Publisiti Negatif Memaksa Anak Altantuya Tukar Nama



SHAH ALAM - Anak sulung Altantuya Shaariibuu berkata dia terpaksa menukar namanya kerana publisiti negatif yang timbul akibat kematian ibunya selain dibuli di sekolah.

Bayarkhuu Bayarjargal, 21, yang menukarkan namanya daripada Mungunshagai Bayarjargal, memberitahu prosiding perbicaraan kes saman sivil di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia berusia sembilan tahun ketika Altantuya mati.

Loading...
Ketika ditanya oleh peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili keluarga Altantuya, mengenai bagaimana perasaannya ketika mengetahui kematian Altantuya, Bayarkhuu berkata dia terkejut dan berasa sangat sedih.

"Saya bertanya kepada diri sendiri mengapa nasib saya sangat malang kehilangan ibu. Saya bertambah marah dan terluka apabila mendapat tahu bahawa dia dibunuh di Malaysia dan membenci mereka yang bertanggungjawab atas kematiannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan mendengar kes saman RM100 juta yang difailkan oleh keluarganya terhadap dua bekas dua anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan kerajaan Malaysia.

Bayarkhuu berkata selama tiga tahun pertama atau lebih, dia menghabiskan masanya semasa musim panas dengan tinggal bersama saudara-mara di kawasan desa untuk mengelakkan gosip mengenai pembunuhan ibunya pada 2006.

"Ia adalah tahun yang sangat menyakitkan dan menyedihkan kerana saya masih ingat dengan jelas apa yang diberitahu oleh ibu bapa kawan-kawan supaya mereka tidak bermain dengan saya hanya kerana ibu saya dibunuh di Malaysia," katanya.

Bayarkhuu berkata dia diberitahu neneknya bahawa ibunya telah meninggal dunia dan, selepas beberapa waktu, mengetahui lebih banyak mengenai butiran menerusi berita dan orang-orang di sekelilingnya bercakap mengenainya, dan melalui Internet ketika usianya meningkat.

Beliau berkata, hubungannya dengan seorang gadis juga terjejas apabila hakikat bahawa dia adalah anak lelaki Altantuya diketahui.

Ketika diminta menceritakan mengenai latar belakang ibunya, Bayarkhuu mengimbas kembali bahawa dia seorang wanita yang penyayang dan gemar mengharungi cabaran dan sering membawa dia dan orang lain menonton filem, berkelah dan ke taman permainan.

Sangeet Kaur: Siapa yang menanggung perbelanjanan pendidikan kamu dan saudara lelaki kamu serta kos perubatan selepas kematian ibu kamu?

Bayarkhuu: Datuk saya terpaksa terus bekerja untuk membiayai perbelanjaan kami termasuk perbelanjaan isi rumah sementara nenek saya tinggal di rumah untuk menjaga adik lelaki saya.

Sangeet Kaur: Adakah kamu bekerja untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung datuk kamu?

Bayarkhuu: Ya, saya membuat kerja-kerja rencam untuk menanggung mereka semasa cuti persekolahan saya dan saya juga menjual barangan seperti CD dan DVD di jalanan.

Sementara itu, sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmaa, 35, memberitahu mahkamah bahawa Altantuya diupah Abdul Razak untuk khidmat terjemahan berkaitan pembelian dua kapal selam tentera.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Altantuya memberitahu dia bahawa Abdul Razak ingin mempunyai cahaya mata dengannya (Altantuya) dan bahawa beliau memperkenalkan Altantuya kepada peguamnya di Malaysia sebagai isterinya'.

Bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan isterinya Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelaki mereka – Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga – memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007.


Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga kemudian digugurkan sebagai plaintif selepas dia meninggal dunia dua tahun lepas.

Dalam pernyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa bahawa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka dibayar ganti rugi dengan ganti rugi teladan dan ganti trugi teruk.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera disambung esok.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/publisiti-negatif-memaksa-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Altantuya Saya Terpaksa Tukar Nama Lepas Kematian Emak

Anak Altantuya Saya Terpaksa Tukar Nama Lepas Kematian Emak

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 808 hits
Kemas kini 8 30pm Bayarkhuu Bayarjargal berkata dia diejek dan dibuli di sekolah ekoran publisiti negatif yang tercetus daripada pembunuhan Altantuya
Dah Buang Tebiat Ke Nak Letak Nama Anak Muhammad Bossku Isteri Berang Dan Akhirnya Sesuatu Terjadi Maluapabossku

Dah Buang Tebiat Ke Nak Letak Nama Anak Muhammad Bossku Isteri Berang Dan Akhirnya Sesuatu Terjadi Maluapabossku

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1028 hits
DI sana bossku di situ bossku di mana mana sahaja orang ramai terutama netizen mula menyebut perkataan tersebut apabila ia menjadi trend di laman sosial Difahamkan perkataan bossku merupakan slanga yang digunakan oleh anak anak muda termasu...
Susah Tidur Awal Dan Terlalu Aktif Permainan Ini Bantu Kurangkan Energi Negatif Anak

Susah Tidur Awal Dan Terlalu Aktif Permainan Ini Bantu Kurangkan Energi Negatif Anak

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 462 hits
Anak yang sedang membesar memang akan mempunyai tenaga lebih atau dalam bahasa mudahnya aktif Tak kira siang atau malam Sampai satu tahap ibu bapa boleh jadi geram dan akhirnya anak pula jadi mangsa Bagi memastikan keadaan ini terkawal ibu ...
Razak Baginda Mahu Anak Lelaki Dengan Altantuya Kata Saksi

Razak Baginda Mahu Anak Lelaki Dengan Altantuya Kata Saksi

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 492 hits
Ranjeet Muthukumar SHAH ALAM Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Abdul Razak Baginda inginkan anak lelaki dengan Altantuya Shaariibuu kerana sudah ada anak perempuan dengan isterinya Namiraa Gerelmaa berkata Altantuya ...
Isteriku Marah Letak Nama Anak Muhammad Bossku Apa Masalahnya Muhammad Bossku Hadiah Hari Lahir Kami

Isteriku Marah Letak Nama Anak Muhammad Bossku Apa Masalahnya Muhammad Bossku Hadiah Hari Lahir Kami

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 1203 hits
Baru baru ini kecoh apabila sijil kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Bossku tular di media sosial Gambar sijil pendaftaran itu dimuat naik Dean Ahmad di Facebooknya jumaat lalu dalam keterangan gambar Wife aku marah let...
Altantuya Mahu Berjumpa Razak Baginda Berhubung Rawatan Anak

Altantuya Mahu Berjumpa Razak Baginda Berhubung Rawatan Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 971 hits
Warga Mongolia yang ditemukan mati dibunuh Altantuya Shaariibuu mahu berjumpa dengan bekas kekasihnya Abdul Razak Baginda di Malaysia berhubung isu kesihatan anaknya kata bapanya Mengulas pertemuan terakhir mereka bersama Shaariibuu Setev b...
Kelakar Habis Bila Ds Vida Ingin Jadi Mak Mertua Anak Norman Hakim

Kelakar Habis Bila Ds Vida Ingin Jadi Mak Mertua Anak Norman Hakim

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 440 hits
Baru baru ini Norman Hakim ada memuat satu keping gambar dia bersama dengan anak lelakinya di akaun Instagram miliknya Tanya Abg danishhakimofficial Abg dah ada calon ke Rasa2 apa jawapan dia tulisnya Lantas Dato Seri Vida turut membalas ko...
Anak Anak Gi Balik Sekolah

Anak Anak Gi Balik Sekolah

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 526 hits
assalamualaikum senyum seindah suriaaaaaaaa isnin Melaka tak cuti maka anak anak selamat sudah ke skola setiap pagi pengurusan anak berdua ni lah kakak nyer darjah 6 adiknya darjah 1 skola yg berbeza tapi berdekatan jer sehala dah kenapa Iz...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara