Puas Hati Atau Tidak Puas Hati
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
PUAS HATI ATAU TIDAK PUAS HATI.Mahu membaca fikiran orang susah.Mahu menilai hati orang pun susah.Semuanya boleh berubah-rubah dan ditutupi dengan cara dan kehendak masing-masing.Setiap kita ada hak dan pilihan sendiri-sendirikan.Apatah lagi berhadapan dengan perangai orang.Dan orang pun kena berhadapan dengan perangai kita juga.Tidaklah sehala sebaliknya penerimaan dua hala
Puas Hati Atau Tidak Puas Hati
Penerimaan dua hala segenap sudut.Wah,bila sebut segenap sudut maka secara keseluruhan.Baik pasangan,keluarga,saudara mara,kawan-kawan seterusnya masyarakat disekitar kita.Lebih ramai kita kenal orang lebih banyak kita jumpa perangai dan lebih banyak yang boleh kita pelajari satu persatu dan ada cabarannya juga
Puas hati atau tidak puas hati.Macam tong sampai bila terlalu penuh akan melimpah juga sampah sarapnya.Macam tempayan,bila diisi terlalu penuh pun boleh jadi pembaziran air yang terbuang begitu sahaja.Manusia ada akal.Ada perasaan.Ada juga banyak pilihan mengikut citarasa dan kesesuaian.Bererti berhadapan dengan suatu situasi baik perkara atau hal,individu lain dan sebagainya kita juga ada dua pilihan sama ada puas hati atau tidak puas hati
Yang mana satu
Puas hati atau tidak puas hati
Ada orang mudah berpuas hati.Mudah bawannya.Tidak serabutkan diri sendiri dan tidak serabutkan orang lain.Mudah sangat-sangat.Tidak cerewet.Berlebih kurang apa ada dan seadanya.Ada orang mudah tidak puas hati,baik dengan diri sendiri apatah lagi dengan orang lain berlebih-lebih rasa tidak puas hatinya.Ditunjuk-tunjuk.Tidak kurang ada yang puas hati dan tidak puas hati bertempat.Ada masa ditunjuk ada masa disembunyi baik puas hatinya atau tidak puas hatinya.Puas hati bagi PC tidak menjadi masalah.Apa yang sering menimbulkan masalah adalah rasa tidak puas hati
Sesetengah orang bila tidak puas hati terus bertindak,terus bercakap berterus terag sahaja.Tapi dalam pada bercakap tu tetap menjaga dan berlapik bukan main sembur ikut suka hati sahaja.Habis di situ habis.Tamat.Esok buka lembaran baru.Semalam dah berlalu.Ada yang meleret-leret.Cenderong kepada dendam kesumat dan tersumbat.Huis ni bosan nak melayan.Paling bahaya bila senyap sahaja rasa tidak puas hatinya tapi dia guna dan main cara serta jalan yang kotor dan gelap.Nah,ini sangat berbahaya.Alih-alih orang lain merana sampai akhir usianya.Jangan lupa dosa.Jangan lupa neraka.Ada
Hidup ini singkat sangat.Kalau banyak sangat tidak puas hati cuba pandang diri sendiri ingat asal usul.Kita sendiri pun tidak berdaya apa-apa tanpa izin Allah SWT.Mana yang boleh bawa santai,santaikan sahaja.Mana yang memang perlu betul-betul perhatian lebih dan serius bertindaklah sewajarnya.Puas hati atau tidak puas hati itu wajar ada diri setiap kita asalkan berpada-pada dan tidak melampaui batas itu tidak mengapa.Apa-apa pun dahulukan dengan rasa bersyukur terlebih dahulu
Sekian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2020/12/puas-hati-atau-tidak-puas-hati.html