari kedua, negara kita melaksanakan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara. Tapi geram bila melihat betapa ramai manusia berpusu pusu di jalan raya, di stesyen bas, keretapi dsb. Kawalan pergerakan adalah untuk kita kekal berada di mana kita berada sekarang. Jika kita di bandar, kekal di bandar. Jika kita di kampung, kekal di kampung. Aduui susah jika manusia susah nak ikut arahan ni. Benda mudah jer pun. Tujuannya supaya kuman dari bandar tidak bawa ke kampung. Memang saya geram melihat mereka yang mengambil ringan akan tindakan ini.

Ini pun selaras dengan ajaran agama Islam. Selaras dengan apa yang diajar oleh Rasulullah. Jaga hubungan dengan manusia, dengan haiwan, alam dsb. Contoh hubungan dengan manusia, ialah bila sesuatu tempat ditimpa penyakit, kita jangan pergi ke tempat tersebut bagi mengelak penularan pada manusia lain. Bila kita jaga hubungan ini, maknanya kita jaga hubungan dengan Allah, yang boleh menjaga kita. 

Saya ulang semula apa yang saya kongsi sebelum ini iaitu feqah mengajarkan pengasingan orang yang ditimpa penyakit berjangkit dengan orang yang sihat. Mereka tidak boleh datang berjumpa orang sihat. Hadis ini menunjukkan perlu pengasingan. 

Seterusnya isu kuarantin iaitu hadkan pergerakan orang sihat dengan orang sakit untuk mengelak penyakit berjangkit. Taun adalah tanda kemukaan Allah, kalau kamu tahu ada penyakit, jangan pergi ke tempat itu atau jangan kamu keluar dari kawasan itu sehingga boleh merebak penyakit ke kawasan lain.

Meninggal dunia kerana sakit wabak, di mana A'isyah menanya Baginda Rasulullah tentang taun. Nabi SAW bersabda siapa kena taun kena berada tetap dalam kawasannya dengan sabar, maka jika mati, maka matinya adalah mati syahid. Tapi tidak bermakna kita boleh mendiamkan diri dengan merebakkan penyakit pada orang lain. Terutama mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling. Jangan menimbulkan bahaya pada orang lain. Dari beribu ribu yang hadir perhimpunan tersebut, hanya sedikit sahaja yang datang mendapatkan pemeriksaan. Yang lain mana pergi? Ini bukan caranya untuk mendapat mati syahid.

Lagi satu, saya nak ulas sedikit berkenaan bos bos yang tidak peka. Hanya mereka yang berada dalam perkhidmatan kritikal sahaja yang perlu bekerja. Itu pun perlu diletakkan pada tahap minimun. Bertahun tahun buat Business Continuity Plan (BCP) tapi bila masa untuk dilaksanakan, tak mahu pulak. 

Saya dapat tahu, ada jabatan yang tidak kritikal bekerja seperti biasa. Bukannya ada orang nak mohon lesen pun dalam keadaan dunia sedang dilanda krisis sekarang ini. Bukan Malaysia sahaja tapi dunia. Saya ulang sekali lagi krisis seluruh DUNIA. 

Memang bos macam ni yang jenis bossy yang mementingkan diri sendiri. Kena ingat bila staf datang bekerja, ianya telah mendedahkan dirinya kepada risiko yang boleh menjangkitkan pada anak isteri mereka. Fikirlah sedikit sebelum buat keputusan. Allah tak akan tanya betapa terlebih dedikasinya anda dalam bekerja tapi Allah akan tanya jika keputusan anda melibatkan bahaya pada staf. Sebelum tekanan darah saya naik, baiklah saya henti di sini dan tukar topik bab masakan dan resepi lah pula.  

Saya menyediakan Puding Roti Karamel ini adalah untuk menghabiskan susu pekat manis. Saya jarang membeli susu pekat manis. Kalau tidak digunakan, alamaknya susu akan terbiar dan akhirnya dibuang begitu sahaja. Jadi supaya tidak membazir, saya menyediakan puding roti karamel. 


Puding roti karamel ini jika dilihat gambar seperti keras. Sebetulnya tidak, ianya sangat lembut dan sangat sedap dimakan terutama ketika sejuk sejuk. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jadi kalau cukup bahan, bolehlah sediakan puding ini untuk hidangan keluarga di masa perintah kawalan pergerakan sekarang ini. Ada juga benda yang boleh dinikmati.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Memang sangat sedap. Jom ramai ramai pakat menyediakannya sendiri di rumah. Selamat mencuba...


Puding Roti KaramelOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:4 keping roti4 biji telur gred B3-4 sudu besar gula1 tin susu cair3/4 tin susu pekat3/4 cawan air suam1 sudu kecil esen vanila.
Cara-cara:Masak gula sehingga bertukar warna perang.
Masukkan sedikit air,kacau sebati dan tutup api. Seterusnya tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
Carik-carikkan roti kemudian sekalikan bersama susu cair, susu pekat dan air suam, kisar sampai sebati.
Sementara itu, pukul telur sehingga hancur dan tapis kemudian masukkan ke dalam adunan roti tersebut.
Masukkan esen vanila, kisar lagi sampai sebati. Tapis adunan tadi dan masukkan ke dalam loyang yang siap ada gula karamel.
Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu. Kukus adunan selama 45 minit atau sehingga masak.
Apabila sudah masak, tutup api. Angkat adunan dan sejukkan terlebih dahulu.

Boleh diterbalikkan adunan ke dalam pinggan dan sejukkan dalam peti ais.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2020/03/puding-roti-karamel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 476 hits
Assalammualaikum Dan Salam SejahteraRESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGIRESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI Puding Apa yang special sangat puding ni Kalau anda nak tahu puding ada pelbagai warna dan perisa tak percaya Jom lihat apa yang menarik ...
Resepi Puding Roti Kastard Tanpa Gula Alamaya Info

Resepi Puding Roti Kastard Tanpa Gula Alamaya Info

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 588 hits
Resepi Puding Roti Kastard Tanpa Gula Dessert sihat tanpa gula Mkn sedap tanpa rasa bersalah Bahan Puding Roti 3 biji Roti Burger blh gunakan apa
10 Resepi Pizza Muffin Puding Kek Dan Roti John Menggunakan Roti Gardenia

10 Resepi Pizza Muffin Puding Kek Dan Roti John Menggunakan Roti Gardenia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 1010 hits
Assalamualaikum wbt 10 Resepi Pizza Muffin Kek Puding Menggunakan Roti Gardenia Bila berada di rumah dan tiada apa yang boleh dilakukan apa kata kita mencuba resepi beraneka makanan berasaskan roti gardenia Antaranya pizza muffin puding kek...
Cara Mudah Masak Roti Puri Sedap Guna Tepung Gandum

Cara Mudah Masak Roti Puri Sedap Guna Tepung Gandum

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 741 hits
Cara Mudah Masak Roti Puri Sedap Guna Tepung Gandum Roti puri Kali pertama daku makan roti puri ni kakak ipar yang buatkan Masa tu tak sangka juga yang roti puri sedap ni boleh di buat dengan mudah kat rumah Bahan utama hanya tepung gandum ...
Resepi Roti Manis Paling Mudah Yang Lembut Dan Gebu Perkongsian Dari Dyahlarvin

Resepi Roti Manis Paling Mudah Yang Lembut Dan Gebu Perkongsian Dari Dyahlarvin

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 1738 hits
Anak anak saya suka roti dan memang setiap hari makan roti Walaupun dia jarang makan nasik tapi bila kerap makan roti tak de lah saya risau sangat Cuma nak mendapatkan roti yang kena dengan selera dia tu susah sikit Tapi dia memang suka kal...
Percobaan Roti Berjamur Tunjukkan Kuman Dan Virus Tak Bisa Mati Dengan Hand Sanitizer

Percobaan Roti Berjamur Tunjukkan Kuman Dan Virus Tak Bisa Mati Dengan Hand Sanitizer

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 388 hits
Hand sanitizer jadi barang yang paling diburu sejak virus corona merebak Padahal produk pencuci tangan ini tidak terlalu aktif membunuh kuman dan virus Sejak ramai kasus virus corona hand sanitizer jadi primadona dadakan Banyak orang mengan...
Mengidam Tak Payah Beli Buat Sendiri Je Roti Sangkaya Versi Baby Pun Ada

Mengidam Tak Payah Beli Buat Sendiri Je Roti Sangkaya Versi Baby Pun Ada

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 293 hits
Bagi yang pernah merasa Roti Sangkaya roti kukus dengan sos pandan pastinya teringat ingat akan rasa pandannya yang segar dan dihidangkan ketika panas Saat disajikan di atas meja perut yang kenyang pun terasa lapar kembali Begitulah penanga...
Resep Roti Keju Jabrig Ala Cafe Madtari Bandung

Resep Roti Keju Jabrig Ala Cafe Madtari Bandung

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 1264 hits
Cara membuat roti keju jabrig spesial ala Cafe Madtari Bandung
Jakey Si Pelindung Roti Tidak Menjaga Rumah Sebaliknya Menjaga Keselamatan Roti Milik Keluarganya

Jakey Si Pelindung Roti Tidak Menjaga Rumah Sebaliknya Menjaga Keselamatan Roti Milik Keluarganya

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 299 hits
Anjing bukan sahaja peneman setia buat manusia bahkan mereka juga merupakan penjaga terbaik buat insan yang disayanginya bukan Maka kerana itulah mereka dianggap sebagai teman rapat manusia Selain daripada bijak anjing berbaka seperti Germa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids