Puasa Bagi Golongan Pesakit Kencing Manis




oleh Nor ‘Asyikin Mat Hayin
PESAKIT kencing manis jenis II yang kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (glukosa darah rendah) tidak digalakkan berpuasa pada Ramadan kerana berisiko berlaku komplikasi lebih teruk ketika berpuasa.
Hipoglisemia yang teruk boleh mengakibatkan pesakit tidak sedar diri, sawan dan koma jika komplikasi itu berpanjangan.
Ini disebabkan sel dan fungsi otak mudah tercedera dengan penurunan mendadak paras glukosa (gula darah).
Ini terjadi kerana pesakit tidak dapat mengesan gejala awal yang biasanya memberi amaran kepada mereka.
Pesakit ini dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi dan komplikasi itu boleh mengancam nyawa.
Hipoglisemia berlaku apabila aras glukosa (gula) dalam darah pesakit di bawah 3.9 mmol/L.
Pakar Perunding Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein berkata, pesakit yang ingin berpuasa perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan bagi menilai tahap kesihatan dan berbincang langkah perlu diambil termasuk pengubahsuaian rawatan.
Beliau berkata, pesakit digalakkan mengukur dan mengawasi paras glukosa darah sendiri di rumah semasa berpuasa dan setelah berbuka.
Ia terutama bagi pesakit yang dirawat dengan suntikan insulin serta ubat-ubatan oral antidiabetik jenis ‘sulphonylurea’.
“Ini kerana ubat itu boleh menyebabkan penurunan paras glukosa darah yang mendadak jika dos tidak diubah suai berpandukan nasihat doktor.
“Pesakit juga perlu segera berbuka jika mengalami gejala hipoglisemia seperti berpeluh dengan banyak, menggigil, degupan jantung berdebar-debar, pening, mengantuk dan lapar.
“Tindakan ini penting bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.
Pesakit diabetes jenis II kerap alami komplikasi hipoglisemia perlu dapatkan nasihat pakar perubatan
Pesakit diabetes jenis II kerap alami komplikasi hipoglisemia perlu dapatkan nasihat pakar perubatan
Dianggarkan kira-kira tiga juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis dan ia kadar tertinggi di Asia.
Kajian Epidemiologi Kencing Manis dan Ramadan (EPIDIAR) menunjukkan, 78.2 peratus pesakit kencing manis jenis II berpuasa lebih 15 hari sepanjang Ramadan.
Dr Zanariah berkata, kemungkinan komplikasi lain lebih tinggi dihidapi pesakit kencing manis jenis II yang berpuasa pada Ramadan ialah hiperglisemia (paras gula terlalu tinggi) dan dehidrasi (kekurangan air).
“Selain itu, pesakit turut berisiko komplikasi kecemasan seperti ketoasidosis diabetes iaitu paras ketone dan asid dalam darah meningkat tinggi dengan cepat kerana kekurangan insulin serta berpuasa.
“Komplikasi terakhir ialah trombosis apabila kepekatan darah meningkat dan risiko mengalami serangan angin ahmar juga tinggi,” katanya.
Beliau berkata, terdapat perbezaan ketara paras glukosa darah pesakit kencing manis semasa berpuasa iaitu perubahan peningkatan dan penurunan yang tinggi.
Keadaan berbeza bagi individu tanpa penyakit kencing manis yang paras glukosa darah mereka agak stabil dan tidak berubah banyak semasa berpuasa serta setelah berbuka.
“Selepas berbuka, paras glukosa darah boleh meningkat tinggi dengan cepat jika pemakanan dan ubat-ubatan tidak sesuai.
“Keadaan ini boleh mengundang risiko kepada pesakit.
“Sebab itu kita mahu pesakit menurunkan paras glukosa dengan cara mengawal pemakanan semasa sahur dan berbuka serta mengawasi paras glukosa sendiri bagi memastikan kesihatan mereka terjamin,” katanya.
Pakar Dietitian dan Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof berkata, UPM dan Nestle Health Science bekerjasama menjalankan kajian klinikal bagi menentukan pemakanan berkesan semasa Ramadan untuk mereka yang mengalami kencing manis jenis II.
Hasil kajian ini dapat menerbitkan Pelan Pemakanan Ramadan (RNP) bagi membantu pesakit kencing manis jenis II berpuasa dengan selamat.
Katanya, kajian itu mendapati, pesakit kencing manis jenis II perlu mengambil sekurang-kurangnya dua menu penting iaitu sahur dan berbuka sepanjang Ramadan bagi mengelakkan risiko hipoglisemia.
“Untuk sahur, pesakit boleh memilih kaedah pemakanan berstruktur iaitu mengutamakan jumlah dan jenis karbohidrat yang betul dan bersesuaian untuk pesakit.
“Bagi mencantikkan kawalan gula darah, pesakit disarankan mengambil susu Formula Khusus Kencing Manis. Ini membantu mencapai kawalan paras gula darah yang optimum, zat yang cukup dan mengawal berat badan.
“Susu ini mengandungi zat penting yang dapat membantu pesakit kencing manis jenis II menjalani ibadah puasa dengan baik seperti serat. Ia (serat) memberi rasa kenyang lebih lama dan karbohidrat diserap perlahan untuk menstabilkan gula darah sepanjang hari.
“Pesakit yang tidak mengambil zat mencukupi ketika bersahur membuatkan mereka berasa cepat lapar dan menunjukkan gejala gula darah rendah. Seterusnya berisiko mengalami hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi,” katanya.
Dr Barakatun Nisak berkata, RNP menekankan pengurusan karbohidrat apabila pesakit perlu mengetahui jumlah, jenis dan bila karbohidrat boleh diambil.
“Pesakit perlu mengehadkan pengambilan karbohidrat seperti nasi putih, mi, pasta dan roti. Meskipun makanan ini tidak berasa manis, pengambilan secara berlebihan boleh meningkatkan paras glukosa darah. Pilihlah karbohidrat daripada jenis tinggi serat dan bijirin penuh.
“Dalam RNP, sajian nasi yang disarankan ialah segenggam atau satu setengah genggam dan kita galakkan mengambil beras perang, beras panjang (basmathi) dan beras separa rebus.
“Pesakit boleh merancang pengambilan makanan yang sihat dan seimbang berpandukan Pinggan Ramadan yang menggalakkan mereka kepada tabiat pemakanan sihat.
“Ia dimulakan dengan minum air kosong, sepotong buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memakan nasi,” katanya.
Menurutnya, kajian di Jepun mendapati, pesakit kencing manis jenis II yang memakan sayuran terlebih dahulu berbanding nasi mempunyai paras gula lebih baik.
“Pesakit juga disarankan minum dua hingga tiga liter air sehari yang diagihkan mengikut waktu bermula semasa berbuka hingga sahur.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/28/puasa-bagi-golongan-pesakit-kencing-manis/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=puasa-bagi-golongan-pesakit-kencing-manis

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aneka Jajanan Frozen Gurih Dan Manis Yang Tinggal Manasin Aja Lumayan Buat Takjil Buka Puasa

Aneka Jajanan Frozen Gurih Dan Manis Yang Tinggal Manasin Aja Lumayan Buat Takjil Buka Puasa

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 369 hits
Stok jajanan yang worth it sementara kita diimbau untuk nggak pergi keluar beli jajanan takjil
6 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan Pertama Segera Bayar Utang Puasa

6 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan Pertama Segera Bayar Utang Puasa

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 325 hits
Bulan Ramadhan tinggal beberapa hari lagi itu artinya sebentar lagi umat Islam di seluruh dunia mesti menjalani puasa wajib sebulan penuh Bulan Ramadhan memang waktu beramal momen tepat mendulang pahala dan keberkahan Sebab ini merupakan bu...
Kat Mana Nak Beli Makanan Untuk Buka Puasa Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini

Kat Mana Nak Beli Makanan Untuk Buka Puasa Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 711 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan sekalian Kerajaan telah melanjutkan lagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga tanggal 28 April 2020 Jadi sekarang ni kita telah masuk fasa ket...
5930 Santuni Golongan B40 Barisan Hadapan Harian Metro 04 05 2020

5930 Santuni Golongan B40 Barisan Hadapan Harian Metro 04 05 2020

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 400 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia bersama Gardenia Bakeries Sdn Bhd Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tampil dengan Projek Zero Hunger untuk menyantuni seramai mungkin go...
Walapun Amal Dan Ilmunya Sedikit Empat Golongan Ini Darjatnya Diangkat Disisi Allah

Walapun Amal Dan Ilmunya Sedikit Empat Golongan Ini Darjatnya Diangkat Disisi Allah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 305 hits
Ada 4 perkara yang dapat mengangkat seseorang untuk menuju kedudukan tertinggi di sisi Allah meskipun amal dan ilmunya sedikit iaitu kemurahan hati kerendahan hati kedermawaan dan keluhuran budi pekerti Imam Junaid Al Baghdadi
Ketahui Siapa Golongan Generasi X Y Dan Z

Ketahui Siapa Golongan Generasi X Y Dan Z

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 475 hits
Selalu sangat dengar orang sebut generasi X lah Y lah dan Z Apa maksud semua generasi ni Macam mana nak tahu kita tergolong dalam generasi apa Ni jawapan kepada apa yang dimaksud dan siapa yang termasuk kepada generasi ni semua Generasi XMe...
Santuni Golongan Oku Lelaki Ajar Bahasa Isyarat Mudah

Santuni Golongan Oku Lelaki Ajar Bahasa Isyarat Mudah

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 219 hits
Perintah Kawalan Pergerakan memerlukan rakyat Malaysia untuk kekal di rumah bagi mencegah penularan COVID 19 dan setelah lebih dua bulan tempoh PKP dilaksanakan pastinya ramai individu mula kekurangan idea untuk mengisi waktu lapang mereka ...
Buku Gratis Untaian Faedah Dari Ayat Puasa

Buku Gratis Untaian Faedah Dari Ayat Puasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 619 hits
Buku ini bermanfaat sekali dalam merenungkan ayat puasa yang terdapat dalam Al Baqarah ayat 183 187 Posting ditampilkan lebih awal di
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord