Publish Entri Blog Post Pendek
Kelemahan bila nak menulis dan
update blog adalah Diah susah sangat-sangat nak tulis entri pendek. Dia rasa
macam tak sempurna hidup.
Perasaan sendiri yang selalunya
mendatangkan keburukkan bila jadual hidup terlalu padat. Aishhh kadang-kadang
perangai macam ni yang jadikan blog bersawang.
Seterusnya akan beri kesan kepada
target nak tulis banyak-banyak entri sebulan itu gagal. Menangis la di bucu katil
hadap perangai sendiri.
Publish Entri Blog Post Pendek
Semuanya bermula dulu bila banyak
baca tips dari blogger-blogger otai yang banyak kongsi tentang tip SEO. Dulu selalu
dapat perkongsian SEO blog dari Saudara Hasrul Hassan.
Sekarang HH dah tak aktif
menulis. Tak tahu nak follow siapa dah untuk tips SEO blog. Korang ada idea tak? drop dekat komen tau.
Nak cantik kena buat entri yang panjang,
minima 300 patah perkataan kalau tak silap. Bila dah tahu rasa rugi pula kalau
tak praktik kan.
Untuk Diah pula, secara peribadi
kalau menulis tu minima patah perkataan mesti nak kena buat lebih 350 patah
perkataan. Terbiasa kot eh.
Bila mula menulis, otak ligat mencari
tajuk untuk H1,H2,H3. Dekat situ je dah habis berapa banyak masa. Lepas tu nak kena
cari gambar yang sesuai.
Entri Blog Panjang Tiada Siapa
Baca Sampai Habis
Pernah je terfikir kalau tulis panjang
lebar ada ke orang baca sampai habis. Silap hari bulan orang bosan dan tekan
butang pangkah. Jadi apa ertinya menulis panjang lebar tapi orang scroll dan
skip.
Ha gitu. Tapi nak sedapkan hati
akan selalu fikir, menulis bukan untuk orang lain tapi keutamaan adalah untuk
merawat hati.
Dari dulu lagi menulis adalah salah
satu bentuk terapi untuk Diah. Menulis blog dah ada special place in my heart
gitu.
Nak merentan dengan tekanan hidup
lebih selesa bercerita di blog sebab boleh ulas panjang lebar. Berlainan sangat
dengan status di media sosial lain.
Entri Pendek & Semangat
Menulis
Untungnya kalau menulis entri
pendek, semangat tu membuak-buak untuk menulis lagi dan lagi. Sebabnya bila
berjaya diterbitkan dia rasa satu pencapaian. Lol.
Begitulah hidup seorang Rodiah
ya. Benda simple macam ni pun jadi complicated dek perangai yang kadang-kadang sukar
dijangka.
Nak menulis entri panjang perlukan
semangat juang dan mood yang baik. Baru idea tu lancar je keluar. Jadi moving
forward kita cuba minimakan perasaan bersalah kalau tulis entri pendek.
Macam entri sekarang ni, sambil
mengetuk keyboard sambil tu menjeling jumlah perkataan di Word yang menghampiri
390 patah perkataan.
Korang ada masalah yang sama
macam Diah? Atau tak penting pun entri panjang atau entri pendek.
Kesimpulan
Kita mampu merancang tapi Tuhan yang
bagi keizinan. Publish entri blog post pendek tu sangat-sangat membantu di
waktu kita kritikal dengan aktiviti hidup yang sibuk tapi masih perlu aktif di
blog.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2024/03/publish-entri-blog-post-pendek.html