Pu Nabil Jemput Mira Filzah Jumpa Mak Ini Respon Zizan Razak Yang Lawak Habis
Zizan Razak dan aktres cantik Mira Filzah pernah dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa apabila mereka dikatakan saling meluah rindu menerusi pos Instagram story masing-masing tidak lama dulu. Namun, perkara itu dinafikan kedua-dua mereka.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana perhubungan mereka berdua kerana kedua-dua mereka memilih untuk membuat peminat berteka-teki. Pun begitu, tweet Zizan semalam mungkin memberi hint mengenainya.
Tanya tempat best dalam perjalanan ke Alor Setar
Mira menerusi Twitter bertanyakan followernya kawasan rawat & rehat (R&R) mana yang terbaik untuk disinggah kerana dia dalam perjalanan menuju ke Alor Setar, Kedah. Pelbagai jawapan diterima berdasarkan makanan yang terdapat di kawasan berkenaan selain kemudahan seperti surau dan tandas yang selesa.
Seorang netizen, Nabil Hussein kemudiannya secara berseloroh membalas mengatakan rumah ibunya adalah tempat yang dimaksudkan.
Ini respon Zizan
Zizan kemudiannya dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan meminta individu tersebut untuk turut berkongsi lokasi rumah individu berkenaan untuk dia turut sama datang dan berkenal-kenalan.
Walaupun mengggunakan ‘Pencetus Ummah’ (PU) pada pangkal namanya, netizen berkenaan dipastikan bukanlah peserta mana-mana program realiti agama.
Meskipun dilihat hanya gurauan semata, tweet balas Zizan berkenaan mengundang perhatian netizen dan setakat ini meraih lebih 2500 retweet dan 1600 likes di laman sosial itu.
Zizan marah bai
Sementara itu menjengah ruangan komen netizen, rata-rata terhibur dengan reaksi Zizan tersebut. Malah ramai yang ketawa berkedah-dekah..
Sementara itu ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mengusik Zizan, tak kurang juga yang mem’bahan’ beliau.
Seorang netizen menulis komen, ” Mungkin mereka ingin membawang sahaja hahahaha”, kata seorang individu yang menggunakan ID Zainul Ariffin.
Manakala seorang lagi pula menulis komen, ” Hahahaha, haa tu diaa jaga-jaga abang Zang don warning” kata individu terbabit yang sengaja cuba panaskan line.
Dalam perkembangan lain, aktres Mira Filzah mengakui dirinya dan Zizan Razak masih berkawan seperti lazimnya, malah dia menyenangi aktor dan pelawak yang dianggapnya sebagai lelaki yang mudah didekati itu.
Bukan sahaja selesa berkawan dengannya, malah, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, pelakon Polis Evo itu adalah lelaki yang paling rapat dengannya kini.
” Kami masih lagi berkawan sampai sekarang… dia (Zizan) antara kawan lelaki yang rapat dengan saya.
” Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya,” katanya kepada Mstar.
Namun, Mira yang sedang meledak dengan drama Rahsia Hati Perempuan ini memberitahu, dia enggan bercerita lanjut tentang kisah peribadinya atas alasan untuk menjaga hati keluarga.
” Mungkin salah satu sebab nak jaga hati keluarga. Saya dan dia pun masing-masing ada keluarga. Kalau kerap keluar gosip saja, kami okey tapi yang tak seronok keluarga la. Lagi-lagi orang tua kita,” katanya.
Terdahulu, pasangan yang didakwa menyulam cinta itu enggan memberi pengesahan sama ada ianya spekulasi yang sahih atau tidak.
Bercerita mengenai Ramadhan tahun ini, Mira berkata, setakat ini dia dan keluarga masih belum berkesempatan berbuka puasa bersama kerana komitmen jadual kerjayanya yang padat.
Namun, peluang bakal muncul apabila dia merancang untuk pulang ke kampung halaman di Perak dua hari sebelum tibanya Aidilfitri.
” Sekarang ini belum sempat nak berbuka puasa dengan keluarga… Insya-Allah saya akan balik kampung dua hari sebelum nak raya.
” Dapatlah merasa berbuka puasa dengan mereka. Buat masa ini, saya nak kena selesaikan kerja dahulu,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: gnews
The post ‘PU’ Nabil Jemput Mira Filzah Jumpa Mak, Ini Respon Zizan Razak Yang Lawak Habis appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/12/pu-nabil-jemput-mira-filzah-jumpa-mak-ini-respon-zizan-razak-yang-lawak-habis/