Publict Io Perkenal Esgnewslytics Platform Khas Tambah Baik Analisis Liputan Berita Tentang Esg



Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
publiCT.io, sebuah syarikat permulaan teknologi perhubungan awam (PR) yang ulung di Malaysia memperkenalkan ESGNewslytics.AI, sebuah platform yang direka bentuk untuk menambahbaik cara syarikat-syarikat menganalisis liputan berita yang berkaitan dengan topik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Berlangsung sebelum pelancarannya, satu perbincangan panel bertajuk ‘Penceritaan untuk ESG: Impak daripada Naratif yang Kuat’.
Lebih daripada 250 orang hadir dari pelbagai sektor telah mendapat perspektif berharga daripada pakar industri dalam bidang kelestarian, PR, media dan komunikasi seperti Philip Ling, Ketua Kelestarian, CelcomDigi, Syed Mohammed Idid, Pengurus Besar, Komunikasi Strategik & Keterlibatan Pemegang Kepentingan di West Coast Expressway (WCE) dan Chia Ting Ting, Ketua Pegawai Eksekutif FG Media.
“Sesi panel ini akan memulakan pelbagai perbincangan penting mengenai kepentingan naratif strategik bagi ESG. Dengan memanfaatkan data, ESGNewslytics.AI  direka bentuk untuk membolehkan syarikat menyelaraskan naratif mereka secara lebih berkesan dengan nilai korporat dan jangkaan pemegang kepentingan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas publiCT.io, Manminder Kaur Dhillon pada pelancaran itu.
Pengenalan platform ini merupakan respon publiCT.io terhadap permintaan kepada tul komunikasi ESG yang khusus, yang mengutarakan beberapa ciri utama iaitu:
AI dan Pembelajaran Mesin bagi Pengekstrakan Data: ESGNewslytics.AI  menggunakan AI dan teknik pembelajaran mesin untuk mengekstrak data yang relevan secara tepat dan efisien, dan memastikan pengguna mempunyai akses kepada maklumat paling penting dan terkini.  Analisis Katakunci ESG: Platform ini menganalisis kandungan berita bagi katakunci berkaitan ESG, dan menyediakan laporan kepada frekuensi dan konteks bagaimana syarikat disebut berkaitan dengan katakunci berkenaan, seterusnya meningkatkan pemahaman kepada naratif ESG syarikat berkenaan. Analisis Perbandingan: ESGNewslytics.AI  membolehkan pengguna membuat perbandingan jejak berita ESG bagi syarikat-syarikat yang berbeza. Ia menawarkan tul analisis persaingan untuk memahami bagaimana kedudukan syarikat berbanding dengan syarikat lain dari segi liputan berita ESG, yang seterusnya membolehkan penempatan strategik dilakukan.  Analisis ESG Meliputi Seluruh Sektor: Platform ini membolehkan penelitian terhadap trend dan liputan berita ESG di dalam sektor perniagaan yang spesifik. Penjana Kandungan ESG dikuasakan AI: Platform ini mengenalpasti katakunci ESG yang paling kurang disebut di dalam berita bagi jenama berkenaan dan menjana cadangan kandungan strategik. Ini akan membantu jenama untuk membina naratif ESG melalui laporan yang disasarkan dan berasaskan data, seterusnya mengukuhkan impak ESG mereka. “ESGNewslytics.AI, dibina dengan algoritma AI termaju, memberi khidmat kepada keperluan khusus ahli komunikasi, pelabur dan pengamal undang-undang. Dengan menganalisis data berita ESG yang luas, ia menyediakan laporan tepat-masa, spesifik bagi sektor dan analisis industri, dengan memberi tumpuan kepada topik ESG yang penting.
“Untuk mengelak berlakunya “greenwashing” dan “greenhushing” (maklumat palsu mengenai produk mesra alam), data adalah penting untuk memacu naratif yang telus dan tulen. Ia bukan sahaja akan meningkatkan nilai pemegang saham dan menarik pelabur, tetapi juga meletakkan syarikat korporat Malaysia sebagai peneraju dalam amalan lestari dan seterusnya mengukuhkan pewujudan nilai jangka panjang,” kata Manminder.
Seterusnya, platform ini juga membolehkan syarikat-syarikat untuk mewujudkan startegi ESG yang lebih baik dengan menganalisis katakunci mengenai jenama mereka di dalam laporan berita, tambah Manminder.
“Analitik platform ini menawarkan syarikat-syarikat pandangan kritikal untuk menilai semula dan menambahbaik strategi ESG mereka. Dengan menganalisis liputan berita mengenai katakunci ESG yang relevan, syarikat-syarikat boleh mengukur keberkesanan inisiatif semasa dan mengenalpasti bidang yang perlu ditambahbaik.”
“Matlamat semasa kami adalah untuk membantu syarikat berhad (PLC) di Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia untuk membina naratif ESG berasaskan data.” 
Dengan mengutarakan sinergi antara ESGNewslytics.AI dan liputan media yang dijamin yang disediakan oleh publiCT.io, Puspavathy Ramaloo, pengasas bersama kepada syarikat pemula, menyatakan bahawa kombinasi ini penting dalam merealisasikan visi syarikat untuk menyediakan penyelesaian PR yang komprehensif. 
“Dengan pengenalan ESGNewslytics.AI dan platform sedia ada kami yang menjamin liputan media, publiCT.io, kami telah melengkapkan penyelesaian PR dari awal ke akhir, dengan matlamat menjadikan kami sebuah gedung PR yang unggul di rantau ini. Pendekatan serampang dua mata ini memastikan pelanggan kami tidak hanya dilengkapi dengan laporan yang dipacu AI terkini mengenai trend berita berkaitan ESG, tetapi juga mendapat manfaat daripada liputan media yang dijamin untuk menyampaikan naratif mereka secara berkesan.”
Syarikat permulaan ini mencatat pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun 84.5% pada 2023, bukti kepada dedikasi terhadap inovasi dan peneraju dalam sektor teknologi PR. Mengenai strategi masa depan dan perluasan pasaran, Manminder menekankan trajektori syarikat terhadap pertumbuhan eksponen melalui peluang pelaburan baru yang strategik dan fokus yang kukuh kepada pembangunan teknologi terkini.
Dengan memanfaatkan pelaburan dan mengutamakan inovasi dalam industri teknologi PR/media, syarikat ini bermatlamat untuk meningkatkan perkhidmatan yang ditawarkannya dan meluaskan perkhidmatan di pasaran serantau yang sedang membangun.
Untuk maklumat lanjut mengenai ESGNewslytics.AI dan publiCT.io, sila layari di sini dan sini.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.





Source link
The post publiCT.io Perkenal ESGNewslytics, Platform Khas Tambah Baik Analisis Liputan Berita Tentang ESG appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/publict-io-perkenal-esgnewslytics-platform-khas-tambah-baik-analisis-liputan-berita-tentang-esg/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rekomendasi Oleh Oleh Khas Solo Yang Enak Baik Tradisional Dan Kekinian

Rekomendasi Oleh Oleh Khas Solo Yang Enak Baik Tradisional Dan Kekinian

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 283 hits
Lagi jalan jalan ke kota budaya di Jawa Tengah ini enaknya bawa oleh oleh khas Solo apa ya Solo kota budaya yang kaya akan sejarah dan tradisi bukan hanya terkenal dengan keindahan alam dan warisan budayanya tetapi juga dengan berbagai oleh...
Puad Beritahu Pas Lebih Baik Bantu Bersatu Yang Dah Nyawa Nyawa Ikan

Puad Beritahu Pas Lebih Baik Bantu Bersatu Yang Dah Nyawa Nyawa Ikan

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 334 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi menyarankan agar PAS membantu rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional Bersatu yang menurutnya sudah nyawa nyawa ikan berbanding mahu menyelamatkan Umno Beliau berkat...
Dulu Kata Yifdin Baik Benarkan Keluar Kwsp Bila Habia Keriau Salahkan Orang

Dulu Kata Yifdin Baik Benarkan Keluar Kwsp Bila Habia Keriau Salahkan Orang

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 389 hits
Aku betulkan sikit la Sebab secara logiknya pakcik ni duit KWSP dah habis dah Guane boh Raja Gelap II
Wanita Baik Hati Pulangkan Wang Lebih Rm260 000 Yang Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Wanita Baik Hati Pulangkan Wang Lebih Rm260 000 Yang Dijumpai Dalam Rumah Sewa

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 261 hits
BEIJING Perbuatan seorang wanita mengembalikan semula wang tunai harta yang ditemuinya ketika membersihkan rumah sewa di China mengundang perhatian orang ramai lapor akhbar Tribunnews semalam Wanita bernama Jiang Jing Ping itu menemui sebua...
Nyawa Jadi Taruhan Mahalnya Berbuat Baik Di Dunia

Nyawa Jadi Taruhan Mahalnya Berbuat Baik Di Dunia

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 183 hits
MUHAMAD ADHAM SHADANSeorang lelaki maut semasa hendak membantu kereta yang terbabas di Kota Tinggi Johor pada 6 Jun lalu manakala seorang penunggang motosikal terbunuh dilanggar kereta ketika beri laluan kepada ambulans di Padang Jambu Mela...
Lebih Baik Dari Dipersoal Sering Bawa Watak Pelajar Sekolah Kim Sohyun Bidas Kritikan Netizen

Lebih Baik Dari Dipersoal Sering Bawa Watak Pelajar Sekolah Kim Sohyun Bidas Kritikan Netizen

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 230 hits
Tak lama lagi Kim So hyun akan kembali menemui penonton dengan drama baru iaitu Serendipity s Embrace Artikel Berkaitan Bagaimanapun wataknya dalam drama itu telah meraih respon kurang baik kerana dia sekali lagi tampil sebagai pelajar seko...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil