Puasa Sunat Enam Syawal


Puasa enam merupakan amalan sunat. Puasa enam Syawal boleh dilakukan secara berturutan atau puasa enam boleh selang seli selagi mana masih berada di dalam bulan Syawal bermula pada 2 Syawal. 
Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari tersebut.

Lafaz Niat Puasa 6 Syawalنَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى
Bacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”
Kelebihan puasa enamUmat Islam disunatkan melaksanakan puasa enam di bulan Syawal. Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya : Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
- Riwayat Muslim (1164)
Imam al-Nawawi Rahimahullah (1392H) ketika mensyarahkan hadis di atas menyebut hadis ini menjadi dalil bagi mazhab Syafie, Hanbali dan juga Daud (al-Zahiri) disunatkan berpuasa enam hari di bulan Syawal. 
Manakala fadilat seumpama berpuasa sepanjang tahun adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang lain menyebutkan bahawa setiap kebaikan itu dibalas dengan 10 kali ganda

Persoalan :1. Apakah hukum menggabungkan niat puasa ganti dan puasa enam di bulan Syawal? 2. Adakah diterima pahala puasa Qada dan pahala puasa enam di bulan Syawal sekiranya dilaksanakan secara serentak? 
Keutamaan Menggantikan Puasa Qada Ramadhan daripada Puasa Sunat Enam Syawal Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran, maka wajib ke atasnya menqadakan puasa serta merta selepas tamatnya Ramadan dan selepas selesai hari raya yang pertama. Seseorang itu tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diikuti dengan puasa qada (Rujuk Kitab Bughyah alTullab hlmn 128).Seseorang yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan kerana ada keuzuran (yang dibenarkan syarak), maka harus baginya mendahulukan puasa enam pada bulan Syawal daripada puasa qada kerana waktu puasa qada adalah luas (muwassa) (Rujuk Kitab Bughyah al-Tullab hlmn 128).Hukum Menggabung Niat Puasa Qada Ramadan dan Puasa 6 Syawal Fuqaha dalam Mazhab Syafie membahaskan isu menggabungkan niat puasa qada dan puasa enam Syawal seperti berikut : 
1) Imam Ramli Rahimahullahu Taala menyebut bahawa dia pernah ditanya tentang puasa Ramadan dan qada di bulan Syawal, adakah berhasil qada puasa Ramadan dan pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal? Imam Ramli (1424H) Rahimahullahu Taala dalam kitab Fatawa al-Ramli fi Furu’ al-Fiqh al-Syafie menjawab:
Puasa qada Ramadannya diterima walaupun dia menggabungkan niat puasa qada Ramadan dengan puasa yang lain dan diterima pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin)
2) Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj juga menjelaskan bagi seseorang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib:
Jika sesiapa yang berniat puasa qada pada hari Isnin contohnya maka jika dia berniat sunat puasa pada hari Isnin dengannya (puasa qada) maka sah kedua-duanya dan diberi ganjaran melalui kedua-duanya. Jika tidak (diniatkan sekali) maka puasa yang kedua tidak diganjari pahala tetapi gugur tuntutannya.
Berdasarkan kepada kedua-dua pandangan di atas, mazhab Syafie mengharuskan gabung niat puasa qada dan puasa sunat serta diganjari pahala dari kedua-dua puasa tersebut. 
Namun begitu, Imam Ramli dalam kitabnya Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj menjelaskan bahawa konsep gabungan dua puasa (sunat dan wajib) dalam satu hari tidak menghasilkan pahala yang sempurna. Ini kerana adalah lebih afdal seseorang itu melaksanakan secara berasingan, kata beliau:
Sekiranya berpuasa di bulan syawal, puasa qada, nazar atau selain daripada keduanya seperti berpuasa pada hari asyura (digabungkan dengan puasa wajib), maka dia mendapat pahala puasa sunat itu sepertimana yang difatwakan oleh ayahanda (bapa kepada Imam ar-Ramli)
Sepertimana pandangan alBarizi, al-Asfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Soleh al-Hadrami dan selain mereka tetapi dia tidak mendapat pahala yang sempurna disebabkan perkara yang dituntut (puasa yang berasingan dengan niat yang khusus), lebih-lebih lagi sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan kemudian menggantikannya di bulan Syawal. Ini kerana ia tidak bertepatan dengan makna sebelum ini

Kesimpulannya :• Puasa qada berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal adalah lebih diutamakan.
• Namun begitu, menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran kedua-duanya. • Bagi mereka yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa keuzuran, maka dia wajib mengqada puasa sesegera mungkin iaitu sejurus selepas hari raya pertama. Manakala sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan disebabkan keuzuran, maka digalakkan untuk menggantikan puasa tersebut secepat mungkin

https://muftiwp.gov.my/media-menu/penerbitan/ebrosur/4805-hukum-gabung-puasa-qada-dan-puasa-enam-syawalhttps://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3458-al-kafi-1275-bolehkah-niat-puasa-enam-dan-puasa-ganti-secara-serentak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/05/puasa-sunat-enam-syawal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menggabungkan Niat Puasa Qada Ramadhan Puasa Sunat Syawal

Hukum Menggabungkan Niat Puasa Qada Ramadhan Puasa Sunat Syawal

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 235 hits
1 Apakah fadhilat puasa enam hari bulan Syauwal Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syauwal seolah olah dia berpuasa sepanjang tahun...
Cabaran Puasa Dibulan Syawal

Cabaran Puasa Dibulan Syawal

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 187 hits
CABARAN PUASA DIBULAN SYAWAL Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt PUASA enam Puasa qada Ada yang pilih puasa enam dulu Ada yang pilih puasa qada dahulu Puasa enam sunat Puasa qada wajib Ada banyak pend...
Cara Puasa Syawal Menurut Ulama Syafi Iyah

Cara Puasa Syawal Menurut Ulama Syafi Iyah

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 220 hits
Bagaimana cara puasa Syawal Coba lihat bahasan dari ulama Syafi iyah berikut ini yang telah dirangkum
Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti

Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 189 hits
Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti Setelah selesai melaksanakan puasa Ramadan umat Islam berpeluang untuk menunaikan Puasa 6 Syawal Tahukah anda apakah kelebihan puasa ini Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Puasa Enam Syawal ...
Bolehkah Puasa Syawal Tetapi Masih Memiliki Utang Puasa Ramadhan Karena Haidh

Bolehkah Puasa Syawal Tetapi Masih Memiliki Utang Puasa Ramadhan Karena Haidh

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 210 hits
Ini masalah yang sering ditanyakan apakah boleh puasa Syawal sedangkan masih memiliki utang puasa Ramadhan misalnya pada wanita karena mengalami haidh sepekan di bulan Ramadhan
Musim Umrah Jemaah Luar Negara Tamat 30 Syawal

Musim Umrah Jemaah Luar Negara Tamat 30 Syawal

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 177 hits
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan 6 694 998 permit umrah dan 262 781 permit solat di Raudhah al Sharifah sepanjang Ramadan lalu KUALA LUMPUR Arab Saudi baru baru ini mengumumkan musim umrah 1443 H bagi jemaah luar neg...
Tular Foto Dipakaikan Baju Raya Kanak2 Hidap Kanser Otak Meninggal Pada 1 Syawal

Tular Foto Dipakaikan Baju Raya Kanak2 Hidap Kanser Otak Meninggal Pada 1 Syawal

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 275 hits
Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukan seorang kanak kanak perempuan dipakaikan baju raya lebih awal dan bergambar bersama adik beradik yang lain dalam keadaan dirinya yang kurang sihat Menerusi perkongsian dari...
Khutbah Jumat Bulan Syawal 5 Karakter Orang Bertaqwa Dan Keutamaannya

Khutbah Jumat Bulan Syawal 5 Karakter Orang Bertaqwa Dan Keutamaannya

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 209 hits
Kini kita memasuki bulan Syawal setelah sebulan penuh berpuasa di bulan Ramadhan yang tujuan utamanya adalah membentuk taqwa Karenanya khutbah Jumat Bulan Syawal ini mengambil tema 5 Karakter Orang Bertaqwa dan Keutamaannya Seperti kita haf...
1 Syawal Allah Menjemput Ibuku

1 Syawal Allah Menjemput Ibuku

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 136 hits
Salam pada semua Saya mengucapkan Selamat Hari Raya 2022 atau Syawal Hijrah 1443 pada semua umat islam di seluruh dunia Pada tahun ini adalah tahun yang menguji saya dimana ibuku telah terlantar sakit di katil dan tidak boleh bergerak dari ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa