Puas Hati Menonton Secara Langsung Emosi Melodi Dan Kelajuan Jari Jemari Maksim Mrvica
PUAS HATI MENONTON SECARA LANGSUNG EMOSI MELODI DAN KELAJUAN JARI JEMARI MAKSIM MRVICA | Assalammualaikum semua! Syukur alhamdulillah, salah satu wish list kehidupan Ruby dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Ruby ada satu keinginan iaitu menonton persembahan Piano secara langsung dari Maksim Mrvica. Azam itu Ruby set masa mula mengenali muzik Maksim. Tahun 2004 Ruby masih bawah umur dan sibuk dengan persediaan peperiksaan SPM. Jadi, tidak boleh menonton konsert Maksim The Piano Player di Stadium Putra Bukit Jalil.
Masa berlalu, usia pun semakin meningkat. Pada umur Ruby 36 tahun baru dapat menonton konsert Maksim Mrvica. Nostalgia sungguh perasaan semasa melihat Maksim main piano secara langsung. Tinggi lampai orangnya. 207 cm ketinggan Maksim Mrvica. Terima kasih Harmonie International membawa 2023 Maksim The Collection Kuala Lumpur. Seramai 2,500 penonton terhibur menonton persembahan Maksim Mrvica.
PUAS HATI MENONTON SECARA LANGSUNG EMOSI MELODI DAN KELAJUAN JARI JEMARI MAKSIM MRVICA
Malam tadi, buat pertama kali kami menonton persembahan konsert dari ahli muzik. Kebiasaannya konsert penyanyi tempatan dan antarabangsa sahaja. Kali ini pengalaman sangat berbeza. Puas hati dapat tengok secara langsung Maksim Mrvica main piano.
Setiap persembahan ada jiwa tersendiri dari Maksim, beliau tidak menggunakan nota muzik Piano Chords untuk mengingati. Maksim sudah professional dan fokus dengan setiap melodi. Kelajuan jari jemari beliau juga mencuri tumpuan para penonton di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
Menjadi tanda tanya bagaimana rutin penjagaan diri Maksim Mrvica. Sebab bukan sahaja jari perlu dijaga. Malah keseluruhan badan perlu sihat. Semasa beliau memetik key piano, tiada perlanggaran sesama jari. Malah laju dan tekad setiap melodi sampai ke jiwa Ruby. Memang lain perasaan apabila melihat dan mendengar secara langsung berbanding kita mendengar di aplikasi Spotify tu.
Plenary Hall sangat sesuai untuk persembahan piano dari Maksim Mrvica. Bunyi piano tu best betul. Kerusi selesa dan pandangan kami ke pentas utama memang tertumpu kepada Maksim. Setiap kali Maksim habis main piano untuk setiap tajuk lagu, beliau akan buat tunduk tanda hormat kepada penonton. Sebagai penonton persembahan ahli muzik buat kali pertama, Ruby rasa wow! Terus bangun dan beri tepukan gemuruh. Automatik!
Buat pengetahuan anda, setiap kali persembahan selesai, tunduk tanda hormat adalah tanda terima kasih Maksim kepada penonton kerana anda telah menonton, mendengar, dan menikmati. Manakala, tepukan gemuruh daripada penonton adalah tanda ucapan terima kasih kepada Maksim yang membuat persembahan yang penuh bersemangat.
Kebanyakan ahli muzik akan membalas ucapan terima kasih ini dalam apa jua cara yang mereka selesa. Cara orang seni muzik berkomunikasi memang puitis kan? Jadi, Ruby belajar sesuatu di konsert Maksim Mrvica. Hehe
14 LAGU DIMAINKAN OLEH MAKSIM MRVICA
Di konsert 2023 Maksim The Collection Asia Tour, sebanyak 14 lagu dimainkan. 6 lagu pertama dimainkan dan kemudian ada rehat 20 minit. Kemudian Maksim akan sambung lagi 8 lagu. Hebat betul. Perlu penjagaan serius kepada jari jemari, lengan, bahu, leher, tulang belakang, pinggang dan kaki. Main piano ni keseluruhan badan kita bergerak rupanya.
Tambah lagi perlu fokus pendengaran dan mata. Sebab semasa konsert akan terganggu dengan pencahayaan dari lampu laser, skrin led dan pendengaran pula perlu teliti sebab mungkin terganggu dengan suasana dewan.
Ruby dan suami terhibur menonton persembahan Maksim Mrvica. Rasa nostalgia dan kami dapat relaks minda. Berikut adalah senarai lagu yang dimainkan oleh Maksim.
1. EXODUS2. CLOCKS3. IN THE HALL OF THE MOUNTAIN KING4. BOHEMIAN RHAPSODY5. GYMNOPEDIE6. CHOPIN / BALLADE IN G MINOR, OP 237. NOSTRADAMUS8. NUTCRACKER FANTASY9. REMEMBER ME10. CROATIAN RHAPSODY11. GAME OF THRONE12. THE FLIGHT OF THE BUMBLEBEE13. MISSION IMPOSSIBLE14. PIRATES OF CARIBBEAN (BONUS)
Malam tadi, semua penonton berkelakuan baik mendengar arahan. Malah mereka akan senyap mendengar bait bait melodi yang dimainkan oleh Maksim. Ruby suka vibes macam ni. Aaaaa pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih Harmonie International sebab bawa Maksim Mrvica ke Malaysia. Nak lagi tahun depan!
Tahniah Maksim Mrvica, Harmonie International dan PR yang bertanggungjawab Yoke Leng! All the best untuk perjalanan jelajah 2023 The Collection yang seterusnya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/02/puas-hati-menonton-secara-langsung.html