Puding Mempelam Harum Manis Kemboja
Puding Mempelam Harum Manis Kemboja. Semalam CH order mempelam harum manis kemboja 4kg. Harga yang ditawarkan mur mur saja. Caj COD pun RM3 saja.. Harga yang paling murah diwaktu PKP ni. Bukan senang nak dapat tu, yang CH terus order... Alhamdulillah trusted seller sebab buah yang dapat semua elok, segar dan manis. Bila dah banyak, terus mai idea untuk buat puding mempelam harum manis kemboja
Puding mempelam ni kesukaan semua anak-anak dan juga suami. Jadi amat berbaloi kalau buat sendiri. Boleh masukkan buah mempelam tu banyak-banyak. Lagi banyak buah lagi sedap rasa puding tu.
Puding Mempelam Harum Manis Kemboja
Sharing dengan korang jika terbeli harum manis perlis tapi bila dapat sudah terlebih masak dan lembik. Frust memang frust tapi dari buang, lebih baik olah menjadi menu yang sedap seperti puding mempelam. CH tak beli harum manis Perlis sebab bagi CH rasa dia lebih kurang sama saja dengan harum manis kemboja.. Tak tahu la korang punya taste. Apa-apapun buah mempelam memang sedap.
Puding Mempelam Harum Manis Kemboja
Bahan:
2 biji mempelam harum manis kemboja - 1 biji mempelam di potong dadu dan 1 biji lagi dikisar halus
1 bungkus agar-agar 20g
12 sudu besar gula (boleh tambah jika mahu lebih manis.
1/2 tin susu cair
1 plastik agar-agar air
Caranya:
Masak agar-agar dengan sukatan 1 plastik agar-agar air. Biarkan agar-agar masak sepenuhnya.
Masukkan gula dan susu cair.
Masukkan separuh mempelam yang dikisar ke dalam agar-agar. Kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih
Angkat dan masukkan 3/4 agar-agar dalam bekas. Biarkan bahagian bawah sejuk dan keras sikit.
CH guna teknik rendam dalam air untuk cepatkan proses penyejukkan agar-agar.
Tabur separuh mempelam dadu. Biarkan sehingga sejuk dan sedikit keras.
Baki agar-agar - masukkan 1 sudu kecil pewarna kuning telur, baki mempelam yang dikisar. Gaul rata dan sebati.
Masukkan baki agar-agar ke dalam bekas yang sama. Tabur baki mempelam yang di potong dadu.
Puding mempelam aka puding mangga
Biarkan sejuk dan masuk kedalam peti ais.
Potong dan hidangkan ketika masih sejuk.
Selamat mencuba uolls!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.yatizul.com/2020/05/puding-mempelam-harum-manis-kemboja.html